Laju je jari jemari nak menaip bila sebut pasal MOVING ON. Ye, move on dari kisah lampau. Nak teruskan kehidupan selepas suatu perkara yang menghancurkan hati. Luluh. Perasaan dikecewakan sememangnya sakit dan ada di antara kita yang merasakan perkara ini mudah dan kecil sahaja sedangkan korang sendiri yang rasa betapa sukarnya untuk kau lupakan kisah kecil ini yang telah mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
Mengambil ruang paling BESAR.
Ada perkara yang sememangnya buat kita sukar untuk melupakan. Walaupun kau sendiri benci untuk mengingatkan perkara itu, watak-watak dan babak2 yang pernah kau hadir dan alami sememangnya meninggalkan parut yang susah untuk hilang.
Sekarang,
kau mampu tersenyum,
kau mampu untuk teruskan kehidupan,
kau mampu untuk menggantikan tempat tersebut di dalam hati,
tapi siapa sangka, senyuman itu, kekuatan itu, terselindung segaris parut luka yang dalam, yang seakan tidak mahu sembuh untuk seumur hidup. Wayang2 indah bermain semula dalam minda, memori2 lama berputar kembali satu demi satu. Celaru. Tapi itu semua tak bermaksud kau tak move on. Cuma kau punya satu sifat yang jenis menghargai kenangan dan setiap perkaa itu kau jadikan sebagai moment penting ketika kau bersamanya dahulu. Hati manusia sememangnya lumrah lemah, membuatkan kitaa terduduk seakan tidak mampu berdiri apabila jatuh.
Masa berlalu pergi, kau terus berusaha, membina semula hati, jadi lebih kuat.
Nahh, satu reading yang menarik untuk aku baca tentang move on ni.
credit to: http://akuislam.com/blog/renungan/sukar-move-on-kisah-silam/
Nahh, satu reading yang menarik untuk aku baca tentang move on ni.
credit to: http://akuislam.com/blog/renungan/sukar-move-on-kisah-silam/
Mencari jalan mula
Pernah dengar mengenai hukum gerakan newton pertama? Hukum gerakan newton pertama menyatakan:
Sesuatu objek cenderung untuk kekal dalam keadaan asalnya; objek yang berada dalam keadaan pegun akan kekal pegun, dan objek yang bergerak akan terus bergerak dalam halaju seragam, jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.
Inertia Hati.
Begitulah juga dengan hati manusia, lebih cenderung untuk kekal statik, daripada move on. Bila berbicara mengenai perubahan, ia akan berkaitan dengan satu perkara: perkara yang paling penting iaitu mencari jalan untuk mula. Sekali kita sudah bermula, InsyaaAllah ia akan lebih mudah untuk kita kekal maju – menjalani proses move on. Oleh itu, apakah jalan yang terbaik untuk kita bermula apabila kita masih tersangkut dalam kesedihan hati?
Mengikut pengalaman saya, rule thumb terbaik untuk kita bermula adalah dengan petua 2-minit.
Petua 2-minit adalah cara untuk memulakan satu perkara; mencari jalan mula dalam masa kurang dari 2 minit. Saya biasa menggunakan petua ini untuk mengatasi rasa malas dan meningkatkan produktiviti hidup saya, namun dia juga boleh digunakan dalam masalah hidup yang lain.
Bila kita mula menggunakan petua 2 minit ini, ia akan memudahkan langkah kita untuk move on, dari awal sehingga ke peringat seterusnya.Disini adalah beberapa contoh:
Ingat, yang penting adalah untuk bermula.
Buat masa sekarang, anda mungkin rasa sangat sedih, penat dan tiada mood. Anda tahu saat ini anda sangat memerlukan kekuatan dan dekat dengan Tuhan, tetapi anda merasa sangat lemah. Jadi, tarik nafas dalam-dalam dan kuatkan diri untuk berbasah dengan wuduk. Itu boleh menjadi langkah kecil pertama yang sudah cukup baik untuk bangun dari katil dan kesedihan anda.
Buat masa sekarang, anda mungkin hanya termenung mengingat kisah lalu dan bergelut dengan perasaan. Tetapi jika anda ambil masa dua minit untuk membuang segala hadiah/pemberian yang diberi oleh si dia, padam no telefonnya, block facebook, dan apa sahaja medium yang mengingatkan kepada dia, mungkin ini boleh langkah pertama untuk membuang segala kenangan pahit yang lalu.
Pada masa sekarang, fikiran anda buntu dan tidak tahu apa yang harus dibuat selanjutnya. Tetapi jika anda ambil sebuah buku dan mula membacanya, ia mungkin akan mula membuat anda sibuk dan membawa anda jauh dari masalah.
Motivasi selalunya datang selepas kita mula buat sesuatu. Apa yang kita harus buat adalah mencari jalan untuk memulakan langkah kecil dulu. Kerana apa bila kita sudah mula bergerak ke hadapan, kita akan cenderung untuk terus bergerak maju ke hadapan.
Yang penting, dapatkan momentum terlebih dahulu.
Allah jauhkan kita dari orang2 sedemikian kerana punya hikmah disebalik segalanya. Jadikan diri lebih matang dan lebih kuat untuk hadapi perkara-perkara sedemikian. Hidup kita kena enjoy! kbai

