Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Jul 24, 2012

Ramadhan datang lagi...Rokok dan puasa

Salam Ramadhan buat semua umat islam. Alhamdulillah, sudah masuk hari keempat kita berpuasa. Tapi sedarkah anda, ada diantara kita yang sanggup meniggalkan puasa kerana rokok. Astaghfirullahalazim... Andainya Ramadhan kali ini mungkin Ramadhan kali terakhir, apakah kita berpeluang untuk merasainya pada tahun hadapan? Apakah mungkin kita dapat menikmati bulan rahmat ini lagi?

Dari segi kesihatan, memang sudah banyak dibincangkan tentang kesan keburukan merokok. dari segi kewangan pun tidak kurang juga buruknya. Mari kita lihat bagaimana tabiat merokok memusnahkan peluang seseorang itu menjadi jutawan.




Pandangan ini telah dibincangkan oleh Puan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir dalam bukunya yang bertajuk “Kemana Wang Anda?“. Penemuan yang mengejutkan ini ketika beliau bersama kumpulannya mengendalikan program bersama asnaf di Sabak Bernam.

Seperti biasa diprogram-program yang lain mereka membuat satu perkongsian bajet bulanan keluarga dan didapati ramai golongan bapa yang merokok. Jadi timbullah persoalan, berapa banyak rokok yang dihisap setiap hari?

Jawapannya, “Tidak banyak, hanya dua kotak sahaja…” Jawab salah seorang peserta yang merupakan ketua keluarga.

Soalan seterusnya, “Berapa banyak yang dibelanjakan?”

Jawapan yang diterima, “Saya beli yang termurah, hanya tiga ringgit sekotak. jadi sehari baru enam ringgit.” dengan selamba jawapannya tanpa berasa salah sedikit pun.

Tidak terhenti setakat itu, mereka terus menanyakan soalan kepada peserta tadi, “Sejak bila agaknya mula merokok?”

Dengan pantas dia menjawab, “Umur lapan belas tahun sudah mula…”

Pakcik yang ketika diajukan soalan ini berumur 48 tahun. Jadi dia sudah merokok selama hampir 30 tahun. Besar kemungkinan tabiat ini akan diteruskannya sehingga akhir hayatnya. (Katakanlah sampai umurnya 58 tahun, jadi dia akan merokok selama 40 tahun…)

Mereka pun mula mengira.. satu hari dua kotak dengan harga RM3 sekotak, jadi satu hari= RM6. Satu bulan= RM6 X 30 = RM180. Katakanlah kita laburkan duit ini dengan pulangan 15 peratus setahun selama 40 tahun. Bayangkan betapa terkejutnya mereka mendapati hasil keseluruhan PEMBAZIRAN ini mencecah = RM4,148,400.69



Naik seram sejuk dibuatnya serta terkebil-kebil pakcik tadi & satu dewan seminar senyap sunyi seketika apabila melihat jumlahnya. Ini merupakan perkiraan dengan menggunakan ‘financial calculator’ sahaja, jadi jumlahnya adalah benar! Siapa kata orang Melayu tak boleh jadi jutawan.

Contoh perkiraan diatas adalah berdasarkan harga rokok yang termurah (mengikut kata pakcik tulah). Jadi bayangkan kalau saya ambil contoh harga rokok yang biasa dibandar raya ini?

Jangan Bazirkan Masa Lagi
Nasi sudah menjadi bubur. Apa yang telah berlaku tidak mungkin anda ‘rewind’ jadi yang pasti masa depan masih dalam pilihan anda. Jika umur anda sekarang 28 tahun, katakanlah umur anda panjang sampai umur 58 tahun, masih ada 30 tahun lagi untuk anda harungi. Jangan Bazirkan lagi.

Jika anda mulai untuk berjimat RM180 sebulan selama 30 tahun dan melabur dalam instrumen kewangan yang memberi pulangan 15 peratus setahun, anda masih layak digelar JUTAWAN dengan tabungan sebanyak RM1,013,718.67. Apa pula hendak dibuat dengan duit sebanyak itu apabila berumur 58 tahun? Jangan lupa pelaburan anda untuk akhirat iaitu ‘ukhrawi portfolio’.

Bayangkan berapa banyak ‘kredit’ yang dijanjikan Allah SWT melalui firmannya ayat 261 Surah Al-BAqarah:
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan hartanya dijalan Allah, (adalah ) seperti satu biji (benih) yang menumbuhkan tujuh tangkai; tiap-tiap satu tangkai ada seratus biji; dan Allah akan mengganda (pahala) kepada siapa yang Ia kehendaki; dan Allah itu Luas (pemberiannya), Amat Mengetahui.”



Dari segi kiraan matematiknya ialah 70,000 peratus! Subhanallah-sangat besar ganjarannya! Pada akhir ayat tersebut, diterjemahkan:”….dan Allah akan mengganda (pahala) kepada sesiapa yang Ia kehendaki; dan Allah itu Luas (pemberiannya), Amat Mengetahui.” Jadi didak cukup dengan 70,000 peratus, akan ditambahkan lagi! Apa yang ditunggu lagi? Hijrahlah daripada tabiat buruk itu dan perkukuhkan lagi taraf ekonomi keluarga.

Akhir kalam, pakcik itu bernekad untuk berhentikan tabiat merokok dan kami mendoakan dia berjaya dan sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah SWT.



Dalam bulan puasa ini, dimana letakknya rasa malu terhadap muslim yang lain, bahkan ada yang berasa bangga dengan tidak berpuasa. MasyaAlllah.. Kepada semua perokok tegar, grab this chance to change yourself to be a better person without smoking and be ashame to other people..Please laa..

Jul 23, 2012

Ramadhan datang lagi...Moreh

Setiap kali Ramadhan, surau tidak lekang dengan kehadiran muslimin dan muslimat mengerjakan terawih dan ibadah sunat yang sudah semestinya direbut oleh semua umat islam dalam bulan yang mulia ini. Setiap kali terawih pasti ada moreh..Kalau tidak bubur, pasti ada kuih muih menjadi hidangan di malam hari. Ada saja yang sudi memberi, memperbanyakkan amal jariah dalam bulan puasa ini. Tapi ikhlas kah anda? Jangan sampai mengungkit di kemudian hari..

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam telah bersabda : “Barangsiapa yang memberi makanan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun juga” (HR. Ahmad 1/114-115 dan 116, 5/192; Tirmidzi 804; Ibnu Majah 1746; dan Ibnu Hibban 895; dengan sanad shahih)

Tidak kira muda mahupun tua, semuanya bersama-sama menikmati juadah yang dihidangkan. Tetapi ada jugak segelintir masyarakat ini tidak menghiraukan orang lain. Bak kata, telan tekak sendiri, sampai habis dibuatnya. Belum habis terawih lagi, moreh da habis...pelik, pelik...

Seseorang yang tamak dan panjang angan-angan termasuk di dalam golongan yang rugi dan boleh mengheret manusia ke lembah kerosakan dan keresahan. Berkata Zunnun Al Misri seorang Ulama Sufi : “ Yakin mendorong kepada pendek angan-angan, sedangkan pendek angan-angan membawa kepada zuhud. Sifat zuhud mewarisi hikmah dan hikmah pula mewarisi berfikir tentang akibat.”



Jul 21, 2012

Ramadhan datang lagi...Sahur

Assalamualaikum dan salam muhibbah kepada semua yang masih mengikuti Belog Amier Qadri,, salam Ramadhan kepada anda aqim ucapkan. Semoga Ramadhan kali ini menjadi sebuah Ramadhan yang paling bermakna dan mungkin kali terakhir buat kita.

Alhamdulillah, praise to Allah s.w.t kerana masih memberi peluang kepada kita semua untuk menikmati Ramadhan this year. Bagaimana dengan hari pertama Ramadhan anda? Sahur tak anda pagi tadi?


Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).
Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

Pada sahur itu ada keberkatan, ssukar mana pun untuk kita bangun, cubalah kerana Al-quran sendiri ada menjelaskan 
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).
Maka penentu bagi waktu terakhir sahur adalah masuknya waktu subuh yang sebenar, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Dalam riwayat Muslim, Nabi s.a.w bersabda:
“Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”.

Jul 17, 2012

Penutupan SUKMA

Salam Muhibbah semua... Finally SUKMA di Pahang utk tahun ni da pun berakhir. Segalanya dipelopori oleh Terengganu sebagai Juara SUKMA. Sekali lagi negeri ini mencapai kejayaan. TAHNIAH buat Terengganu. Penutupan SUKMA yang diadakan semalam amat meriah dan bertambah meriah apabila Perdana Menteri Malaysia sendiri yang telah merasmikan penutupan tersebut. Stadium Darul Makmur diserikan dengan cahaya gemerlapan serta penari2 Siti Nurhaliza Production. Siti pun turut menyampai bebrapa buah lagu pada awal majlis tersebut diikuti dengan One Nation Emcees dan artis2 lain. Boleh dikatakan penutupan yang gempak laa bagi negeri Pahang. Jalan konfem2 jammed dengan bas-bas kontinjen di tepi-tepi jalan. Crowded gilerr. 

sebelum perasmian bermula


cyclist duk buat show plak...adeh


Gading gajah sebagai Gerbang...Well negeri Tok Gajah

Perdana Menteri turun ke trek 


Jul 14, 2012

Finally....USM

Salam UPU, cewah,,UPU baru kuar katakan..Keputusan telahpun dibuat. Dengan segala hormatnya, di bawah perkenan duli, Amier Qadri memilih USM sebagai pilihan untuk mengikuti degree...ngeh3..


Perasaan berdebar tuh memang la ada. Mengikut observation, tak ada pon student yang mintak kos aq amek neyh. Urban and regional Planning... Kaw odo! Da ramai orang aqim cuba tanya pasal kos ney. And finally i found Megat Mieja on Facebook. Akak ney amek kos architecture dalam skool yg same. Sedikit sebanyak dapat bantu aqim dgn mmberi pandangan ttg kos neyh.. Thanks Mija.

So, perjalanan dr Kuantan nak ke Pineng bukannya sekejap. Agak lame. Kene plak time org tgh bercuti. Konfem jammed. Hotel pasti pnoh dibooking sekarang. So, untuk memudahkan kerja dan perjalanan, hotel berdekatan dgn USM da pon dibooking td. Segalanya di hujung jari la katekan. Hihihi. Book laa cepat2 sebelom sumenyer penoh. Bukan sedikit yang pergi daftar. Whole Malaysia derr..

So perancangan perjalanan perlu dibuat sekarang. Duit pun kene standby dari sekarang, sebab Aqim bukannya wealthy mane pun. Susaa jugak. Tanak membebankan parent. Segala persiapan diri biar dihandle sendiri. Parent just support yuran pengajian,pendaftaran...thats it!

Kepada semua bakal Mahasiswa-mahasisiwi---anda da jd DAK Universiti, think maturely and decide the best for your future. Tuhan akan tolong org yang bantu diri mereka sendiri. Say ALHAMDULILLAH...Lepas ni chek jd pineng laa...hahaha
kepada bakal mahasiswa-mahasiswi USM 2012/2013 dipersilakan untuk join group di fesbuk keyh! klik Di Sini