Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Dec 1, 2014

Leaving

If my existence making your life full of misery, then I can just slowly walked away and being a part of your history. Cause its full of sorrow and dying episode as you and I were together. 

Nov 29, 2014

Senak

I hate the feeling when you stucked in a mall and you've got no where to go? Having a 'dunno-friend' like doesn't help at all! 
DUNNO!
DUNNO!
DUNNO!
DUNNO!
DUNNO!
DUNNO!

Nov 25, 2014

Sakit

bila sakit,
baru kau ingat tuhan,
bila sihat,
ada kau ingat tuhan?

bila sakit,
baru kau sedar siapa ada disisi,
bila sihat,
kau rasa semua seperti sahabat,

Bila sakit,
baru kau tahu betapa peritnya rasa,
bila sihat,
kau terkinja-kinja ke sana ke mari.

adapun diri punya waktu untuk berehat,
menghenjah diri untuk bersujud,
meminta supaya kembali sihat.
Itu kau, seorang insan bergelar manusia.


Nov 22, 2014

Cinta Gila

Bila awan kasih menebal rasa,
segenap hati lahirnya cinta,
bulatan minda hanya menumpu bagaimana harusnya cinta.

Kau lakarkan segalanya,
kau impikan segalanya,
indah.

Tapi kau lupa satu perkara,
yang hidup ini bukan hanya sebuah lakaran dan impian.
Hidup ini adalah sebuah coretan yang mampu kau tulis, 
tapi belum tentu dilaksanakan. 

Ribut dan badai dalam kehidupan,
sekali ditiup, 
gundah segala rasa.
hilang segalanya.
Cinta Gila.

Oct 17, 2014

Noda Cahaya

Hijrah.
Kau tau maksud hijrah?
Kau pernah berhijrah?
Atau selama ini kau memang setia di takuk lama,
berada dalam kesempurnaan?
atau pusaran gelap yang penuh dengan titik noda?

Kau pernah terfikir untuk berubah?
Kadang kau rasa diri kau begitu hina,
kau menangis,
kau meratap,
kau kesal dengan apa yang pernah kau buat,
tapi,.
untuk berapa lama?
berapa lama kau berubah,
adakah kekal?
atau mudah aku katakan,
tangisan kau itu hanya palsu,
tangisan kau itu hanya mainan minda,
di saat kau sebenarnya lemah.
Kau berubah?

Mustahil manusia begitu senang untuk berubah,
sisa yang masih melekat dalam diri,
pasti ada..
aku tak kata yang berkopiah itu baik,
aku tak kata yang berjubah itu baik,
aku tak kata yang bertutup litup itu baik,
tapi aku kata, mereka semua sama.
Protes? Terserah.
Masing-masing punya idealistik berbeza.
Kau, kau dan kau,,
jangan pernah anggap diri kau begitu sempurna.
jangan dilihat cela orang lain,
sedangkan cela diri sendiri lebih sengsara.

'Kalau sudah azali begitu hendaknya,
mana mampu kau ubah?'
Itu kau kata.
Aku kata,
'sedang kau memenjarakan diri dengan ideologi begitu, pernah kau terfikir siapa tuhan kau?'
Sedangkan hidayah Dia yang beri,
siapa kau untuk memberi keputusan?

'Kalau dah nama jahat, jahat sampai ke sudah'

Ya, memang benar,
Sebab apa yang kau cakap itu ternyata memberi refleksi terhadap diri kau juga,
Kau juga jahat,

'JAHAT MULUT'

Kalau berkata bagaikan tahi,
muntah segala hasad,
kau sedar?
tidak, bukan?

Hijrah.
Peluang sepanjang masa.
Pintu terbuka luas,
walaupun dikelilingi manusia JAHAT MULUT,
tapi hijrah kau dipandang tuhan.
Kau terpilih,
sebab kau sedar akan titik hitam dalam diri.
adakah kau sudah berhijrah?
Terpulang.

Oct 16, 2014

Permulaan

Bila tengok orang berkasih,
aku pun nak,
tapi bila pikir balik,
apa yang pernah terjadi,
aku rasa takut.

Rasa takut makan diri,
dan buat aku igau tentangnya.
Tapi kalau yang datang, 
lain genre nya,
lain formatnya,
lain tona nya,
kenapa tidak?

Buka ruang sedikit tak salah rasanya,
beri ruang untuk rasa,
beri ruang untuk diri rasa bahagia,
yang lepas biarkan lepas,
yang datang kita terima degan lapang dada.

Kalau diberi peluang untuk rasa,
aku mahu.
Sebab aku tahu, 
kerana rasa itu,
aku berubah jadi yang satu.
Positif.

entah

aku takut sebab aku tahu aku tak sempurna,
masih lagi merangkak mencari jalan yang sebenar,
mungkin rasa ini boleh mengubah aku,
kalau kena pada cara. 

berkasih biar seiring,
berkasih biar setia,
berkasih bukan kerana terpaksa,
ia hadir kerana kau rasa bahagia bersama,

entah

sekali lagi rasa takut,
kalau-kalau kerana berkasih,
pengakhirannya sama seperti igauan ceritera lama.
tapi mengapa perlu jadikan kisah itu sebagai pengukur jalan cerita,
sedangkan coretan baru dilaksana.
hadapi yang ada dengan rasa yang sama,
nescaya itulah yang kau nantikan bersama.

Oct 13, 2014

Pendam

Rasa lama kini hilang,
membatu di hakis ombak dan hilang.
yang datang adalah sakura,
menjadi penawar mengubat duka.
kala sepi, ia datang,
membawa not muzik indah,
memberi nafas sempurna.


Berlalu pergi meninggalkan memori lama bagaikan layang2 terbang tinggi dan hilang di ruang udara apabila tali yang digenggam kemas sudah tidak lagi utuh untuk menampung segala bebanan. Biarpun ia berlalu pergi, cebisan memori masih ku simpan, kerna bermulanya ceritera itu setelah kau hadir dan pergi. Mungkin ia bagaikan klimaks dalam sebuah cerita, dan pengakhirannya tidak seindah yang disangka. Kalau membaca jangan pernah memikirkan bahagia pada kesudahannya, realiti sebenar bukan lagi seperti penulisan lama. Racun minda merosakkan segalanya.

Bahagia. Setia. Dia. Aku mengaku, aku mengharapkan sebuah ungkapan indah yang selama ini aku idamkan. Namun, sejarah lama, buat aku takut untuk aku coret sebuah kisah baru yang penuh dengan not-not indah. Kotak rasa aku kini semakin hari semakin kuat untuk aku luahkan segala yang terpendam. 

Biar masa menentukan segalanya, aku tak ingin kebahagiaan ini hilang kerana rasa yang memakan diri. Ikutkan segala ritma yang bermain, kerana satu masa nanti, sebuah lagu indah akan terhasil di pengakhirannya, Doakan segalanya berjalan sempurna, andai rezeki aku tercatit bersama, itu satu rahmat dariNya. =)

Jun 16, 2014

Yes, I am



weh, itu point utama aku nak cerita,
ya, aku single! dan aku memang single.
kau singgah macam rama-rama,
habis madu sepah dibuang.

tapi aku tak kisah, 
sebab aku bahagia.
bahagia dengan orang-orang yang ada di sisi
jadi penguat untuk aku.
kalau kau rasa orang membenci, 
terserah, sebab kau memang layak.

Yeah, I am Single.
Walau pada hakikatnya,
kita tak pernah ada apa-apa,
sebab aku memang single!

GENETIK

Jun 4, 2014

There's Nothing Left To Say

Oh, Lord, love comes with so much pain!
The heartfelt remains in the heart,
and never passes one's lips.

You did not remember me;
now there's nothing left to say.

My heart cried out and my eyes welled up;
now there's nothing left to say.

You did not remember me;
now there's nothing left to say. 

I gave you all my joys,
every moment of laughter.
Your clouds of hair rippled;
they enticed messages of fidelity.
You had no care for my love;
now there's nothing left left to say

You didn't remember me;
now there's nothing left to say.

It was my own fault;
I said nothing to you.
Promise whatever you are able to,
just don't go far away.

No one understood this pain I felt;
now there's nothing more to say.
You didn't remember me;
now there's nothing more to say.

Jun 2, 2014

Berkabung

Semakin kuat untuk aku lupakan,
semakin ia hadir,
bagai bayang2 gelap.
hati terpanggil untuk kembali,
ego menang tanpa disedari,
aku tidak sesal,
kerana kau kini bahagia dengannya.

aku cuba untuk bangkit,
bangkit dari rasa yang telah kau cipta,
sedikit demi sedikit kesakitan itu terasa,
kerana kau tegar.

Aku cuba,
mencari solusi,
memadam isi hati yang kau warnakan,
walaupun pudar, tapi ia kuat.

Wahai hati,
bersabarlah, kerana hari tak selalu indah.
Lupakan segala memori yang pernah tercipta,
lenyapkanlah rasa ini dari hati yang lara,
Kerana Allah sentiasa bersamamu,
Cinta Abadi lagi suci.

May 26, 2014

Hinakah Aku

Tiap hari,
ku titipkan doa padaNya,
supaya diberi petunjuk kalau benar sipolan itu jodoh aku,
kalau bukan jauhkanlah sipolan ini dari aku, dan kekalkan dye sebagai sahabat.

Terjawab, akhirnnya terjawab.
Kau hanya mungkin kekal jadi sahabat, kawan or whatsoever,

Aku, Engkau..
Sebulan aku perhatikan,
Hari demi hari, skala perubahan meningkat,
entah apa puncanya, aku sendiri tak tahu waktu itu.
Tiap hari aku husnudzon,
dan tiap hari jugak aku meroyan.
Kalau alasan kau ' aku tak faham kau '
Ya, sememangnya benar,
aku tak faham kau sejak sebulan yang lalu.

Hari demi hari, kau semakin jauh,
hari demi hari, kau cuba mengelak.
Apa semua ini.
Aku buta,
Aku tak nampak,
Lakonan penoh drama yang engkau sajikan.

Insiden 11,
aku namakan insiden 11 merujuk 11 kali,
Begitu susah masa kau untuk aku walau hanya 5 minit?
Aku tak mintak lama, 5 minit pon jadi,
dan sebab itu, insiden 11 buat aku sedar.
Kau cuba mengelak.
Dan kalau kau nak katakan aku tak faham, memang aku tak faham!
Siapa aku sebenarnya pada kau?
Orang lain pon sibuk, pemimpin teragung pon lagi sibuk dari kau,
padahal masa kau fleksibel, kau yang memilih begitu,
kau yang sekatkan diri kau dengan ego dan emosi.
sekali lagi kau nak kata aku tak faham?
memang aku tak faham.

Semakin lama, semakin sakit, semakin pudar rasa itu.
Tawar hati!
sememangnya tawar, tiada rasa,
aku cuba cari mana silap aku,
kau kata aku tak faham masa kau,
dan oleh itu, aku berhenti untuk beberapa perkara,
yang aku rasa aku seperti menganggu.
mulai itu, aku rasa aku di tangga yang ke bawah,
ada atau tiada, kau tak pernah kisah.
Konon, aku cuba memahami kau,
sekali lagi kau kata aku tak faham kau.
Banyak kali aku husnudzon, walaupun aku tahu ada sesuatu yang menganggu.
Tiap2 hari aku meroyan,
meroyan dan mempersoalkan apa sebenarnya kehendak kau?
siapa sebenarnya aku pada kau?
kau semakin berubah,
kau semakin berubah!

Satu hari,
di saat husnudzon aku mencanak naik,
aku lupakan apa yang berlaku,
insiden 11 aku lupakan,
konon aku fikir aku boleh cipta satu lagu baru,
yang penuh bunga-bunga indah,
yang penuh dengan bait2 cinta aku pada kau.
setinggi ego aku rendahkan,
mencari dorongan untuk aku reka sesuatu yang baru,
agar kau sedar wujudnya aku untuk kau.
Ya, aku buat, tapi kemudian...
aku rasa bodoh, sebab tiada jawapan.
26  jam aku menantikannya,
tiba-tiba,, kau balas dengan satu jawapan yang buat aku tersenyum,
senyum aku yang kau terbitkan jauh dari sudut hati ku yang  lama menghilang sejak 36 hari,
sekali lagi, aku dibuai angan,
Aku buta.

guruh menjengah tiba, tatkala matahari terik di awan cerah.
apa sedang berlaku, samar-samar.
aku sangkakan cerah sampai ke petang,
fikiranku meleset.
Rupanya hujan di tgh hari.
Aku di panah dgn satu perkabaran yang kurang enak.
Aku terkedu, aku hanya mendiamkan diri dan berfikir.
Di mana salah aku sampai kau sanggup buat aku sebegini rupa.
Aku langsung tak terkejut, sbb dari awal aku tetapkan pemikiran aku,
'ia bakal kecundang'
Benar, ia kecundang.

Aku biarkan angin menghembus,
Aku biarkan hati berombak,
What the hell are going on?

Bait lagu ini, semakin jelas,,

'kau putuskan tuk mendua,
dengan dia di belakangku,
padahal aku pilih kamu
jadi cinta terakhir.'

aku buta, selama ini aku buta.
kau pegang keduanya,
itu salah kau,
kau berpura dengan aku,
sehina-hina aku, aku cuba mencari solusi untuk aku teruskan,
malangnya kau hentikan aku.
terima kasih.

aku sedikit tak terjejas,
aku cuma terkilan, that's it
kau yang aku kenal hampir setahun, berubah sekelip mata.
Tapi tak mengapa,
Aku yakin itu kerja Dia,
Dia nak tunjukkan sesuatu,
tiada ucapan lain khas untuk kau,
selain RIBUAN Terima Kasih dan selamat berbahagia.
Belajar untuk setia, itu pesanan aku.
Sekali lagi kau nak katakan aku tak faham kau?
Lantaklah, aku kini langsung tak kisah.


'people who hurt tell other people that they were ok, but deep down inside only they know how it feels. Its a lesson to proves you're a strong person. you deserve better'



May 18, 2014

Student Universiti Sila Baca!



MOHON SEMUA BACA TERUTAMA KEPADA MEREKA YANG BERGELAR PELAJAR UNIVERSITI..

Sibuk kejar kehidupan.

Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.


Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,

"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.

Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.

Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?"

Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.

"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."

Tergamam.

Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.

Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.

May 16, 2014

K.O.N.O.N

Aku tak tau sejauh mana harus aku jadi positif untuk semua orang,
Be positif, positif dan positif!
apa doe! 
Kau ingat aku paham positif tu apa?
Sikit2 positif,
serrr, aku da mual dgr word tu,
mual tahap muntah hijau tau tak.
Bukan nak kata pretending to be good,
but when you be too 'good' kau tak sedar, 
yg  hakikatnya itu adalah negative response.
Kunun~




May 10, 2014

Dia, Aku Paranoid

Kata hati tak pernah salah,
kau ikutkan apa yang ingin diluah,
tanpa sebarang filteration yang boleh jadi penghadang.
Kenapa aku rasa aku gagal dalam perhubungan,
muntah kata tak pernah fikir tentang apa orang lain rasakan.
Aku kini seperti dia,
dia yang aku ingin jauhkan,
dia yang aku tak nak jadi sepertinya,
dia yang aku selalu kritik apa tindakannya,
karma kini kembali,
aku gagal dalam perhubungan.

Hari demi hari,
aku seperti dia,
tiada perasaan, tiada peduli tentang apa perasaan sayang.
Semakin aku elak, semakin aku tak nak jadi seperti dia,
Semakin kuat ia hadir,
selfish, egoistic, 
segala hadir tanpa aku minta,
aku semakin tidak memahami diri aku sendiri,
mungkin layak hidup sendirian di bawah jambatan kalau asyik buat orang annoying,

Aku cuba ubah,
Aku cuba untuk jadi seperti yang lain.
Jadi diri sendiri! Itu selalu aku dengar.
Tapi kalau diri sendiri selalu buat org terasa,
kau nak cakap apa?
Masih perlu 'jadi diri sendiri'?
CELAKA hidup kau!

Sayang,
Maafkan aku kalau aku tidak pernah menjadi seperti yang kau inginkan,
Maafkan aku kalau aku tidak sebaik yang kau kenali sebelum ini,
Maafkan aku kalau aku kelihatan gagal dalam perhubungan,
Spekulasi minda selalu menang dari luahan kata-kata lemah,
Aku sendiri benci apa yang aku lakukan,
aku benci dengan apa yang aku fikirkan,
Aku gagal dengan perkataan POSITIF yang selalu aku nasihatkan,
Aku tahu apa kurangnya pada orang lain,
Namun aku gagal tahu apa kurangnya pada diri sendiri,
Aku perlukan kau sebagai peneutralisasi diri aku,
bukan sebagai asid yang terus membakar dan membakar,
Sabar, aku cuba menjadi yg terbaik, aku cuba jadi yang lain.
Kerana 'jadi diri sendiri' buat orang semakin menjauh~


Apr 23, 2014

Bahasa Kepala Lutut

Jangan meminta untuk makan kaki,
Kalau mulut kau celaka macam babi,
Jangan pernah kau minta bunga yang wangi,
Kalau mulut berbau madah yang busuk.
Hak bercakap hak semua,
Tapi hak untuk hidup peribadi masing-masing,
Kau siapa untuk berkata nahu,
Sedangkan diri kau belom tentu juga sempurna,

Celaka!

Jangan muntah kata2 sinis,
Walau engkau berniat suci.
Gegar berkata penoh bangga,
Apa kau fikir kau menteri?
Sedangkan mereka juga tergelincir bermadah,
Apatah lagi engkau manusia hina.
Sungguh tak mengerti,
kau fikir hidup kau bagaikan novel indah yang bahagia?
penuh dengan bunga-bunga cinta, tiada berduka?
sempurna segalanya, sampai kau boleh menentukan hak bercinta untuk orang lain?
jangan sampai ia bergegar, kerana terlalu menjaga tepi kain orang,
jangan sampai karma berbalik pada diri,
kerana memisahkan dua hati yang berhak untuk bersama.
adapun cinta kau pandang hina,
canang semua x perlu rasanya,
simpan dalam poket sendiri.
bukan protes tapi cuma alasan,
alasan seorang manusia yang berhak untuk punya kehidupan seperti yang lain.
hidup ini cuma sementara, cuba selagi mampu, positif selagi mahu.

Apr 17, 2014

Bayang Cinta

Apa punya rasa ni?
Kau dah kenapa?
nak ikutkan kehendak hati kau,
kau ingat ini drama filem?
sedarlah! ini realiti!
jangan pernah samakan.
kau hendakkan begini,
tapi tak semua boleh terjadi.
kau inginkan begitu,
tapi tak semua boleh jadi kenyataan.
jangan mengharapkan keindahan-keindahan,
kerana kau bakal sakit dalam imaginasi,
imaginasi yang kau sendiri reka yang penuh dengan harapan dan kegembiraan.
ah! itu semua takkan berlaku,
kerana itu cuma kehendak hati,
kerana itu cuma imaginasi,
kerana itu cuma mimpi-mimpi palsu,
Hentikan!
Aku parah dalam bayang2 keasyikan,
banyak baca novel cinta gamaknya, 
rosak minda, rosak hati, rosak imaginasi.
sampai tak boleh beza yang mana satu realiti.
Gasak psikologi drama menyerap,
derita gila!
kau mimpikan sesuatu yang takkan berlaku!
get me out of here!! damn!
Aku tergantung dalam dua drama gila,
klise rasa melayu,
indah sakura korea,
kalau boleh aku padam segala coretan mimpi ini,
mungkin terubat sedikit gila bayang,
Gasak rasa cinta~

Apr 16, 2014

loceng hitam

Bangun pagi tengok jam,
*9.30 pagi*

hey awal lagi!
apa yang awal aq pon tak tahu.
padahal kau sedar yang kelas start jam 10
dan kau sedar jugak, kelas tu laa yang dah lama kau tak pergi.
dalam otak ada 2 angel tgh bergaduh,
angel putih dan angel merah, berkelahi dgn hasutan masing2.
angel putih suruh pergi kelas
angel merah suh tarik selimut,
tapi bagi adil, aku tarik selimut dulu. hahahahaha
dengan berjanji untuk 5 minit.
masalahnya 5 minit kau tak pernah berjaya,
kau selalu tersasar.

ding dong ding dong ding dong
alarm roomate aku yg tak off.
*shit*
tade pilihan lain,
kena bangun dan bersiap.
dan aku rasa mcm ada satu hal yang belom lagi terlaksana
JURNAL! 
Aiyoo,, hari neh ada review jurnal
dan after sebulan aku tak pernah datang,
hari neh angel putih hasut suh pi,
dan nasib baik, its a TEST!
fewh, hari neh aku bernasib baik,
dtg kelas tepat untuk test,
bagaimana untuk petang,
kelas petang paling celaka
angel merah dye bertukar hitam,
bertenggek atas mata kasi aku tidor
kunci segala tulang temulang kasi aku tersadi di penjuru katil.
dye macam death note,
kau tulis nama
kau mati.
aku naik katil,
aku tido!
gasak penangan kau beri syaitonnn!
walau aku sedar, dah empat kali aku langkah
kebabian apa yg melanda aku ini?
malas dan malas!
*babi*
dasar malas! 

Silinder Merah

titik rasa bagaikan satu cip komputer,
virus yg merebak tanpa belas kasihan,
susah untuk mentafsir,
dan susah untuk ditafsir,
segalanya di awangan maya,
mencari satu penyelesaian kod rasa yang terpecah.
rasa itu bagai diset sendiri,
tanpa arahan atau tindakan,
ia hilang.

titik merah itu kau semadikan,
mengubah segala rasa,
mengubah segala deria,
mengubah segalanya dari seluruh jasad,
perubahan itu terjadi tanpa diminta,
namun ia sakit,
titik merah itu semakin sakit,
sakit tanpa rasa,
sukar untuk difahami.
titik merah kau buat tanpa daya,
titik merah itu kau wujud tanpa kata,
ia hadir dari jiwa,
ia hadir dari satu hela nafas,
yang buat kau terus bernyawa.

titik merah ini,
aku wujudkan untuk terus kekal,
kekal dalam keabadian rasa,
yang takkan hilang.
tapi,
mampukah ia kekal,
mampukah ia terus bernyawa,
mampukah ia mengharungi segala liku,
malangnya,
ia hanya terkandung dalam sebuah silinder kecil,
yang kau guna untuk dipegang, dan terus pegang.

Apr 3, 2014

Persetan Manusia

Manusia jadi makin pelik bila suka untuk cakap pasal hal org lain,
kau rasa diri kau dah ckup baik?
kau rasa diri kau dah sempurna?
kau rasa diri kau bagaikan seorang diva yang mampu mengubah dunia?
ahh, persetankan segala ucapan2 kau itu,
aku tak pernah kisah untuk memiliki dia sebagai kawan aku,
walaupun kurangnya banyak pada pndangan zahir kau,
lumrah manusia tak pernah sempurna,
kau bencikan dia macam tahi,
babi!

aku jua terdetik utk menjauhkan,
tapi aku sekali tidak pernah,
sebab aku tahu menjauhkan lebih parah,
kau nak ubat luka tapi kau tambahkan luka,
apa guna ubat kalau kau menjadi punca?
apa guna sahabat kalau kau pendusta lara,
gelak kecil aku hanya pada dia yang bergelar sahabat,
meskipun aku pertahankan segalanya,
tiada guna, tiada tindak balas nahu yang boleh aku ambil sebagai penghargaan darimu.
tapi, aku tak pernah berhenti
aku tak pernah kisahkan penghargaan,
aku cuma kisahkan sedikit perhatian,
perhatian yang kini kau padam,
sedikit demi sedikit,
hilang dari pancaran cahaya kelam,
sedih~

Mar 30, 2014

Wad Diri Lantaran Hina

Aku kau pikir tiada lagi gunanya, bila kau susah, kau tak pernah mintak tolong.
Aku dilabel sahabat, tapi kau sanggup kata 'AKU LONER'

'babi' detik hatiku

apa guna sahabat kalau kau sendiri yang mahu berseorangan, 
apa guna sahabat kalau kau sendiri yang menyendiri, 
sangap akan perhatian kadang kala buat diri sakit,
sampai masa kau perlukan sahabat-sahabat itu
jangan pernah kau keluarkan terma AKU LONER
sebab itu adalah tahi!
Tahi yang sendiri kau lumurkan pada hati dan perasaan kau.

Kalau salah silap ada yg tak nampak, kenapa tak kau suluhkan saja
kenapa perlu bermadah sembunyi kata-kata sinis 
buat orang lain berfikir segalanya buruk pasal diri sendiri

'babi' detik lagi hatiku

itu siksaan namanya.
kau sdg menyiksa, aku tersiksa, mereka tersiksa.
kalau diri ini betul2 salah, suluhkan, kabarkan, coretkan, 
sekurang bukan memutuskan.
hina diri aku lebih hina dari sang babi
jangan pernah kau lupa, kau juga manusia yang sama.

coret aku buat pesan diri sendiri, supaya aku sedar,
aku tak mahu ulang benda bodoh ini lagi.
ruang dan masa kita yang cipta, bukan dia yg cipta, bukan mereka yg cipta, bukan kami yg cipta,
kau ciptakan sendiri.. aku yang ciptakan sendiri.
mustahil kalau karma x kembali
mustahil kalau benda tak berulang lagi
sedangkan keluarga pon ada kacau bilaunya,
sedangkan binatang ada porak perandanya,
sedangkan pohon ada tebang-tebangannya,
kita? pasti sekali diuji, dijentik, diguris,
itu semua adalah lumrah,
hidup tanpa pengajaran takkan pernah kenal diri sendiri.
cermin sebesar alam sudah cukup untuk kenali diri sendiri,
bogel di bawah langit yang kau rasakan diri itu sangat sempurna,
cebisan kain ini cuma lah hamparan
yang menutup segala cacat cela yg kau sendiri tak tahu.

gasak pada apa yang sedang berlaku, aku langsung tidak peduli,
ia adalah mainan hati, yg buat diri fana dan lara.
bullshit!

Hal Kawen

Kalau kahwin tu macam baca ikrar sekolah, bila-bila masa ja aku boleh kawen.
Ada calon kawen, tak ada calon, kau duduk la diam di situ.
Kalau pakaian dalam, makan minum aku pon mak bapak yang sponsor,
Anak bini aku? takyah pikir anak lagi, bini aku nak makan apa?
Kalau cakap bersembur macam air pancut, memang agak senang, kau nikah dulu.
Nahh senangnyaa, kalau kawen memang takde nafsu la nak main?
Buatnya da bunting pelamin, pelamin roboh sebab cemuhan makcik-makcik klise,
buat kenduri bila ada isi dalam, tidak ke malu.
Kita mungkin boleh kata itu tak betul, ini yang betul, tapi makcik-makcik klise ini tak lagi mampu berfikir waras.
orang tua-tua.
Bila kenduri pula diikutnya adat keluarga, padahal siapa yang nak kawin ni?
Adat!
'@#$%' detik hatiku.



Feb 22, 2014

SHIT Metaphore

LIFE baru kini bermula. bermula detik kesibukan yg mana masa siang tidak pernah cukup untuk diri sendiri dan hanya malam yang gelap menerangi pelusuk minda yg kononnya ingin bebas. Apa mungkin diri ini tidak cukup bebas aku sendiri tak tahu. tercipta satu ruang yang aku sendiri wujudkan tanpa sebarang dinding legap yg dapat dilihat melalui mata zahir. terperangkap dalam mainan kuasa diskriminan membuatkan aku disuluh tanpa cahaya. cahaya gelap yg memilih untuk disuluh. neutralisasi minda dari segala kotoran idea yg kadang itu membuat diri sesak tanpa nafas. pilihan? tiada~

seringkali aku melihat faktor fizik pada sebuah kaca yang penuh dengan kehinaan. berdiri dihadapannya memberi aku ilusi tentang masa depan yang selalu aku dambakan setiap masa. segalanya bahagia, tiada satu pon cacat celanya. dari atas hingga ke bawah aku renungi dengan penuh impian. masa begitu pantas. sehingga aku tidak sempat mengejar. ibarat butir pasir halus yang jatuh dari lubang kecil tanpa henti dan tanpa sedar, butir pasir itu terkandungnya impian.

hidup tidak semestinya terjadi spertimana tulisan indah yang penoh dengan pembohongan metafora dan hiperbola minda tentang kebahagiaan. segalanya bohong! engkau yang menulis, engkau yang membaca, engkau yang tentukan bagaiman hidupnya satu cerita yang mungkin lebih baik dari satu coretan kisah yang sering engkau jadikan impian dan angan. jangan pernah bermimpi dan hiduplah dalam realiti. ini bukan bantahan, ini bukan sogokan, cuma satu peringatan buat engkau yang selalu jadikan hidup ini indah bagaikan kisah putera dan puteri dalam sebuah buku cerita kanak-kanak.

CINTA, aku percaya pada cinta dan aku harapkan cinta itu datang dan tidak akan pergi. cuma aku tidak sukakan cinta yang penuh dengan angan2 indah sedangkan untuk capai cinta abadi engkau perlu hadapi segala masalah yang hadir tanpa sebarang keraguan dan aku juga percaya gunakan cinta untuk kenali diri sendiri.




Jan 16, 2014

Kepulangan

Assalamualaikum,

Hari demi hari, org kat usm ni semakin kurang. semua pakat balik ke kampung halaman masing2 yg mendambakan keindahan, kehijauan kekampungan. bila pulang ke kampung, bayangan minda bagaikan drama tv, yg membawa satu demi satu babak2 kampung. ayam berkokok, pokok kelapa, hijau sawah, semuanya masuk dalam minda, padahal, kampung halaman itu lah tempat asap kenderaan berkepul, bangunan tinggi pencakar langit, bunyi bising semuanya. ya aku mengaku, aku org bandar, hijau aku pada bangunan, keindahan aku pada rumah2 teres, kokokkan ayam aku dari bunyi hon kenderaan, tapi aku bersyukur sebab Malaysia masih aman. Why? Sebab, belum pernah lagi aku keluar rumah, bom dilontar sebelah kaki, belom pernah lagi aku keluar rumah, tgk org kena tembak,,, semuanya belum pernah seperti yg berlaku di Syria dan negara2 perang. BERSYUKUR! Aku juga bersyukur sebab harga kangkung da turun,,, tiborhhhh!! hahahahahaaaa

PIN PIN!! Bunyi hon bas. 

My best friend forever aku da balik! Erm, sebak katanya sebab belom pernah ada orang hantar dia dan tggu sehingga dia pergi. Yes! i admit aku suka buat camtuh. sebab, setiap kali aku naik bas, aku harap org yg hantar aku akan tggu dan lelambai pada aku. walaupun perasaan ketika tu bercampur baur, nak nangis, nak teriak segala bagai, tapi, hati gua kental beb! hehehehee,, no, i mean aku harapkan scene yg camtu. Huuu, terlalu drama melayu. Yess, aku memang ke into drama melayu, sebab, itu adalah momen, malam ni aku hantar Shah balik, sebelom ni tempat yg sama aku lelambai pada mira sampai dye bergerak pergi. Adanya kawan bukan stakat dia datang, perginya dia pon kita kena ada. Ke rahmatullah pon kita kena ada membantu weh~

Abg! Balik mana?

KL, hentian pudu.

Abg, tengok tiket. Dah lama sampai? 

Lama dah~

Bas dah lama tunggu abg,driver dah nekad nak tinggal jer sapa tak naik.

Alkisah! Lama lah sangat kau sampai. Bas AGW kau ingatkan ACW. hamek, nasib kw tak kena tinggal. Driver da berang amat tu! Akak tu punya la hangen sebab seorang penumpang ni haa, yang tak sampai2 lagi. Dah kol banyak kali tak dijawabnya. Bas yg dikatakan ACW tu dah tggu lama baqhiangg! Dan kawan ni ha duk kata bas belom sampai. Takkan x sampai lagi kalu duk kol tanya ang kat mana~ Haa, itu laa, nasib rezeki ada lagi, kalu tak, postpone lah ang balik KL shah! Hahahahahahaaa,, anyway, bila naik bas ni, agak2 15 min awai pon takpa, tunggu jer walaupun hakikatnya memang bas tu gerak lambat. Bila cakap pasal naik bas, terus terasa kepenatan. 8 Jam perjalan Penang-Kuantan, penat wooo,,, sepanjang kat usm ni, gua berkali da naik bas, naik bas malam ok lagi kot drpd tgh hari yang panas terik dan x best. serius. 

Jumaat!

Yess, gua balik jumaat neh, tak sabar pon ada, rasa perlukan rehat sangat2. Penat sebab hari2 insomnia. Erm. Gua sejak 2 minggu kebelakangan ni, memang insomnia. Ngantuk di siang hari, malam segar bagaikan kelawar. Kelawar yg aktif di Khalel, Pelita, Subaidah... nahhhhh, Nasi Lemak ayam atas peha satu!!!! Hiks~
Tapi tapi tapi, hajat gua nak makan burger warna bagai tu belom lagi kesampaian, dan tadi pergi ke lokasi tuhhh, dan tutoppp!!! grrrrr bukan rezeki lah, atau bukan itu lokasinya. antara dua possibility. Apa2 hal, gua pengen ke TTS esok! yaaa! hahahahahaha

TAPI! harga kangkung masih sama! Tibahhhhh! no effect pada restoran. still lagi RM4.00 sepiring dan kuantitinya masih sama. ermmm, duniaa~ Finally, take care guys! hidupkan holiday anda, bukan di atas katil yaaa!!


Jan 8, 2014

Hikingkong

Assalamualaikum

minggu exam dah nak habis sudah, tinggal lagi seminggu untuk betahan dalam mod study. lepas ni kau ikut lah kepala kau mana mau pergi. nak tido sepanjang hari pon boleh, takde sapa nak marah, asal bangun solat, makan dan tv. memang terlalu produktif cuti nanti. anyway, cakap pasal exam neh, actually gua da sem 3. lagi setahun setengah gua grad, cepat nye masa woi.. Tapi time exam ni la dugaan macam-macam. Antaranya insomnia. Ni, gua nak cakap sama lu, gua malam da macam kelawo, siang2 hari gua tido, malam gua berjaga, proportion sleep gua ting tong habes! tapi tapi tapi, study tgh malam aman sikit dr bunyi bising mcm siang-siang hari. Paling kuat pon gua bising dengan lagu-lagu beyonce. Alkisah study tgh malam, bangkit tak bangkit gua teros lunch, applause to myself. CELAKA gile hidup cmni. Org lepas subuh sepatutnya bekerja, cari rezeki, geleng kepala pd diri sendiri. Anyway, harap cuti nanti dpt betolkan balik segala ketidakwarasan ini. Dan, time2 exam ni, nk pi riadah pon malas. dulu rajin gak gua terjun kolam usm ni, semenjak dua ni, petang gua bersama katil dan bantal. Efektif beb!

Alkisah petang semalam, fefeeling pendaki gunung Kinabalu katanya. Plan da lama, nak pi tu tak pernah berkesempatan, dan semalam gua jejak kaki ke bukit jambul tu. siap-siap suit up kasut, short dgn jersy, gua rempit dgn bff gua. Sampai tempat gather persoalan yang lawak mula timbul.

kejap, bukit jambul ni kat mana ek? gua tak tau jalan beb!

Alkisah tak tahu jalan pulak dah. Setahu aku ramai dah budak-budak USM berjambul ke sana. Dan kami, jalan pon x tau. Actually bukan tak tahu, cuma kurang pasti! yaaa, KURANG pasti. Nampak tak kat situ fefeeling poyo. ermmm,, *ok, punchline tak sampai* sudah lah ang! 

sesampai jer kawasan hiking, parking moto cantik, kami bertiga panjat bukit tuh. it seem ramai org cina. well, bab2 riadah panjat turun bukit neh, jarang melayu nak pi. cuba kata jalan-jalan cari makan, terjah itu queensbay, ramai lah melayunya. sebab tu obesiti banyak dari kalangan melayu. cer panjat bukit tu ha, taknak panjat bukit, jogging ka, bru masuk oksigen sikit segala pembuluh darah yg tersumbat tu ha! Eleh, gua cakap untuk gua juga beb. gua pon jarang nk exercise. heehee, ok tutup muka malu~ wakluuu

turun-turun bukit, kaki gua ketau beb! time nak panjat punya lah lama, turun da laju, siap boleh lari lagi. Sesampai kat moto teros shoot balik bilik. nk tido da tak sempat, sebab da maghrib, gua pening-pening lalat dan tetiba dapat mesej.

Salam Maghrib, pada jam 8.30 mlm ini, kami nak pi dinner di Ivory. Kerana selepas itu kami mahu menyetadi. Nak join datangla :)

tergelak gua baca mesej ni, ayat LKM beratus kot sampai mesej pada gua. dan gua fefeeling mcam dato2 duk terima invitation dinner kat hotel. gittew. padahal restoran biasa ja, berangan je lebih~ hiks. mungkin lah kot satu hari nanti gua jadi org korporat. wahhh, berangan lagi~ siap2 dengan buku, tab dan pen kononnya lepas makan nak pi study lah. Alkisah lepas makan, spoil! gua rasa mengantuk dan seperti mahu balik bilik tidoq. plan gua nak study dgn BFF gua tak jadi malam tu. gua ingat balik bilik, rumet gua tade, sekali dia pon terbongkang juge. ok, ade peneman nak tidoq. jyeah! bangkit tak bangkit jam 12 malam dan gua study sampai subuh~ rajin kan gua? kan kan kan? hiks~

tapi tapi tapi, malam tu ada moment indah beb happen pada gua. ha, moment tu nanti gua cerita. tak perlu kalut2, doakan gua yg terbaik, mana tau lepas ni gua post entri jemputan kawen ka. hahahahaha. *ketuk kepala sbb duk berangan,, dushhh!* 

Ni, kalu rasa nk tengok gambau gua hiking tu, cer jeling sebelah kiri, haa, tu instagram gua, stalk lah sendiri. kbai!

Jan 3, 2014

Dia

Wahai hati, kau tahu apa yang kau mahukan. 
Kau kini sedari apa isi hatimu.
Terima Kasih kerana berterus terang, 
sekurang hati ini ada peneman. 

Wahai hati sang peneman, 
mengapa kau fikirkan kau tidak pantas buat diri ku, 
sedangkan aku hanya manusia biasa 
yang mampu menerima segala kekurangan. 
Bukankah yang kurang itu boleh dibaiki? 
Ada hati mu disisi terasa seperti dihargai. 
Sudah lama aku nantikan saat itu menjengah diri ini. 
Dan malam itu, tanggal tahun baru, segalanya sudah jelas. 
Maafkan diri ku kerana selama ini ku anggap hati mu buat hatiku sekadar omongan kosong. 
Maafkan aku. 

Wahai hati, kekalkan perasaan mu itu, sehingga saat itu tiba.
Sekiranya sesuatu terjadi, 
tabahkan hatimu dan jgn membenci.
Sesungguhnya perasaanmu itu suci buat diriku.
Iringkan doa buat kita bersama,
andai satu masa, kita pasti bersatu.