Hijrah.
Kau tau maksud hijrah?
Kau pernah berhijrah?
Atau selama ini kau memang setia di takuk lama,
berada dalam kesempurnaan?
atau pusaran gelap yang penuh dengan titik noda?
Kau pernah terfikir untuk berubah?
Kadang kau rasa diri kau begitu hina,
kau menangis,
kau meratap,
kau kesal dengan apa yang pernah kau buat,
tapi,.
untuk berapa lama?
berapa lama kau berubah,
adakah kekal?
atau mudah aku katakan,
tangisan kau itu hanya palsu,
tangisan kau itu hanya mainan minda,
di saat kau sebenarnya lemah.
Kau berubah?
Mustahil manusia begitu senang untuk berubah,
sisa yang masih melekat dalam diri,
pasti ada..
aku tak kata yang berkopiah itu baik,
aku tak kata yang berjubah itu baik,
aku tak kata yang bertutup litup itu baik,
tapi aku kata, mereka semua sama.
Protes? Terserah.
Masing-masing punya idealistik berbeza.
Kau, kau dan kau,,
jangan pernah anggap diri kau begitu sempurna.
jangan dilihat cela orang lain,
sedangkan cela diri sendiri lebih sengsara.
'Kalau sudah azali begitu hendaknya,
mana mampu kau ubah?'
Itu kau kata.
Aku kata,
'sedang kau memenjarakan diri dengan ideologi begitu, pernah kau terfikir siapa tuhan kau?'
Sedangkan hidayah Dia yang beri,
siapa kau untuk memberi keputusan?
'Kalau dah nama jahat, jahat sampai ke sudah'
Ya, memang benar,
Sebab apa yang kau cakap itu ternyata memberi refleksi terhadap diri kau juga,
Kau juga jahat,
'JAHAT MULUT'
Kalau berkata bagaikan tahi,
muntah segala hasad,
kau sedar?
tidak, bukan?
Hijrah.
Peluang sepanjang masa.
Pintu terbuka luas,
walaupun dikelilingi manusia JAHAT MULUT,
tapi hijrah kau dipandang tuhan.
Kau terpilih,
sebab kau sedar akan titik hitam dalam diri.
adakah kau sudah berhijrah?
Terpulang.
Carousel
Oct 17, 2014
Oct 16, 2014
Permulaan
Label:
puisi jalanan
Dicatat oleh
Amier Qadri
Bila tengok orang berkasih,
aku pun nak,
tapi bila pikir balik,
apa yang pernah terjadi,
aku rasa takut.
Rasa takut makan diri,
dan buat aku igau tentangnya.
Tapi kalau yang datang,
lain genre nya,
lain formatnya,
lain tona nya,
kenapa tidak?
Buka ruang sedikit tak salah rasanya,
beri ruang untuk rasa,
beri ruang untuk diri rasa bahagia,
yang lepas biarkan lepas,
yang datang kita terima degan lapang dada.
Kalau diberi peluang untuk rasa,
aku mahu.
Sebab aku tahu,
kerana rasa itu,
aku berubah jadi yang satu.
Positif.
entah
aku takut sebab aku tahu aku tak sempurna,
masih lagi merangkak mencari jalan yang sebenar,
mungkin rasa ini boleh mengubah aku,
kalau kena pada cara.
berkasih biar seiring,
berkasih biar setia,
berkasih bukan kerana terpaksa,
ia hadir kerana kau rasa bahagia bersama,
entah
sekali lagi rasa takut,
kalau-kalau kerana berkasih,
pengakhirannya sama seperti igauan ceritera lama.
tapi mengapa perlu jadikan kisah itu sebagai pengukur jalan cerita,
sedangkan coretan baru dilaksana.
hadapi yang ada dengan rasa yang sama,
nescaya itulah yang kau nantikan bersama.
di
2:19 AM
Oct 13, 2014
Pendam
Label:
puisi jalanan
Dicatat oleh
Amier Qadri
Rasa lama kini hilang,
membatu di hakis ombak dan hilang.
yang datang adalah sakura,
menjadi penawar mengubat duka.
kala sepi, ia datang,
membawa not muzik indah,
memberi nafas sempurna.
Berlalu pergi meninggalkan memori lama bagaikan layang2 terbang tinggi dan hilang di ruang udara apabila tali yang digenggam kemas sudah tidak lagi utuh untuk menampung segala bebanan. Biarpun ia berlalu pergi, cebisan memori masih ku simpan, kerna bermulanya ceritera itu setelah kau hadir dan pergi. Mungkin ia bagaikan klimaks dalam sebuah cerita, dan pengakhirannya tidak seindah yang disangka. Kalau membaca jangan pernah memikirkan bahagia pada kesudahannya, realiti sebenar bukan lagi seperti penulisan lama. Racun minda merosakkan segalanya.
Bahagia. Setia. Dia. Aku mengaku, aku mengharapkan sebuah ungkapan indah yang selama ini aku idamkan. Namun, sejarah lama, buat aku takut untuk aku coret sebuah kisah baru yang penuh dengan not-not indah. Kotak rasa aku kini semakin hari semakin kuat untuk aku luahkan segala yang terpendam.
Biar masa menentukan segalanya, aku tak ingin kebahagiaan ini hilang kerana rasa yang memakan diri. Ikutkan segala ritma yang bermain, kerana satu masa nanti, sebuah lagu indah akan terhasil di pengakhirannya, Doakan segalanya berjalan sempurna, andai rezeki aku tercatit bersama, itu satu rahmat dariNya. =)
di
11:40 PM
Subscribe to:
Comments (Atom)
