Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Oct 16, 2014

Permulaan

Bila tengok orang berkasih,
aku pun nak,
tapi bila pikir balik,
apa yang pernah terjadi,
aku rasa takut.

Rasa takut makan diri,
dan buat aku igau tentangnya.
Tapi kalau yang datang, 
lain genre nya,
lain formatnya,
lain tona nya,
kenapa tidak?

Buka ruang sedikit tak salah rasanya,
beri ruang untuk rasa,
beri ruang untuk diri rasa bahagia,
yang lepas biarkan lepas,
yang datang kita terima degan lapang dada.

Kalau diberi peluang untuk rasa,
aku mahu.
Sebab aku tahu, 
kerana rasa itu,
aku berubah jadi yang satu.
Positif.

entah

aku takut sebab aku tahu aku tak sempurna,
masih lagi merangkak mencari jalan yang sebenar,
mungkin rasa ini boleh mengubah aku,
kalau kena pada cara. 

berkasih biar seiring,
berkasih biar setia,
berkasih bukan kerana terpaksa,
ia hadir kerana kau rasa bahagia bersama,

entah

sekali lagi rasa takut,
kalau-kalau kerana berkasih,
pengakhirannya sama seperti igauan ceritera lama.
tapi mengapa perlu jadikan kisah itu sebagai pengukur jalan cerita,
sedangkan coretan baru dilaksana.
hadapi yang ada dengan rasa yang sama,
nescaya itulah yang kau nantikan bersama.

No comments:

Post a Comment