Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

May 31, 2017

Lirik Despacito Versi Melayu Paling Best! (Female Version)

Hai,
Nah, pasti yang ada cari lirik lagu ni kan, aku siapkan lirik penuh untuk kalian. Mohon terhibur! 



pergi..
siapa yang katakan aku tak sudi
jangan cuba kau bohong lagi
benci..
tidak pernahku lafaz walau sekali
dengar penjelasan ku ini
oh ku pasti mengharapkan lebih dari mu
kenali amanah dalam hidupmu
salahkah ku pilih yang terbaik untukku
oh ya
sengaja caraku putus tidak formal
selepas ini mungkin akan lebih jelas
apa yang membuat hatiku tertutup

(A)
ku keliru
jujur aku katakan aku keliru
sejak pertama kali kita bertemu
ku fikir ku tau apa yang ku mahu
ku keliru 
buat keputusan yang terburu-buru
terima lamaran tanpa fikir dulu
sememangnya ada niat tuk beritahu
jodoh dan pertemuan ini bukan mainan
bukan senang tuk putuskan
semua demi kebaikan
jodoh dan pertemuan ini tuhan tentukan
segalanya- suratan
dia yang menjadi pilihan

pada awalnya engkau pilihan
untuk teman kehidupan
untuk bina masa depan
untuk hari kemudian
tapi bagaimana engkau ingin mengimamkan
kalau satu fardhu pun tak pernah kau kerjakan
tapi bekas kasih aku buat perubahan
go up get up walkaway
dari segala yang diharamkan
sehingga dekatkan dirinya kepada tuhan
itulah ciri-ciri pasangan yang ku idamkan

berkesah berkeluh
bila tiba subuh
zohor ke asar
saja kau biarkan
dan aku doakan
kau temu keinsafan
agar satu hari berlakunya perubahan

berkesah berkeluh
bila tiba subuh
maghrib ke isyak
saja kau tinggalkan
dan aku doakan
kau temu keinsafan
namun sudah cukup aku beri kesempatan
sayang..

REPEAT (A) 

ku keliru
jujur aku katakan aku keliru
sejak pertama kali kita bertemu
ku fikir aku tau apa yang ku mahu
OH....

berkesah berkeluh
bila tiba subuh
zohor ke asar
saja kau biarkan
(bukan senang tuk putuskan
semua demi kebaikan)

berkesah berkeluh
bila tiba subuh
maghrib ke isyak
saja kau tinggalkan
(segalanya suratan
dia yang menjadi pilihan)
inkognito

Despacito Versi Melayu Paling Best! Tak Tipu.

Hai,

Tiap kali balik dari kerja, aku lebih suka untuk dengar Era.fm. Dan setiap kali itu, lagu Mexico nyanyian Luis Fonci - Despacito ni ada. Something catchy with this song. Its fun! Lagu ni da lama released, dalam 4 bulan yang lepas dengan tontonan di You Tube mencecah 1.6 billion. Wau! Lagu ini telah banyak dimainkan oleh Instruktor Zumba untuk sesi zumba mereka. 

Video nyanyian asal Luis Fonsi ft Daddy Yankee


Tapi, apa yang menariknya, ada orang melayu kita yang kreatif dengan mengubah lirik lagu ini kepada versi melayu.  Jom tengok.



Wah! Despacito jadi Incognito! Dengan tontonan 990k sejak dimuat naik 15 Mei lalu, serius memang boleh layan. Lirik dia nak sampaikan tentang hati seorang lelaki apabila dikecewakan oleh wanita. Agak-agak, perempuan akan duduk diam tak? Mesti lah tidak! Sudah pasti ada jawab balas! 



Kan aku da cakap, perempuan takkan duduk diam. Ini jawapan mereka dari rentetan lagu Incognito tadi. Lagu ini adalah gubahan Aidil Akmal, Lirik; Dzar Ismail. Boleh check out channel YouTube MrGraphsman 

Apa kata netizen dengan lagu mereka ini? 




Boleh la tambah masuk playlist. Kalau dapat dengar kat radio pasti syok!

May 24, 2017

Gaun Fairy Tale Ashwarya Rai Dipimpin Lima Orang Pengiring


Hai,

Baru-baru ini di dalam Festival Filem Cannes menampilkan ramai artis dunia yang telah menghadiri majlis tersebut. Festival ini adalah penyampaian anugerah kepada pelakon dan filem yang telah dicalonkan. Kalau di festival filem antarabangsa, apa yang dinantikan adalah ketika sesi red-carpet apabila pelakon-pelakon memperagakan busana yang cukup indah. Antara artis yang menarik perhatian dengan busana yang gah dan bertemakan fairy tale dipakai oleh pelakon hebat asia iaitu Ashwarya Rai.


Ashwarya Rai memperagakan busana seperti Cinderella yang telah direka oleh Michael Cinco. Busana ini telah menarik perhatian Fashion's Police.




Busana Cinderella ini menarik mata ramai orang ketika red-carpet bagi majlis premium Okja di Palais des Festivals di Cannes, Perancis, pada 19 Mei lalu. Jom lihat busana Ashwarya Rai tahun 2016.



Tahun ini, Ashwarya Rai kelihatan lebih cantik berbanding tahun sebelumnya. Apa-apa pun, artis asia ini cukup menawan dan mampu membuat semua orang ternganga melihat kecantikannya.


Aku rasa baju ini cukup berat dan memerlukan sampai 5 orang untuk memimpin Ashwarya Rai menaiki tangga ini. Anda mampu?

Pelajar UM Bekerja Sambilan Diperlekehkan

Assalamualaikum

Hari ini aku tertarik dengan satu thread di laman Twiter apabila pemilik akaun twitter @naddyM yang telah menceritakan bagaimana rakannya, seorang siswazah Universiti Malaya (UM) diperlekehkan oleh pelanggan hanya kerana dia seorang pelayan restoran. Naddy berkongsi perasaan kecewa dengan sikap segilintir masyarakat yang masih berfikiran sedemikian.





Siapa sangka masih ada individu yang sedemikian rupa. Bak kata Naddy, golongan ini adalah sebahagian metaliti kelas ketiga. Kalau ikutkan, masa aku study dulu, ramai je yang bekerja sambilan di Starbucks, McDonald, Tesco, Coffee Bean dan lain-lain. Dan melalui bekerja sambilan itu juga, mereka-mereka yang diperlekehkan ini memperoleh pengalaman. Orang kata bermula dari bawah. Tak ada apa yang salah.



Dan jangan pelik kalau orang melayan anda itu punya pendidikan yang lagi tinggi. Sebab tu kita kalau menilai orang jangan cepat melatah. Hormat antara satu sama lain walaupun dia cuma tukang sapu. Kalau tak ada orang yang buat kerja sedemikian, lengkap tak hidup? Pasti tidak.

Perbetulkan mentaliti. Itu seharusnya yang perlu dilakukan oleh masyarakat bukan memperlekehkan mereka dan terus menjadikan ramai yang malu untuk bekerja kerana nak 'jaga muka'. Apa-apa pun aku tabik dengan orang yang sanggup bekerja sambilan masa belajar. Pelajar yang buat perniagaan sambilan pon tidak dilupakan juga. Good effort!

May 23, 2017

Tips Ramadhan | Menu Sahur Ringkas

Assalamualaikum,

Jadi topik hari ini adalah apakah menu yang sesuai untuk bersahur. Memandangkan Ramadhan is just around the corner, i guess you guys already plan something for Sahur. Kevin Zahri ada kongsikan menu sahur yang cukup rigkas dan lengkap dengan nutrisi keperluan sepanjang satu hari berpuasa.


Fiber dan protein adalah nutrisi yang diperlukan untuk memberikan anda tenaga yang berpanjangan semasa berpuasa. Jadi kepada anda yang malas nak masak di pagi hari, macam aku, menu oatmeal by kevin ni boleh diguna pakai. Lets take a look on how to do it.


Aku bukan penggemar oatmeal. Tapi aku rasa, oatmeal tu perlu dipelbagaikan dengan tambahan bahan-bahan lain seperti pisang dan chocolate chip. Macam mana rasa oatmeal dengan coklat ye? Menarik. Jom cuba! 

Ok, Selamat Berpuasa!
Untuk video penuh boleh terus ke channel Kevin Zahri di Youtube.

May 22, 2017

Promo : Pelan Tanpa Had Umobile RM78

Hai,

Baru-baru ini U Mobile telah melancarkan pelan tanpa had dengan harga RM78 sebulan. Lebih berbaloi apabila anda boleh membuat panggilan tanpa had dan internet tanpa had. Pelan ini juga membawakan ciri hotspot yang dibekalkan sebanyak 10 GB dengan kelajuan 5 Mbps serta kuota 5 GB untuk perantauan. Jadi tak perlu risau sekiranya anda dalam perjalan keluar negara, kerana anda boleh set mod perantauan di 12 negara dengan selamat pada 5GB data sedia ada di dalam pelan.


Rangkaian U Mobile di Johor bahru adalah lebih stabil dan masalah yang dihadapi dengan rangkaian sebelum ini telah selesai. Bagi pengguna telefon bimbit 3G, ia mungkin menjadi satu masalah apabila berada di dalam bangunan. Jadi kepada anda yang masih lagi mencari pelan yang berbaloi, apa tunggu lagi, kunjungi cawangan U Mobile yang terdekat untuk menukar pelan.

Cara-cara menukar pelan kepada U Mobile

Sekiranya anda ingin mengekalkan nombor sedia ada, anda boleh berbuat demikian di cawangan U Mobile untuk porting kepada rangkaian U Mobile. Pendaftaran boleh dibuat dengan membawa kad pengenalan dan bayaran sebanyak RM78 ketika pendaftaran. Anda akan dibekalkan dengan kad sim yang baru, boleh pilih sama ada nano sim atau sim biasa. Proses porting mengambil masa 1-2 hari. Anda akan menerima pesanan ringkas dari pihak telco semasa untuk pengesahan bertukar ke rangkaian U Mobile. Ikuti arahan yang dinyatakan di dalam mesej tersebut dan kad sim baru U Mobile anda boleh dimasukkan apabila rangkaian dari kad sim semasa anda telah dibatalkan.

Jom lihat apa yang lebih berbaloi dengan U Mobile.




May 18, 2017

11H14MIN TRIP| Singapore : Apa Sebenarnya Berlaku Di Singapura?

Hai, Assalamualaikum,

Jadi mari kita sambung kembali tentang trip 11jam14min ke Singapura tempoh hari.

Apa sebenarnya berlaku ketika trip ini, aku sesat di CIQ Woodlands. Lpas je naik bas dari JB Sentral menuju ke Singapura, bas akan berhenti di CIQ Woodlands untuk cop keluar passport, jadi selepas selesai urusan di kaunter imegresen, aku telah melalui jalan keluar yang salah, sepatutnya aku terus ke bus coach untuk menunggu bas yg aku naiki pada awal perjalanan. Tetapi, aku melangkah laju terus ke arrival gate dan perhentian teksi. Jarak dari pintu arrival ke perhentian teksi tu agak jauh, kalau dibandingkan dari pintu arrival ke bus coach waiting yang mana cuma turun tangga dari pintu ketibaan. sejurus aku sampai di perhentian teksi itu, aku rasakan ini bukan tempat yg sepatutnya dan kemudian berpatah semula. melangkah laju dan melepasi tangga yang sepatutnya aku turun, aku kembali masuk ke departure hall dan keluar. Departure hall woodlands ni adalah tempat untuk kau keluar dari Singapura! Aku salah jalan!

Aku jadi cuak dan terus dapatkan khidmat nasihat pegawai imegresen untuk kembali semula ke Singapura. Passport aku dipegang di kaunter sementara menunggu pegawai dari pintu arrival untuk ambil aku masuk semula ke Singapura. Tiada apa yang dirisaukan. Cuma aku beritahu mereka yang aku tersesat di CIQ dan melalui pintu pelepasan. Aku kemudian dibawa semula ke pintu arrival dan melalui pemeriksaan barang dan tiba semula di pintu ketibaan. Maka aku terus turun tangga. Dan itu jalan yang sebetulnya.

Yang pasti bas TS1 membawa aku ke Changi Aiport da terlepas. Aku konon bercadang untuk tunggu bas berikutnya dr Jb Sentral. Malangya 2 jam penantian kabur. Kawan-kawan aku di changi dah menunggu lama, maka aku biarkan mereka gerak dahulu ke destinasi yang dirancang. Dan aku masih lagi mengumpul keberanian untuk teruskan perjalanan solo dengan menaiki bas transit. 

Destinasi pertama kami di Merlion Park. Hanya satu cara mudah untuk sampai adalah dengan menaiki MRT. Jadi untuk tahu bagaimana pengalaman aku menaiki MRT ke Merlion Park, teruskan membaca di entri berikutnya! Terima kasih..

May 11, 2017

11H14MIN TRIP| Singapore : From JB to Changi Airport

Hai semua! Assalamualaikum

Baik, untuk kali ini, I just wanna share my experienced taking public transport to Singapore. Pada mulanya trip ini sememangya tidak dirancang. Sebab kebiasaan, mana-mana trip yang aku pergi, paling tidak 2 atau 3 bulan sbelum perjalanan. Memandangkan singapura ni pon tak jauh dari Johor Bahru, tidak la begitu leceh asalkan wang sentiasa cukup.

Ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke Singapore!

Memandangkan aku tinggal di JB, aku tidak perlu kalut untuk booked tiket flight or anything. Just drive and parked at CIQ a.k.a Customs, Immigration and Quarantine Johor. Perjalanan ke Singapore ni, I cuma nak experienced menaiki public transport, jadi, i parked my car di hadapan JB Sentral. Tempat letak kenderaan paling dekat dengan CIQ Johor ni cuma berhadapan dengan KOMTAR JBCC. Tempat letak motosikal di CIQ Johor ni juga turut disediakan. Bayaran parking untuk satu hari adalah sebanyak RM12 sahaja. So, you can parked for 24 hours without hesitation.

Selesai parking, terus menapak menuju ke CIQ Johor. CIQ ni luas, dan tinggi, kena naik banyak escalator. Tapi jangan khuatir segalanya efisien. Pemegang passport Malaysia, kalian boleh terus menuju ke automatic gate utk scan passport menandakan kalian keluar dari Malaysia. Selesai pemeriksaan, boleh terus ke platform terminal bas. Sekiranya kalian punya masalah untuk sebarang hal, polis di bangunan ini ramai, jadi tiada perkara yang perlu dirisaukan.

Di sini, anda akan lihat 2 platform, Platform A dan B. A ni kebanyakan nya bas pekerja yang ambil pekerja untuk dibawa ke singapore. Manakala Platform B untuk bas transit dan bas express. Memandangkan tujuan ak untuk ke changi airport bertemu dgn buddies yang lain, maka ak tros ke platform B. Mencari bas tertera TS1 yang menuju terus ke lapang terbang changi. Untuk ke changi dengan menaiki TS1 ini, bas pertama bermula seawal jam 5 pagi dan trip berikutnya adalah jam 7.30 pagi. Bayaran untuk transit ke Changi Airport adalah sebanyak RM10, anda boleh bayar dalam Ringgit dan SinDollar. Jadi sila datang awal sekiranya anda sedang mengejar waktu penerbangan. Kekerapan bas ke airport adalah sangat limited, jadi rancang perjalanan anda sebaiknya.

Bas TS1 akan membawa anda masuk ke Singapore melalui first link dan anda perlu mendaftar masuk ke Singapore di CIQ Woodlands. Sekiranya anda sudah mendapatkan tiket bas TS1 tadi, selesai urusan imigresen dan semakan, terus turun ke coaches waiting area untuk mendapatkan bas TS1 yang anda naiki. Bas mungkin agak  lambat disebabkan kaunter di atas jalan raya cuma ada 3 buah sahaja, jadi pergerakan bas jadi lambat. Keep waiting. Tapi, sewaktu aku di CIQ ni, insiden yang tak diingini berlaku. 

Perjalanan untuk ke changi mengambil masa lebih kurang 30 minit, sebelum tiba di Changi Airport, pastikan anda tahu di terminal mana untuk anda turun. Aku turun di Terminal 1 untuk arrival hall. Buddies dah menanti. Jom ke checkpoint pertama! (https://www.cichaz.com/2016/01/johor-bahru-menuju-changi-airport-dengan-bis/) Boleh baca entry sahabat dari Indonesia ini untuk cerita lebih menarik,

Stay tuned, will update my budget trip to Singapore and the incident happened later in my next entry! Anyway, check out my IG on the left side of this blog, ada jugak pic ke Singapore baru-baru ini. Bye! Thanks for reading.