Carousel
Dec 22, 2013
Hanyut.
Nov 18, 2013
Gelojak Nafsu
Nov 13, 2013
Rerama Indah
Nov 5, 2013
Pedih Sendirian
mendelah pulok koi ni duk melalut dengan buta, rogol, tafsir,,, haaaaaa!! inilah penangan duk menaip tengoh2 malang bute. orang laing duk sedak tido, aku pulok duk ngadak bende hok susoh dan saje taknok tido. sumbat earfon dalang telinge memang tok sedo mende doh la,, maing pulok lagu2 hok sedak, poh paleh,,!
hahahaha,, jenoh lah korang nak paham ape ke bende lucah aku duk mencarut malam ni. actually, bilamana anak jati pahang berbicara, macam ni lah, abes word2 pahang keluar. sampai ada word yang sukar untuk difahami. but its unique keh! bangga woi jadi anak pahang, sebab, x ramai yang paham.. huuuhuu
KERINDUAN
yaaa, pada saat ini, ku merindukan semua orang yg selalu berada di sisi. my besties, my friends, my lover, my family, segalanya di USM ku rindu. faa, kak tacha, abg long, kak ema, shah, kay, tiaw, cami dan ma besties mira! haaaaa,,, bersama mereka buat hidop aku tak sunyi dengan gelak tawa mereka. Mereka inilah yang menjadi penguat buat aku, walaupun secara dasarnya, aku ni hanya anak pungutan dalam family depa neh. sob sob sob. tenks sebab kutip aku.. dan menyayangi aku. terharu.
kadang-kadang aku risau, sangat risau, jika persahabatan kali ini seperti yg pernah aku hadapi sebelom2 ini. hanya kekal dalam masa yang singkat, segalanya berubah apabila ukhuwah itu semakin hari semakin jauh. haaa, mereka ini ku anggap sebagai jantung hati. penyelamat gua dari kesesatan malam yang penuh ketakutan. aku sayang apa yang aku ada sekarang.
tapi pengajaran lepas harus aku terapkan buat diri aku sendiri. aku tidak mahu ia kembali berdarah, menangis kerana seorang sahabat, yang salah aku tafsirkan. sumpah aku takkan ulangi lagi. bergantung sepenuhnya kepada dia yang ku anggap bakal menjadi sahabat aku hingga akhir hayat. kononnya. pedih bila diperlakukan sebegitu dan mungkin kebodohan aku pada ketika itu memberi aku peluang untuk mengenali dia dan diri aku sendiri. pupuknya rasa benci mulai dari situ, walaupun kata maaf dilemparkan, namun jauh di lubuk hati, susah untuk aku terima,, entah kenapa rasa benci itu kembali menebal dan terus menebal. usahaku untuk mengawal keegoaan yang meninggi dalam diri mencapai tahap maksima. tidak lagi aku mampu, cukup setakat itu kekuatan yang dpt aku peroleh untuk hadapi segalanya, tidak lebih dan tidak kurang. satu batas yang aku sendiri buat antara aku dan dia. biarlah satu penghadang dibina daripada tiada langsung. cukup sekadar mengikut syarat 3 hari.
Jun 6, 2013
Hei Awak, Betul Awak Sayang Saya?
Mungkin sekarang kebanyakan universiti sedang menghadapi study week sebelum final. Kekadang tu kita sering terlepas pandang dengan tindakan kita. Mungkin secara dasarnya baik, study bersama dan sebagainya, namun diingatkan.. kita masih lagi mukmin pd islamnya..
Saya buat entry kali ini memang khas sangat untuk pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta. Seriously, anda semua kena jawab soalan-soalan yang saya utarakan dengan penuh ikhlas dan juga dengan tahap kejujuran yang tinggi tahap maksima.
Sayang ke kalau selalu sangat keluar dating kat taman-taman?
Sayang ke kalau setiap hujung minggu ajak dia pergi tengok wayang?
Sayang ke kalau hari-hari keluar makan sama-sama?
Sayang ke kalau anda pegang tangan dia semasa keluar jalan-jalan?
Sayang ke kalau hari-hari call dia sampai berjam-jam bergayut?
Sayang ke kalau inbox mesej penuh dengan mesej jiwang-jiwang?
Sayang ke kalau di dalam dewan kuliah sering duduk sebelah-sebelah?
Sayang ke kalau 24 jam dengan dia?
Sayang ke kalau gambar anda berdua diupload ke dalam Facebook?
Sayang ke kalau gambar tersebut dipuji oleh rakan-rakan? Bangga?
Sayang ke kalau satu universiti tahu bahawa anda dan dia bercouple?
Sayang ke kalau semua orang tahu yang anda menyayangi dia?
Sayang ke kalau anda kata I Love You pada dia?
May 25, 2013
Bila Nak Habis!!??
Assalamualaikum
Bukan mudah kalu hati ni sendiri tak pasti dengan apa yang kita rasa. kekadang hati neh dengan sendirinya terasa pedihnya dan kita sendiri tak sedar. Mungkin segalanya begitu cepat sehinggakan aku sendiri tak sedar dengan apa yang sedang berlaku. Bagaimana harus aku ungkapkan perasaan ini, sedangkan aku sendiri buntu...buntu di antara dua perasaan yg aku sendiri keliru.
Mungkin ini adalah ujian yang Allah berikan buat aku sekali lagi untuk aku hadapi demi menjadi seorang yang lebih kuat dan terus tabah dalam menghadapi setiap cubaan dan rintangan ini. Ya Allah, ku mohon kekuatan dari mu Ya Rab untuk hadap segala cabaran ini.
Perasaan, segalanya begitu subjektif untuk aku ungkapkan. andai ini ujian yang harus aku hadap, aku terima, walaupun terasa pedihnya,. Kawan aku kata, aku sering befikir tentang apa yang bakal berlaku instead untuk bakal hadap segala bagai dugaan tuh.
Ya Rab,, sesungguhnya, aku berperang dengan perasaan neh. PERANG ok! Sememangnyer, usaha dua kali ganda perlu diambil sekrang. Orang kata di sebalik senyuman itu, pasti ade suatu cerita yang pedih dan sukar untuk diluahkan.
WAAAAAAAAAAAAAA.... PEDIH SIOT!!
Mar 3, 2013
Ke Arah Kebaikan
alahai, rindunya lah aku pada korang2 neh. sirius. tak tipu. rindu sangat nak menaip, nk share dgn korang banyak cerita. tapi tak sempat. lah, tak perlu sedih2, yg da nanges tuh, lap air mata cepat2, tak perlu feeling touching bebagai. aku cepuk laju2 nnti. hahaha. hey, anyway, nak crite pd hgpa neh, duet PT da masuk... heheheh, suker kaw. mana tak nyer, duet dlm akaun aku cukup2 utk sebulan hari tuh. Nasib baik, yuran da ditolak awal2. tapi dr amaun 2.6K tggal 1.6K, sedey... kalau dapat penuh duit tuh, yuran entah kemana, belanja entah kemana.. memang berjimba habes la kan. macam lah aku tak tahu, aku pon cam korang jugak, sekali shopping, kalau tak SERAT LEBIH memang tak sah kaw. nk yg vogue2 aje. heehee
But, Alhamadulillah, kalu takde duet tu, nak makan ape aku kat USM neh. tak pepasal jawatan kosong kat kfc tuh aku penuhkan. hahaha, hisy, tak mau lahh. hey, esok bdk2 uitm da start kuliah kann.. selamat kembali ke alam yg lebih bizi. hahah, kami di sini awai lagi start ok.
FLASHBACK 2 HARI LEPAS
Jumaat lepas, gigih aku siapkan drwaing design kerusi yg bakal dijadikan model esainmen 2 neh. sekali kene crit teruk kaw. nak tercirit aku dalam studio tuh. seb baik drawing design, kalu model betol2, aku tak tau lahhh.. mahu tak pengsan aku dalam tuh.
"Dr. ..ini design yg saya buat untuk kerusi tuh., ok tak? saya letakkan bookshelf and some sort of table sebelah kerusi neh?"
"Hurm, besar tak kerusi neh?"
"6 feet height"
"what is the function of the chair? just to sit?"
"yes, we also can lean lahh. saya design untuk boleh tarik sit neh kedepan."
Dari raut wajah Dr. tuh, memamng macam tak berpuas hati. serius, da berdebar da menunggu word seterusnya dya nak crit. dah lah ramai student lain tgok sama. ini baru Dr. tuh. belom En. A lagi. huhuu, tengok drpd gaya dye crit design budak2 laen, i'm sure, masak lah aku.
"i think you should removed all this kind of bookshelf, try to find other function that can be used from the chair."
"semua dr.?" terkedu..
"ok. terima kasih." ingat da abes kena crit dgn dr. tuh,, sekali En. A pulak.
"Td design awak dr. dah crit ek?"
"ye,."
"mana design awk? meh sini."
"siapa target user awak?"
"target user,,anybody maybe, but target place ade lah. maybe for reading room or library. dr cadangkan saya removed bookshelf tuh, ok saya terima."
"saya rasa, kerusi neh nampak macam KERUSI BIASA..."
"cari design lain, google bnyak kan sekarang, u can find much more design from internet."
panggggggg, terpana. telinga aku da mula panas. hati neh rasa di cincang2 jer. aku memang tak boleh nak bayangkan betapa segannya aku waktu tuh. ramai kot duk keliling En.A tuh sekadar nk dgr crit. so, aku decide memang nak design asas kayu jugak, barang2 da beli kot nak design model tuh, sekali terpaksa design lain. Aku mengaku lah yg kerusi tuh mcm kerusi biasa2 jer. memang tak dinafikan. when we define multifunction chair, kerusi tuh sendiri berubah menjadi function lain. not the attachment yg ade pd kerusi tuh. ye tak ye jugak kann... berfikir sendiri secara rasional berdasarkan crit tuh.
dalam hidup neh, crit tuh penting jugak. sebab, kalu takde org crit, kita sentiasa ingat yg kita neh da perfect. that's not good. we better should have someone much more good untuk betulkan kita. kannn..
Anyway, i got my tablet back! Yay!! ari tuh hantar pi specialist kat Perangin Mall. Tab wat hal bile bateri status duk hang 100% ja. padiaa. 4 hari jugak kat kedai tuh. pi komtar ngat boleh lah ade teman2 yg nak tag along. sekali, kena pi sorang daa.. hujung minggu~ masing ade plan memasing. so berjalan lah aku sensorang naik rapi ke KOMTAR. pusing perangin mall, 1st avenue, BJ mall, sorang-sorang. Seronok jugak sebab dapat fon baru.. uolls!! hahaha, even though tak secanggih note 2, tak secanggih iPhone, tak secanggih yg canggih2 lah, cukup sekadar basic need of android.
First model motorola, DEFY XT baru keluar tak sampai 2 hari. aku beli! heheh, boleh lah, even though pattern dye kurang memuaskan. but, overall, boleh lahh. 460 boleh lah dengan harga dan kualiti fon tuh. anyway, sedikit pengorbanan perlu dilakukan bila amek bnda alah neh. well, kena 2X ganda perlu berjimat cermat...sebab, duet yg ade ckup2 utk makan dan studio. thats it. aku risau neh... pandai amek, pandai tanggung lah. jgn menyusahkan org lain sudah. Gigih berjalan pusing2 komtar sensorang, padiaa kann. btw, banyak movie baru duk tayang la neh. kalu hangpa ade duit, memang bestlah kann..
Hey, already got my BB1M. da gune 200 vocer. tggal lagi 50. ingat nak cari buku di kuantan nanti. balik cuti mid sem nnti lahh kot. banyak jugak barang2 aku amek. yg tak boleh blah nyer, the first day i got my vocer, gigih pi popular, sebab aku tau, kat popular memang banyak brg2 elektronik, jadi plan asal nk gune bb1m neh lah nak beli mouse. sekali, da ambik alat ulis bebagai, mouse and so on, happy lah nak bayar kan, tetiba..
"untuk setiap satu vocer, popular kasi guna untuk 40 hinggit buku 10 hinggit brg lain."
padiaaaa!!!!!!! memang nak kena sembur lah kann.. seb baik bukan pada akku dye cakap. terdengar dr customer lain yg nak buat pembayaran guna bb1m tuh. keluar dr lane cashier, letak balik barang2 td, 2-3 barang je letak tempat asal, yg lain, aku tggal camtuh jer dlm bakul. bengke hati bila sejam duk dalam tuh, last2 keluar tgn kosong. vaviss!!
balik lah kami dgn tangan kosong dan kepenatan.
tapi dalam pada penat tuh, malam tuh keluar pi queensbay pulak. dah tahu nak dapatkan buku apa, pi jugak popular. spent 100 buku 20 hinggit brg2 lain. boleh lahh.. so, dapat lah 2-3 novel, 1 buku yg dah lama teringin nak beli... #AkuTerimaNikahnya.
Balik dr shopping di popular queensbay, terus ke kfc, ade org belanja makan kaw... hahahah. suker2. memang perot tgh lapar time tuh. gigih memasing nak cari MPH dlam queensbay. memang tak akan ade lahh kan. hnya di gurney jer. kami keluar dr queensbay bila semua kedai dalam tuh tutup. dah tutup sekian pulak menunggu abg student cab. yg kelakar nye, jam dye cepat 20 min. tak taw lah kenapa. sebelum pi queensbay tuh, dye mai awal giler,. janji 8.30, dye mai 8.10, mau tak lama dia duduk dalam kereta menunggu kami. last2 time nak balik tuh, kami janji jam 11 jam dia, kami keluar awal lahh, hah kw, 40 minit menunggu. macam balasan jer rasanya. hahahah
HARI INI
this sunday memang takde plan nak kuar ke mana2. pepagi lagi, ade kawan datang bilik jemput pi masjid untuk gather muslimin usm. so tergerak hatilah nak pi. baik kann~~ hurm, bas takde hari ahad neh. so bejalan kaki lah aku dgn karib pi masjid usm. jauh jugak, but dgn niat yg ikhlas, penat tak terasa. sesampai jer masjid, ade abg tuh tgh baca taklim smbil menunggu the exact time to start ceramah. it is not ceramah lelame tuh, tapi more to perkongsian dan peringatan utk mengimarahkan islam dalam kalangan student. sampai ke Zohor lah berada di masjid tuh. the best part is, for the first time in my life, aku makan pakai talam, ramai2 dengan jemaah lain. first time kaw! cam nak nanges pun ade. sebab terasa diri neh masih byk bnde belom discover. so, makan lah 4 org setalam. biasa dengar kehidupan madrasah sepupu aku tuh. kalu makan, camtuh lah caranya. kali pertama lah neh. Alhamdulillah. seronok jugak,
anyway, pengalaman tuh bukan semua org boleh dapat kalau Allah tak izinkan. so, bersyukur lah sekiranya anda diuji kerana itu tanda Allah sayang dgn korang.
note::dalam pada kita berjimba di dunia, sekali sekala kita perlu luangkan masa utk agama. sehari dalam sebulan pun da memadai. in sya ALLah
Feb 24, 2013
Aku Tahu Kau Masih di Situ
A Life of Hope
ASSALAMUALAIKUM
Hey, ape kabo mengkeme2 aih? Sehat ke dok? Masing2 kome taw da start kuliah kan. Hah, bagus lah tuh. Dah lame doh duduk rumah, udoh2 le tuh yop! Hehehe, time to gain back the spirit of studying ek.. Yang pasti sekarang tak seperti dahulu lagi. Ad yang pasti akan berubah, sama ada diri kita sendiri ataupun org lain. Bagi aku, tak de perubahan besar pada aku, melainkan semangat dan cita-cita yg luhur... geetoooh. Ini semua Propa saja noks...
Hah kaw, meh rapat-rapat, nak habaq mai kat hangpa neh.. karib aku da kawen... Cam tak caya jer.. Terkejut beruk pun ade. Sepanjang cuti ari tuh takde plak nak habaq mai, kol ke, mesej ker, tup2 sampai kat usm, da kawen!! wahh, aku taw lahh hang duk jauh beratus-ratus kilometer ke sana, nak kena berenang laut china selatan nak ke sana. mana lahh aku mampu, kannn...waktu tgh minum-minum.
"Ko nampak lain lahh..., ade perkabaran baek ker?" ayat cliche yg selalu digunakan oleh org tuh,,, 'ade perkabaran baik' aje.
"padiaaa? mana ade aih..."
"tuh, pada fon tuh, padiaaa?" ada keychain besau gila, duk tayang 2 nama. i didnt expect much more than marriage...
well, she's changed a lot. maybe la kot sbb dye ade mensi dulu nk pakai begitu begini. tup2, masuk sem baru, BERTUKAR!! cam power rangers tuh. hahaha, best jugak kartoon tuh dulu. suka tengok time dye bertukar-tukar nak lawan dgn alien2 ntah dtg dr mana nya.. hahahah. anyway, she's changed into a better muslimah lahh. well, tak lah terkejut dgn perubahan dye tuh.
Malam tuh, ade somtin wrong. entah lah padia, sekali jumpa dia, dye story yg dye da nikah. What!!!? boleh caya ka, sebab dye memang selalu wat joke.
"hah, ade ape neh, nak story padiaa?"
"urm,,,, mau bg tau ke tak ek.." dia masih lg duk tergaru-garu kepala.
"actually, aku dah nikah..!"
"yo yo o lah hang kann,, nikah tak ajak aku, kata nak kawen dgn aku... tipu lahh, *gelak kecil*"
"betul lah, aku dah nikah dgn dye..teeeet, nnt aku tunjukkan sijil nikahnya." ok, now she's serius, aku pulak yg tergugat. betul ka dia neh. serius kaw, aku sendiri tak percaya, masakan dia nak nikah,..even karib dye sendiri pun masih ingat sedang bermmpi.. cam tak betoi ja, hahahaha
malam tuh, panajng lebar lahh dye bercerita kat aku. wah, naek tersengguk jugak aku mendengar cerita dye. ha, itu lahh orang kata, jodoh tuh tak kira sapa. bila-bila masa je boleh sampai. mungkin jodoh dia awai, umor 21 da nikah. anyway, perkabaran baek yg agak shock lah kan. aku just tumpang gembira mendengarnya. sekurang-kurangnya, karib aku da kawen. menunggu masa turn aku lahh pulak... hahahaha, belajaq tak abes agi, galak aih nak nikah bebagai...
habes cerita bab tuh.
HARI INI
Dalam kesibukan duk menyiapkan assignment studio, aku sempat lagi kaw pi tengok movee. hehehe, 'Beautiful Creatures'. Best jugak lah citer tuh. Well, ada magic2 geetooh. aku suka. memang plan dr semalam lg nk tgok citer tuh. well, kami takde moto kereta nk pi sana, naek student cab je lahh, seb baek ade abam rafi. dye lah duk pi hantaq amek kami kat queensbay tuh.
neh nak crita kat hangpa, siriusly aku tak berapa suka kuaq pi qb hujung2 minggu. dah lah ramai org., bila lalu jer, duk pandang kami semacam ja. padia.. tergugat iman. geetooh. hahaha. tak dak lahh sampai camtu. cuma tak selesa dgn mata-mata orang. len kali nak pi qb kena pakai speky hitam. hahaha, motippp.
btw, sampai2 je di qb, mak aih, punya lahh ramai org.. kali neh, kami pi bertiga ja,. karib lain, bizi katanya. so, pi je lah. masuk cinema hall, betol2 time cite tuh nak stat. duduk sit paling atas sekali. ok lah. tp oklah, hall tuh tak lah sejuk sangat, ade cinema hall aku pernah masuk, mak aih, sejuk kaw! menggigil keluar. tok sah kata lah kann, nak terkencing duduk dlm tuh.
abes je movee, toilet memang penuh lahh dgn manusia, duk melepaskan hajat yg terpendam dlm kesejukan di cinema hall tuh. masing2 duk kepit2, menahan. hahahaha, kelako. waktu tuh memang tgh lapar giler. duk pusing2 dalam queensbay tuh, memikir nak makan apa. kami neh dah bosan makan kfc jerp. kalu setakat nak makan kat foodcourt tuh, baik balik hostel jer. then kami decide pi pizza hut. wah!! heaven noks! pekena arabiatta spaghetti, memang best, semangkuk, sorang je. kenyang, sampai sekarang masih lgi kenyang. tambah dengan pizza golden cheese tuh, fuhhh, padat perut. apa yg kelakar nye, org yg serving tuh , 'lawa' sangat. hahahaha, masuk2 je dlm pizza tuh, nmpak sorg neh, duk pakai celak tebal dgn lipstick pink, hah, hamek kaw, nyah kaw,,, tp profesional lah, open sangat, memang tak de dah perasaan malu dye. kami bertiga duk gelak2 jer pandang dye. makin dipandang, makin menjadi2 dye berjalan, bajet lawa lahh kononnya.. hehehe, setel jer makan, ade sorg tuh, tak tau lah tangki apa yg ade dlm perut dya. dah abes makn bebagai, duk kata lapaq lagi. takut jugak dgn dye neh. ade saka ka... hahahaha
plan nak masuk red box tak jadi, bila tgok harga, mak aih, mahal gilo! tak berdaya den nak membayo nyer yeop! yg tak boleh blah nya, karib yg masih lg lapar tuh duk mengidam nak makan satay. heloo, xkus me, mana ada satay dlm queensbay. kalu ade pun mesti dah habes..duk cari-cari kat top level tuh, ade, tapi habes..kannn, dah habaq mai daa...
"aku lapar lahhh!!!"
"woi, baru je makan, aku yang besar neh pon dah berkandar taw, kekenyangan. apa yg aku dgn ko makan sama jer"
"nak makan sate lahh"
"kaw neh mengalahkan org pregnant, tahu lahh baru nikah kann... ker....positif dah?"
"takde lah, aku memang nak makan sate...tak de kena mengenanya... lapar neh"
"hg pi lah cari, kalu nak makan, aku boleh je teman" memang tak lah aku nak makan lagi., kenyang woi, setakat teman je lah. malangnya, memang takde lah sate tuh. isy2, balik lah kami ke hostel. dye hampa tak jumpa sate.hah, tak kose aku nak layan, mengalahkan org preggy. kalu bini aku tak po jugak. hahahah, kannn....
note::jangan nak mengada-ngada duk mengidam memcam kalu hgpa tak preggy. hahaha, dak aih, saja ja memain.
Feb 19, 2013
Sad February
Feb 13, 2013
Ku Temui Jalannya 1
"Allahu Akbar.... Allahu Akbar" azan bergema di seluruh kota Madinah. Bunyi azan menandakan masuknya waktu solat memenuhkan segala ruang di masjid, menyembahkan diri kepada Yang Maha Esa. Ina berjalan kecil ke masjid selepas menziarahi kubur ayahandanya. Semangatnya masih berkobar-kobar, memenangi kes yang buat julung-julung kalinya diuruskan sendiri selepas berhenti bekerja dari sebuah firma guaman adalah hasratnya. Pendirian yang teguh terhadap kebenaran menjadi pegangan bagi seorang peguam wanita sepertinya. Walaupun dilihat lemah bagi sesetengah individu, itu tidak mematahkan semangatnya utk menang dalam kes tersebut.
"Ayah, hasrat ayah akan Ina capai. Hari ini, Ina akan memulakan kes pertama Ina. Ya Allah, ku tadahkan doa kepadaMu, memohon berkat dan kekuatan dalam kes pertamaku ini." hatinya berdesus selangkah kakinya menjejakkan ke dalam Balai Polis. Membawa sebuah beg hitam serta berpakaian putih dan formal, menunjukkan keyakinannya terhadap kes pertamanya.
"680" tercatat nombor tersebut pada kertas yang dibawanya. Banyak persoalan bermain di minda yang ingin ditanyakan kepada individu ini.
Mata-mata yang berada di Balai Polis itu mula beralih kepada Ina. Mungkin, terasa kehangatan di situ apabila kes ini merupakan kes pertamanya. Dengan penuh debaran, kakinya melangkah setapak demi setapak.
"Assalamualaikum, Encik. Saya Humaira Elena. Peguambela banduan 680."
"Waalaikumsalam, ha Cik Humaira, duduklah! Sebelum itu isikan borang ini." jawab Pegawai Polis yang bertugas di situ. Sepertinya, pegawai tersebut memandang sinis padanya. Tiba-tiba dia bersuara.
"Sekarang memang sudah jadi trend atau apa, bila perempuan kini melakukan kerja lelaki?" Ina terpaku mendengar ayat tersebut. Pen yang digunakan tergenggam kemas, menahan kemarahan. Ina memekakkan telinga kerana dia tahu, peguam wanita sepertinya sering dipandang rendah.
"Baiklah, sudah siap. Boleh saya berjumpa dengan tahanan tu?" Ina masih tersenyum walaupun dalam hatinya membara kemarahan.
"Sudah tentu, mari, saya tunjukkan sel nya." pegawai tadi membawa Ina ke sel 680 itu. Mata pegawai tersebut tidak habis-habis dikerlingkan kepadanya. Ini membuatkan Ina tidak berasa selesa. Rimas.
Satu demi satu sel tahanan dilihatnya. Langkah terhenti apabila sel tersebut berada di hujung bangunan. Berada di dalam kurungan sememangnya bukan kehendaknya. Terlihat nombor 680 tertera pada baju berwarna oren yang dipakai oleh banduan itu sedang duduk dalam tahiyyat akhir, memberi salam ke kanan dan ke kiri menandakan selesai sudah solatnya.
Amier El-Hazieq, warganegara Madinah yang telah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, telah diklasifikasikan sebagai kes yang serius dan memberi impak kepada global. Namun kebenarannya diragui apabila Ina berasa sangsi terhadap banduan itu yang menyepikan dirinya selama 22 tahun di penjara Malaysia. Mengapa?
"Cik Humaira? Cik Humaira...?!" Lamunan Humaira Elena terhenti dengan panggilan pegawai polis itu.
"Berbaloi ke Cik Humaira nak berbual dengan dia? Selama 22 tahun dia menyepi dan tidak bersuara." kata pegawai tersebut. Ina hanya mendiamkan diri dan yakin dengan kehendak tuhan.
"Hey banduan 680, ini peguambela kau. Hari ini peluang bagi kau untuk bebaskan diri kau dr sel ini. Cik Humaira akan bantu kau!" jerit pegawai polis itu.
"Heyy, kau dengar tak?!" jeritnya lagi sambil mengetuk kayu chotta pada besi sel.
"Buka sel." kata Ina dengan perlahan.
"Saya ingin bercakap dengannya sendiri."
"Baiklah, dengan segala hormatnya Cik Humaira ELena..." jelas sekali ayat sindiran dilemparkan dalam madah katanya. Pintu sel dibuka. Perasaan kekok itu pasti ada. Tidak tahu bagaimana harus dia mulakan.
~~hatinya berdegup kencang, hanya Allah saja yang tahu. First Case barangkali. Namun, segalanya masih lagi bernoktah. belum ada bual bicara dimulakan. siapa harus mulakan dulu, dia ataupun Ina?
Feb 12, 2013
Aku dan Family~CNY Holiday
This morning i feel the emptiness when i see all of my friends get to overseas, further their studies, once i feel like wanna deactivate all my account, facebook, twitter, all social media. Tapi apa gunanya kan, tak ada apa yang akan berubah kalu aku wat camtuh. Yup, memang ade lah perasaan jeles, menyesal pun ade, but like my friends tweet just now,
"@fadhlina_fisal : Lain org lain rezeki.x bleh prtikaikan.Allah is the best planner.Dia tahu apa yg trbaik kt kta.Dia kan Maha Adil :')"
![]() |
| Sempat lagi Ibu pose... hahaha |
![]() |
| My lovely sister, Alya. HeyLadies!! |
![]() |
| Ibu~Li'l Sis~Me |
Feb 7, 2013
Bila Hati Dibadai Ombak Rindu
Alahai, blog aku neh da berhabuk rupenye,even tak nampak habuknya,, seminggu da tak 'mengemas'...yolahh,, bizi kataknn.. well, sambil menunggu ayam betol2 masak atas dapur tuh, aku curi2 untuk tulis entry neh. dah lama duk rumah neh, rasa cam tak nak balik pulak ke usm tuh. hape tak nye, sebulan di rumah neh, berat aku naek berkilo-kilo kaw~ hepy noni bila ade org jaga makan minum kite. kali neh ibu yg jaga, lepas neh kita sendiri cari makan. bila plak laa nak ade suri yg akan jaga makan minum aku. tak geetooh..blajo pun tak abes ag,, adeh. banyak bnde lagi weh perlu aku capai sebelum kawen. kawan
aku kata, aku sedang angau.. hahaha, yolahh kawan. memang ponn. semenjak jumpa dye la. org kata, yg jauh tetap di hati.. *senyum sensorang*
FLASHBACK 2 HARI LEPAS
memang aku suke ponn flashback bebagai neh. kalu kaw ade tgok instagram aku, nampak tak ade baju kasut bebagai tuh. hah, neh nak bagi tau kaw, shopping sakan aku ari tuh. asal keluar nak pi jenjalan jer, sekali tengok, sale kaw!! mahu tak giler tengok mende murah cenggitu. kalu kat shopping complex tuh, mata neh duk pandang kertas merah tu jer, yg duk tayang besor2 diskaun tuh. sekali jumpa, "5o% diskaun + 20%" pulak dahhh, mencari lahh baju2 yg sesuai.. geetooh. hape taknye, bak kata kawan aku, naek sem baru, baju pun perlu baru2 la semua. alkisahhh... tade la aku nak wat gila cenggitu, nak cari fulus tang mana cek oii... dapat sehelai dua pun jadi lah, da lama kaw, aku tak shopping. ari tuh aku habis RM200 beli barang2 bebagai, takkan nk gune duit PT kowt beli baju2 neh, memang tak lahh kann. hape taknye, sem 2 nanti macam2 duit kena potong, last2 tggal brpe sen sangat. kann. seb bek dapat duit MARA kasi tuh.. boleh la aku dapat kan segala bagai barang. sampai tak sedar balance dalam akaun tggal tiga rat jer.. hadoii. tapi elok lah aku beli benda2 tuh semua, nak menanti duet ptptn, memang tak lah kann.. dalam pada nk berjimat lepas tuh, karib kol ajak pi shopping. mulanya setakat nk meneman dye jer shoping sekali tersangkut sepasang seluar. tapi jenis aku neh, suke beli time tengah sale jer. dapatlah satu seluar warna khakis dgn harga RM40 jer. maka lengkaplah segala shopping aku. seluar, baju, kasut, semua dah ade. Alhamdulillah. hehehe
FLASHBACK SEMALAM
Semalam macam bese lahh, nak praktis boling di Kuantan Plaza. Dua hari aku plan, gagal sebab hujan. naseb baik pagi semalam tak hujan, maka boleh lah untuk aku kuar naek rapid pi bandar. cam bese lahh, praktis 3 game, tp malangnye, semalam lahh praktis paling terokk sekali, tak sampai 70 pun marks aku dapat, siriusly aku tak tau kenapa. asal plan, ari tuh jugak nak gather dgn member2 matriks. Dye pun ade sekali. Even berjauhan, feel neh tetap lagi sama. Susah lah untuk aku cakap cmne feel tuh. Berjalan kaki dr Kuantan Plaza ke Megamall Kuantan, memang tak leh blah. Waktu tuh, cuaca panas, so aku pakai lahh speky gelap, silau kaw! Ape yg tak leh blah nyer, org habes usha aku, kaw dah kenapa?!! aiyoo, tak pernah ek tgok org jlan kaki pakai speky cenggitu. aku hape lagi, makin org pandang, makin vouge la aku jalan. Ada aku kesah. Neh sume aku belajar dr karib aku lahh, bajet retiss katanyaaah! hahahaha. Jauh kaw, nk ke Megamall tuh, berpeluh la nk sampai sana. anyway, 10 000 langkah sehari, semalam rekod tercapai, aku rasa lahh. Sampai2 je kat situh, terus cari kFC, makan lunch treat set C, yg ade nasi bebagai tuh. Hape tak nye, aku tak breakfes pun pagi tuh. Agaknya, bola boling habes masuk longkang sebab aku tak makan kot. Aiyoo. Kalu ikot plan memang kami nak jumpa kat situ. Tapi batang hidung depa tak nampak2 selepas setengah jam aku kat situ. Last2 pi main boling kat situ. Hehehe, motiff.. Tak pepasal, tambah lagi satu game kat boling megamall.
Cuti semester tinggal lagi 10 hari jer, berat hati neh nak tggalkan rumah. Time balik ari tuh, beriya-iya tak nak balik Pahang, last-last rasa tak nak balik Penang plak.hehehe. Siriusly aku dapat katakan yg dye jd pencetus semangat aku semula. Hati neh meronta2, kaw!! Aduhai.
Note:: Kadang2 kehadiran seorang wanita mengubah segala-galanya. Baik atau buruk, itu atas individu masing2 menilai bagaimana satu hubungan tuh harus berlaku. Kaw punya kuasa utk mengubah segala-galanya mengikut rentak dan irama yang kaw alunkan pada mula perkenalan kaw.
Jan 30, 2013
Antara 2 pilihan
Jan 23, 2013
Coretan buat peneman hatiku
Buat bakal peneman hodupku, aku tidak mengharapkan apapun, sedangkan Allah adalah sebaik-baik perancang. Tetapi aku cuma harapkan kamu menjadi seorang yang solehah. Bukanlah bermaksud perfect tetapi aku idamkan seorang wanita yang solehah menjadi peneman hidup, yang bertudung labuh tanda kamu taat pada Tuhan kamu, yang sederhana di mata manusia, atau setidak – tidaknya kamu mempunyai keinginan dan mahu menjadi wanita solehah. Sesungguhnya tiada siapa di dunia ini perfect. Di saat aku sunyi dan kecewa, kamu menjadi peneman suka duka kehidupan aku dan mengingatkan aku tentang kasih sayang Allah, itu sudah cukup membahagiakan bagi aku. Sesungguhnya wanita solehah itu sebaik – baik hiasan di dunia.
Kamu, aku bukan seorang yang sempurna, memang terlalu banyak kelemahan dlm diriku. Ilmu di dada tidaklah setinggi mana, akhlak juga tidaklah seindah mana. Namun, aku ingin berubah setiap saat. Setiap detik diri ini juga cuba berubah, aku cuba untuk memperbaiki diri ini. Aku ingin menjadi seorang suami yang dapat menjaga kamu dengan baik, dapat bahagiakan kamu dengan seadanya. Aku mahu kita bersama – sama melangkah kesyurgaNya bukan ke nerakaNya.
Buat bakal zaujahku, aku sedar siapa diriku, bukan seorang yang menjadi idaman wanita-wanita, tetapi ku cuma mahukan kamu menjadi peneman hidup dalam membina sebuah keluarga muslim yang mengamalkan Islam dalam kehidupan. Baitulmuslim itulah tujuanku, Sesungguhnya Allah hanya meredhai Islam sebagai cara hidup. Jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup kita, pasti kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
Buat kamu, aku harap apabila kita sudah menjadi suami isteri, kita sama-sama mempertingkatkan amal di samping saling nasihat-menasihati untuk kebaikan dan kesabaran agar kita ini tergolong dalam orang-orang mukmin. Alangkah indahnya saat itu apabila kita ke kuliah bersama, ke surau bersama, dan di saat itu baru kita rasa dating halal yang Allah redha. sweet kan saat itu ?
Akhir sekali.. aku berharap kamu bersedia untuk menjadi zaujah ku, dan menerima diri ini seadanya. InsyaAllah.. Dalam masa sebelum kita melangsungkan perkahwinan, akan ku cuba berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorang suami. Aku juga harap kamu dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak kita yang baik. Moga Allah satukan hati kita dalam redhaNya. Amiin..
Semua orang mahukan yang terbaik dan yakinlah apa yang Allah anugerahkan untuk kita itulah yang terbaeeek
Jan 22, 2013
Aku, happy dan takdir
| cousin aku from Ganu Kiteww~ |
Jan 21, 2013
'Day Eighteen' Makin Panas!
Kisah 'Day Eighteen' sekarang dah makin hot kaw! Kalah gossip artis. Trending #uitmLendu #prayforlendu da makin hangat disebut-sebut dalam twitter. Segala cerita berkaitan misteri UiTM Lendu menjadi topik hangat di blog2. Yang menjadi makin real nya, ada pulak gambar panas yang dikatakan hantu mak yong. Seriau aku dengau! Bagi aku, semua tempat ada kisah misteri. Not just UiTM Lendu jer, universiti lain pun ada. Tipu la kalau takde. Jin dan Syaitan neh pon makhluk Dia juga. Cuma apa yang berbezanya cara gangguan yg 'depa' duk buat. samada halus mahupun kasaq!
Ni keratan Sinar Harian..
Akui pernah berlaku histeria- Jan 20, 2013 Edisi, Sinar Harian
Walaupun cerita mengenai wujud hantu di UiTM Lendu sedang hangat diperkatakan, namun bagi pelajar universiti berkenaan, kebanyakan pelajar tidak mengambil kisah mengenai perkara itu.
Walaupun mereka akui pernah berlaku kejadian histeria di kampus berkenaan dan adakalanya mereka risau dan takut, namun setakat ini belum ke tahap membimbangkan seperti mana dilaporkan dalam laman siber.
Seorang pelajar yang hanya dikenali sebagai Nurul Amalina, 20, berkata, walaupun terdapat dalam laman blog, Twitter dan Facebook mengenai kewujudan hantu di UiTM Lendu, namun ia masih boleh dipertikaikan.
“Saya sendiri tidak pasti akan kesahihannya. Bagaimanapun, memang ada pelajar yang balik ke rumah mereka kerana takut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kampus berkenaan, semalam.
Menurut pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media itu, gangguan histeria berlaku di kalangan pelajar sebelum ini mungkin disebabkan teka-nan dihadapi atau lemah dari segi kerohanian.
Bagaimanapun, seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 20, berkata, kejadian histeria tidak mustahil boleh berlaku di mana-mana saja.
Sebagai pelajar, katanya, aspek ibadah dan rohaniah perlu mantap bagi memastikan pelajar tidak lemah semangat berhadapan pelbagai bebanan tugas sebagai seorang pelajar.
“Memang benar perkara ini kecoh diperkatakan kini. Saya rasa rakan-rakan perlu berhati-hati," katanya.
![]() |
| Gambar Panas~~Hantu Mak Yong (dalam bulatan merah) |
Terbaru, menerusi blog yang sama, penulis blog itu yang dikenali sebagai Ruzana telah menerangkan sesuatu mengenai kejadian yang diceritakan dalam tulisannya.
Kata Ruzana, dia tidak bermaksud ingin menggembar-gemburkan kisah yang berlaku di sana hinggakan menjadi satu cerita yang utama di semua tempat dan waktu.
Jujur dari hati Ruzana, dia hanyalah menulis kisah itu berdasarkan pengalamannya yang menuntut di sana dan menetap di salah satu blog asrama pelajar.
Selain itu, Ruzana juga menegaskan penulisannya itu hanyalah sekadar ingin berkingsi dengan teman-teman rapatnya dan bukanlah mahu meraih populariti dengan sengaja.
Mengenai kisah pukau, mencuri dan ada pelajar yang terbang bukanlah cerita yang dialaminya, sebaliknya cerita itu hanyalah didengar dari pihak-pihak tertentu.
Kecuali, kisah rasuk yang Ruzana ceritakan adalah perkara yang benar yang sememangnya berlaku betul-betul di depan matanya.
Ruzana turut memaklumkan dia tidak langsung mempunyai niat untuk memburukkan imej UiTM sendiri dan sekali lagi memberitahu tulisan itu hanyalah perkongsian dengan pembaca mengenai kisah yang terjadi dalam hidupnya......... KLIK SINI untuk ke blog tuh
Jan 18, 2013
Dah Ada Calon
Kaw laa yang bertanggungjawab nak sediakan benda2 neh. Takkan kaw nak bergantung harap dengan harta bini. Nak ker..?



























