Assalamualaikum,
Hari demi hari, org kat usm ni semakin kurang. semua pakat balik ke kampung halaman masing2 yg mendambakan keindahan, kehijauan kekampungan. bila pulang ke kampung, bayangan minda bagaikan drama tv, yg membawa satu demi satu babak2 kampung. ayam berkokok, pokok kelapa, hijau sawah, semuanya masuk dalam minda, padahal, kampung halaman itu lah tempat asap kenderaan berkepul, bangunan tinggi pencakar langit, bunyi bising semuanya. ya aku mengaku, aku org bandar, hijau aku pada bangunan, keindahan aku pada rumah2 teres, kokokkan ayam aku dari bunyi hon kenderaan, tapi aku bersyukur sebab Malaysia masih aman. Why? Sebab, belum pernah lagi aku keluar rumah, bom dilontar sebelah kaki, belom pernah lagi aku keluar rumah, tgk org kena tembak,,, semuanya belum pernah seperti yg berlaku di Syria dan negara2 perang. BERSYUKUR! Aku juga bersyukur sebab harga kangkung da turun,,, tiborhhhh!! hahahahahaaaa
PIN PIN!! Bunyi hon bas.
My best friend forever aku da balik! Erm, sebak katanya sebab belom pernah ada orang hantar dia dan tggu sehingga dia pergi. Yes! i admit aku suka buat camtuh. sebab, setiap kali aku naik bas, aku harap org yg hantar aku akan tggu dan lelambai pada aku. walaupun perasaan ketika tu bercampur baur, nak nangis, nak teriak segala bagai, tapi, hati gua kental beb! hehehehee,, no, i mean aku harapkan scene yg camtu. Huuu, terlalu drama melayu. Yess, aku memang ke into drama melayu, sebab, itu adalah momen, malam ni aku hantar Shah balik, sebelom ni tempat yg sama aku lelambai pada mira sampai dye bergerak pergi. Adanya kawan bukan stakat dia datang, perginya dia pon kita kena ada. Ke rahmatullah pon kita kena ada membantu weh~
Abg! Balik mana?
KL, hentian pudu.
Abg, tengok tiket. Dah lama sampai?
Lama dah~
Bas dah lama tunggu abg,driver dah nekad nak tinggal jer sapa tak naik.
Alkisah! Lama lah sangat kau sampai. Bas AGW kau ingatkan ACW. hamek, nasib kw tak kena tinggal. Driver da berang amat tu! Akak tu punya la hangen sebab seorang penumpang ni haa, yang tak sampai2 lagi. Dah kol banyak kali tak dijawabnya. Bas yg dikatakan ACW tu dah tggu lama baqhiangg! Dan kawan ni ha duk kata bas belom sampai. Takkan x sampai lagi kalu duk kol tanya ang kat mana~ Haa, itu laa, nasib rezeki ada lagi, kalu tak, postpone lah ang balik KL shah! Hahahahahahaaa,, anyway, bila naik bas ni, agak2 15 min awai pon takpa, tunggu jer walaupun hakikatnya memang bas tu gerak lambat. Bila cakap pasal naik bas, terus terasa kepenatan. 8 Jam perjalan Penang-Kuantan, penat wooo,,, sepanjang kat usm ni, gua berkali da naik bas, naik bas malam ok lagi kot drpd tgh hari yang panas terik dan x best. serius.
Jumaat!
Yess, gua balik jumaat neh, tak sabar pon ada, rasa perlukan rehat sangat2. Penat sebab hari2 insomnia. Erm. Gua sejak 2 minggu kebelakangan ni, memang insomnia. Ngantuk di siang hari, malam segar bagaikan kelawar. Kelawar yg aktif di Khalel, Pelita, Subaidah... nahhhhh, Nasi Lemak ayam atas peha satu!!!! Hiks~
Tapi tapi tapi, hajat gua nak makan burger warna bagai tu belom lagi kesampaian, dan tadi pergi ke lokasi tuhhh, dan tutoppp!!! grrrrr bukan rezeki lah, atau bukan itu lokasinya. antara dua possibility. Apa2 hal, gua pengen ke TTS esok! yaaa! hahahahahaha
TAPI! harga kangkung masih sama! Tibahhhhh! no effect pada restoran. still lagi RM4.00 sepiring dan kuantitinya masih sama. ermmm, duniaa~ Finally, take care guys! hidupkan holiday anda, bukan di atas katil yaaa!!
