Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Nov 18, 2013

Gelojak Nafsu

NIKAH
Menunggu saat itu tiba,
Bagaikan menunggu jatuhnya bulan ke riba

Kadang-kadang, hati ini seperti tidak lagi dapat bersabar untuk bernikah. sedangkan diri masih lagi belum sedia untuk menjalani tanggungjawab yang begitu besar bagi seorang insan yang bergelar Adam. Ingin sekali aku berubah , tapi apakan daya, yang positif itulah yang sukar kalau dibandingkan yang negatif. Senarai panjang disiapkan semata ingin untuk mengenalpasti mana yang kurang. Setiap perubahan aku tandakan padanya namun setiap setahun tertandanya satu perubahan. Makan masa yang lama! Bagaimana mungkin untuk mengubah satu senarai yang panjangnya setinggi diri aku ini. 

Melihat orang berkahwin bakal terdetik di hati ini untuk merasai saat itu. Tinggalkan segala kehidupan sebagai loner dan bersama seorang insan yang bergelar isteri. Sentiasa ada di mata zahir dan di mata batin. Alangkah indahnya berdua.

Tapi, perkara ini bukan seperti memasang lego-lego bertaburan, membentuk sebuah ciptaan hasil dari pemikiran kreatif. Ia adalah satu perkara yang amat besar untuk difikirkan merangkum segala aspek kehidupan. Bukan satu jam, bukan 2 jam, bukan sehari, bukan sebulan, bukan setahun, tapi ingin bersama selamanya, hingga ke akhir hayat. Perjalan kehidupan sepanjang hayat ini bukan sekejap, ia adalah satu jangka masa yang lama. Nilai sebuah ikatan itu bergantung kepada bagaimana kita setia padanya. Berbicara tentangnya amat mudah, tapi untuk mengharungi segala liku-liku hidup bersama bukan seperti menulis sebuah puisi sedih dalamnya penuh maksud tersirat yang kononnya segala isi hati terkandung.

Diri ini mungkin dilihat masih lagi muda untuk memikirkan segala tentang itu, sedangkan di saat ini lah, pergolakan emosi berlaku. sifat ingin cuba, ingin tahu, sedang membuak-buak bagaikan cetusan gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus. Tapi kebodohan anak muda ini adalah GELOJOH. gelojoh dalam bercinta, gelojoh dalam berumah tangga, sedangkan itu semua adalah nafsu semata-mata. sedangkan diri itu masih lagi belom siap siaga untuk mengharungi segalanya. Itu yang aku takutkan!


Nov 13, 2013

Rerama Indah

Ikut hati binasa, ikut kawan neraka! 
tapi 'JANGAN LUPA TUHAN'

Jarum jam kini tidak kelihatan dari satu detik ke satu detik, segalanya samar-samar, dan apabila sedar, ia sudahpun melangkaui satu jangka hayat yang amat panjang. 21 tahun, hidup dengan satu perkataan yang aku sendiri faham hanya pada penulisannya. Berbicara tentangnya mengimbau pelbagai kenangan, pahit manis, kelat , tawar, segalanya berkisar tentang kehidupan yang beralih arus dari tahap umur yang semakin meningkat tua.

'SAHABAT'

21 tahun meniti hidup, belom pernah ada satu yang hinggap. Ada yang hinggap, tapi tak kekal lama, berlalu pergi meninggalkan diri ini dengan sisa-sisa habuk yang hanya tunggu masa untuk disedut oleh mesin hampagas. Perginya bagaikan rama-rama, madu diambil, dan ditinggalkan bila tiba masanya penuh. Segalanya tak kekal, berkali-kali ia terjadi. Dan kini aku semakin takut untuk kehilangan mereka-mereka yang kini hinggap dalam setiap memori. Tercatitnya nama mereka bagaikan satu anugerah yang besar buat diri aku. Kalau boleh direkodkan setiap saat bersama, aku pasti lakukan. Gelak tawa riang seperti ini pasti kekal dalam memori dan tidak sesekali akan terkikis dari storan minda aku selagi blom amnesia. 











Note::. Jikalau boleh aku hentikan masa, ingin saja aku hidup bersama mereka buat selamanya.




Nov 5, 2013

Pedih Sendirian

Jikalau bercerita tentang rindu, aku sedang gila merindu. Jikalau bercerita tentang sahabat, aku sedang gila bersahabat. Jikalau bercerita tentang dia, aku sememangnya gilakan dye. Dirangkumkan sekali penulisan kali ini segala isi cerita yang sudah lama ku biarkan ia tertulis dalam benak fikiran dan hanya mampu keluar melalui bunyian burung dalam sekawan laman sosial. alihku dari tugasan yang membuat aku tertekan oleh sebab kebodohan diri sendiri yang langsung buta dengan cara ia beroperasi ke satu ruangan putih, buatku bebas berbicara. satu demi satu, butang ku tekan, bagai kan segalanya dirogol dengan setiap kata-kata yang lahir dari pemahaman diri sendiri yang mungkin pada ketika ini, kau sememangnya sukar untuk mentafsirkannya.

mendelah pulok koi ni duk melalut dengan buta, rogol, tafsir,,, haaaaaa!! inilah penangan duk menaip tengoh2 malang bute. orang laing duk sedak tido, aku pulok duk ngadak bende hok susoh dan saje taknok tido. sumbat earfon dalang telinge memang tok sedo mende doh la,, maing pulok lagu2 hok sedak, poh paleh,,!

hahahaha,, jenoh lah korang nak paham ape ke bende lucah aku duk mencarut malam ni. actually, bilamana anak jati pahang berbicara, macam ni lah, abes word2 pahang keluar. sampai ada word yang sukar untuk difahami. but its unique keh! bangga woi jadi anak pahang, sebab, x ramai yang paham.. huuuhuu

KERINDUAN

yaaa, pada saat ini, ku merindukan semua orang yg selalu berada di sisi. my besties, my friends, my lover, my family, segalanya di USM ku rindu. faa, kak tacha, abg long, kak ema, shah, kay, tiaw, cami dan ma besties mira! haaaaa,,, bersama mereka buat hidop aku tak sunyi dengan gelak tawa mereka. Mereka inilah yang menjadi penguat buat aku, walaupun secara dasarnya, aku ni hanya anak pungutan dalam family depa neh. sob sob sob. tenks sebab kutip aku.. dan menyayangi aku. terharu.

kadang-kadang aku risau, sangat risau, jika persahabatan kali ini seperti yg pernah aku hadapi sebelom2 ini. hanya kekal dalam masa yang singkat, segalanya berubah apabila ukhuwah itu semakin hari semakin jauh. haaa, mereka ini ku anggap sebagai jantung hati. penyelamat gua dari kesesatan malam yang penuh ketakutan. aku sayang apa yang aku ada sekarang.

tapi pengajaran lepas harus aku terapkan buat diri aku sendiri. aku tidak mahu ia kembali berdarah, menangis kerana seorang sahabat, yang salah aku tafsirkan. sumpah aku takkan ulangi lagi. bergantung sepenuhnya kepada dia yang ku anggap bakal menjadi sahabat aku hingga akhir hayat. kononnya. pedih bila diperlakukan sebegitu dan mungkin kebodohan aku pada ketika itu memberi aku peluang untuk mengenali dia dan diri aku sendiri. pupuknya rasa benci mulai dari situ, walaupun kata maaf dilemparkan, namun jauh di lubuk hati, susah untuk aku terima,, entah kenapa rasa benci itu kembali menebal dan terus menebal. usahaku untuk mengawal keegoaan yang meninggi dalam diri mencapai tahap maksima. tidak lagi aku mampu, cukup setakat itu kekuatan yang dpt aku peroleh untuk hadapi segalanya, tidak lebih dan tidak kurang. satu batas yang aku sendiri buat antara aku dan dia. biarlah satu penghadang dibina daripada tiada langsung. cukup sekadar mengikut syarat 3 hari.