Assalamualaikum
Aku faham apabila sebut pasal trip dan travel, benda paling utama yang akan kalian risaukan adalah tentang BAJET! Baik, aku tak nak nyatakan yang trip aku ke Korea trip paling bajet murah, bajet poyo dan seangkatan dengannya. Tapi apa yang boleh aku katakan, ianya NGAM NGAM! Maksudnya cukup-cukup lah.
Berapa?
Berapa?
Berapa?
Ok, bajet yang aku keluarkan adalah berdasarkan pengiraan aku 5 hari 4 malam, di Seoul Korea. Tolong ambil perhatian yang trip aku bukan trip gah yang kalian nak check in hotel mahal, makan mahal dan lain-lain yang aku kira FANCY. Tidak sama sekali. Secara keseluruhan, ianya adalah trip selesa, bukan trip bajet backpackers dan sebagainya.
1. TIKET FLIGHT
Trip ke sini adalah pada Januari 19, 2018. Tiket aku tempah dari bulan September, 2017. Penerbangan AirAsia dipilih memandangkan AirAsia ni kan SYARIKAT PENERBANGAN MURAH DALAM TALIAN. Jadi, haruslah menjadi pilihan pertama.
Detail Booking Penerbangan AirAsia
HARGA TIKET PERGI BALIK AIRASIA X: RM 1,167.00
(SATU RIBU SATU RATUS ENAM PULUH TUJUH SAHAJA)
(Tempahan September 2017. Penerbangan Januari 2018)
Harga tiket dengan penambahan item-item di atas, termasuk segala cukai. Mahal? Baik, tengok balik detail booking tu, 2X Meals + 20kg Baggage Extra. (pergi dan balik)
Kenapa ambil 20kg ekstra bagasi?
Memandangkan pada ketika itu, khabar angin menyatakan AirAsia kini mengambil tindakan untuk mengehadkan bilangan beg dan jumlah berat bagasi, sebagai persediaan awal dan untuk mengelakkan sebarang komplikasi ketika daftar masuk penerbangan, maka keputusan untuk membeli tambahan bagasi dibuat. Sila hadam.
Makan? Atas Flight?
Untuk meals atas flight, itu atas kalian sendiri. Bagi aku, perjalanan selama enam jam tu lama. dan kalian bakal lapar. Kalau nak jimat, kalian boleh keluarkan item meals dalam flight. Tak jadi masalah.
2. PENGINAPAN
Untuk penginapan di Seoul, aku memilih di sekitar Itaewon. Kalian boleh rujuk balik entri aku
Malam di Itaewon . Tempahan guest house ini dibuat di atas talian pada laman sesawang airb.com
Detail tempahan penginapan. SP Guest House, Itaewon
HARGA PENGINAPAN: RM 367.00
(TIGA RATUS ENAM PULUH TUJUH SHJ)
Untuk pengetahuan kalian, trip aku diikuti oleh 7 orang travellers. Jadi jumlah kos penginapan dibahagi kepada 7 orang bagi LIMA HARI EMPAT MALAM di Seoul. SP Guest House ni adalah tempat penginapan bagpackers. Jadi kalian perlu ambil perhatian tentang fasiliti yang dikongsi bersama.
3. PENGANGKUTAN
Kos pengangkutan untuk trip ini diambil kira bermula dari Lapangan Terbang Incheon, Seoul Korea. Sepanjang 5 hari di sana, aku cuma menggunakan train. Dan capaian train di sini adalah sangat meluas dan kalian tak perlu risau untuk bergerak.
Pembelian Kad T-Money adalah penting. Kad ini sama seperti touch and go yang kalian gunakan untuk menggunakan train di Malaysia. Harga kad tersebut adalah KRW4,000 (RM14.40) dan tambah nilai yang kalian perlukan adalah bergantung kepada destinasi yang kalian ingin tujui. Berdasarkan perjalanan aku, keperluan tambah nilai pada kad ini hampir KRW25,000 (RM90.00).
Tiket feri dan caj masuk ke Pulau Nami
Manakala untuk ke Nami Island, bayaran lain bagi TRAIN dari Cheongyangni - Gapyeong - Cheongyangni berjumlah KRW8,000 (RM28.80). Feri dari jeti ke Pulau Nami berjumlah KRW13,000 (RM46.80). Sekiranya anda berhasrat untuk naik ke Namsan Tower, caj dikenakan pada cable car adalah berjumlah KRW8,500 (RM30.60) untuk kedua-dua hala.
Tiket Train dari Cheongyangni-Gapyeong-Cheongyangni
Tiket 2 hala cable car Namsan Tower
HARGA PENGANGKUTAN: RM 210.00
(DUA RATUS SEPULUH SHJ)
4. TIKET MASUK
Untuk bayaran tiket masuk, aku kira-kira cuma satu tempat sahaja yang dikenakan bayaran tiket masuk. Iaitu di Petite France. KRW8,000 (
RM28.80) Tiket masuk ke Nami Island aku serap siap-siap dalam caj pengangkutan feri ke Nami. Sekiranya kalian nak masuk ke tempat lain seperti Lotte World Adventure, Geongbokgung Palace, dan lain-lain, caj tiket masuk perlu dikira lain.
HARGA TIKET MASUK: RM 28.00
(DUA PULUH LAPAN SHJ)
5. KOS MAKAN
Sepanjang aku di Korea, kos makan dan minum aku bajet KRW15,000 untuk sekali makan. Satu hari aku kira 2 kali makan, waktu lunch dan dinner. Ada masa aku makan cuma sekali sehari, sebab aku makan berat ketika waktu lunch. Tapi dalam pada peruntukan makan yang kalian da bajet, sebenarnya kalian boleh kurangkan dengan membawa bekalan makanan segera dari Malaysia. Bekalan aku biasanya aku bawak untuk makan ketika sarapan pagi. Jimat. Untuk itu, kos makan sepanjang aku di sana, RM350.
Meal di Nami Island. Bulgogi KRW12,000 (RM43.20)
Nampak mahal kan, kalau dalam ringgit. Tapi bila berada di Korea, satu hidangan pada harga KRW15,000 kebawah dikira full set meal. Jadi tepuk dada, tanya selera.
HARGA MAKAN & MINUM: RM 350.00
(TIGA RATUS LIMA PULUH SHJ)
TOTAL KOS
RM1,167 + RM367 + RM210 + RM28 + RM350
RM2,122
Nota kaki:
Peruntukan bajet yang anda lakukan adalah bagaimana trip yang kalian idamkan. Jadi kos yang tersebut di atas adalah berdasarkan pengalaman aku ketika musim sejuk di Seoul Korea. Aku kira, kalian punya bajet outline yang lagi hebat untuk melayakkan trip kalian tergolong dalam trip bajet. Tapi bagi aku, segala kos yang aku belanjakan adalah pada tahap optimum dan ngam-ngam.
Shopping?
Boleh je, aku pon shopping souvinier dan jajan yang aku teringin nak makan. Anggaran bajet shopping yang aku laburkan dalam trip ni hampir KRW120,000. (RM432.00) Aku tak masukkan bajet shopping dalam total kos di atas sebab benda ni adalah kehendak masing-masing. Ada duit lebih, kalian boleh shopping, kalau tak ada pon tak apa, cukup memadai kalian berpijak di sebuah negara asing yang kalian lawati. Pengalaman itu pon sudah cukup bermakna. Serius.