Syurga seorang isteri adalah pada redha seorang suami. Baru-baru ni tular tentang kisah seorang pemuda yang bermalam di 7Eleven gara-gara merajuk dengan tindakan isterinya yang aku fikir tidak wajar. Pekerja di 7E ini berkongsi tentang apa yang telah berlaku pada pemuda tersebut sehinggakan dia mengambil keputusan untuk tidak balik ke rumah.
'Ditengking bini sendiri di depan mak mertua dan pakcik yang ada di dalam rumah' Allahu luluh aku baca benda ni.
Mana nak letak muka kalau isteri berkelakuan macam tu. Sedih. Maka merajuk sendirian.
Aku faham pemuda ni baik, lurus dan tak sanggup nak pukul isteri dia. Beruntunglah wahai wanita kalian punya suami yang macam ni, apa lagi yang kalian mahukan? Suami ini juga punya perasaan. Maka saling menjaga hati dan perasaan antara satu sama lain. Walaupun pangkat kalian lebih tinggi, walaupun gaji kalian lebih tinggi, suami tetap suami. Di luar kalian bos, di rumah kalian pengikut setia suami.
" Dan wanita-wanita yang kamu bimbang nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkan mereka dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya" Surah An-Nisaa Ayat 34
Terpanggil untuk menulis entri tentang isu rumah sewa yang selalu dimuat naik dalam media sosial apabila penyewa membuat onar terhadap rumah yang mereka duduki. Aku sendiri tak faham, apa masalah untuk kalian duduk dalam sebuah rumah yang masing-masing boleh jaga kebersihan.
Pemilik rumah tersebut @AidaSue meluahkan rasa kecewa di twitter apabila penyewa PEREMPUAN meninggalkan rumah dalam keadaan barai. Ramai yang memberi respon terhadap isu ini dan aku sendiri terkejut bila mana penyewa itu adalah perempuan. Supposed to be, bukan ke perempuan selalunya pembersih. Dan rata-rata isu rumah sewa ni lelaki yang selalu buat hal. Betul tak?
Dan tak terlepas jugak lah yang memandang asal usul negeri sebagai punca buah mulut. Aku totally tak menyokong dengan statement kenegerian sebab asas individu tu dari diri sendiri. Kalau dah hidup jenis pengotor, tak ada self concern dengan keadaan sekeliling, mahupun memang dia tak dididik untuk jadi pembersih, jadi tak perlu asas kenegerian.
'Awek yang duduk situ mostly dari pandangan mata high maintenance tapi tak sangka ada yang jenis pengotor tahap bangang. Muka menyombong acah cantik'
Setakat muka cantik dengan make up dan aksesori, kalau tempat tinggal barai macam tokang pecah, acuh tak acuh dengan kebersihan tempat tinggal, tak mustahil satu hari nanti dah kahwin pon masih kekal dengan sikap pengotor. Aku percaya tak semua perempuan macam tu, cuma ini adalah keprihatinan yang lahir dari diri sendiri. Sikap malas tu semua orang ada, tapi boleh dikawal kan? Jadi jangan amalkan perangai setan tu. Orang dulu-dulu cakap, rumah banyak sampah, kotor ni tempat hantu duduk. Jangan mengadu kalau jin jembalang singgah rumah kalian.
Amacam? Eh lap air liur meleleh tu. Sedap kan tengok gambar kat atas ni. Ya! Untuk entri kali ini, aku nak share pada kalian tempat makan best di Johor Bahru. Bagi peminat makanan western, entri ini untuk anda.
Lokasi thejejanz kali ini adalah di Food Trip, Johor Bahru. Kedai ni terletak di deretan Butik Vendville JB dan berdekatan dengan McDonald Nong Chik. Setelah 4 kali cubaan untuk datang kedai ni, dan kali ni aku berjaya jejak. Banyak tau review tentang makanan di sini. Oh ya, kedai ni TUTUP HARI ISNIN. Jangan datang hari Isnin, sia-sia je.
Dari jauh dah boleh Nampak signboard Food Trip. Di hujung blok tu ada butik vendville.
Interior kedai ni ala-ala London style. Simple but nice.
Baik, Food Trip menawarkan makanan western sahaja. Jadi, jangan pulak kalian datang sini mintak nasi goreng pattaya, tak ada ya. Makanan yang perlu kalian cuba adalah CHEESY WATERFALL. Macam dalam gambar di atas. Serius, apa yang boleh ak review untuk menu ini adalah sangat SUPERB. Berbaloi dengan harga dan sedap.
Patty buatan sendiri, Makaroni, Fries dan cup of cheese.
Patty yang diletakkan pada burger ni bukan sebarang patty tau. Aku boleh rasa ini patty sendiri bikin. Rasa dia sedap walaupun patty yang aku dapat ni sedikit garing. Garing luar tak apa tapi bila kalian gigit, akan rasa juicy daging tu. Sedap.
Apa yang dikatakan cheesy waterfall bila mana secawan cheese dibekalkan pada kalian untuk dicurahkan pada burger tu tadi. Serius bikin kecur. Rasa cheese yang di cairkan pon sedap, tak terlalu masin dan manis yang sedap bila dimakan dengan patty burger tu. RECOMMENDED! Kalian mesti nak tahu harga kan, ok, sepinggan Cheesy Waterfall ni berharga RM22.90. Berbaloi!
Menu lain yang boleh kalian cuba adalah, Butter Chicken Salted Egg. Memandangkan aku agak lapar, jadi aku nak makan nasi. Nasib baik ada menu ni, ayam masak butter. Menu ni pon sedap sebab, buttermilk tu dia asingkan dari ayam. Kalian boleh letak sendiri buttermilk tu pada ayam dan makan bersama nasi. Potongan cili hijau menambah rasa pedas dan sesuai dengan tekak melayu aku ni yang perlukan sedikit rasa pedas. Harga untuk menu ni cuma RM14.90.
Buttermilk chicken with rice
Untuk lebih banyak review pasal makanan di Food Trip ni, kalian boleh check out makanmana.tv ni. Kalau kalian ada cadangan kedai yang super sedap di sekitar JB ni, cadangkan kepada kami untuk kami review kedai tersebut. Check out IG ak, @am_hakimi dan follow twitter di @radenamhakimi. Terima Kasih.