Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Aug 18, 2012

Selamat Hari Raya


Ucapan Selamat Hari Raya buat semua followers dan semua pembaca Belog Amier Qadri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Jadikan Aidilfitri tahun ini yang paling bermakna buat anda dan famili. Selamat Beraya!!

Aug 14, 2012

I, Officially 19!

This gonna be a long entry, maybe~
So since this gonna be a long entry, maybe, you should have a long time to spend with it..haha, theres nothing actually..Just wanna share my birthday moment and to be honest, I feel so much blessed until now. Theres no valuable present i got besides all the wishes and pray. Really...Since i dont know whether i reply or not all the wishes, i'll make a 'THANKS' shout out. Since dis blog already public, i post all the names that wished me on dat day because they deserve to..huhuh










Ya Allah, thank you so much. I feel so much blessed.There are so many nice people around. Thanks for the all wishes and the du'a. May Allah bless your life and happier just like how you guys made me happy on my birthday.

Dan kepada semua yang wish dr phone call and tex message...thanks uolls..!



Aug 12, 2012

PTPTN sedia Timbang Permohonan

BANDAR TUN RAZAK – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia menimbang permohonan pinjaman pelajar yang menuntut di negara sedang bergolak, kata Pengerusinya Datuk Ismail Mohamad Said.

Bagaimanapun, katanya bagi melayakkan pelajar terbabit mendapatkan pinjaman, mereka disyaratkan pulang dan menyambung belajar di tanah air serta tidak pernah mendapat pinjaman atau tajaan mana-mana pihak.

“Pelajar terbabit perlu mengemukakan permohonan mengikut peraturan sedia di mana-mana cawangan PTPTN untuk dipertimbangkan,” katanya pada majlis penyerahan waran Wang Pendahaluan Pembiayaan (WPP) Parlimen Kuala Krau di Bandar Tun Razak, Jengka, malam tadi.

Ismail berkata setakat ini belum ada pelajar terlibat mengemukakan permohonan, sambil menambah sebanyak RM6 bilion diperuntukkan PTPTN tahun ini, sebagai bayaran WPP kepada pelajar yang layak.

“PTPTN tidak memilih dalam memberi pinjaman, malah mereka yang layak terutamanya daripada kalangan keluarga miskin akan diberi pinjaman tersebut,” katanya.

Sehingga ini, lebih RM44 bilion pinjaman diberi kepada seramai 1.94 juta pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di institusi pengajian tinggi.

Ismail, yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau, memaklumkan seramai 2,876 pelajar di Pahang telah ditawarkan WPP dengan peruntukan sebanyak RM4.3 juta manakala bagi kawasan Parlimen Kuala Krau, seramai 199 pelajar yang layak membabitkan jumlah RM298,500 dengan tiap seorang menerima RM1,500.

Katanya sehingga akhir Julai lalu, sebanyak 583,634 waran WPP ditunaikan membabitkan nilai RM856.9 juta. – BERNAMA

Aug 11, 2012

Gelak Tawa Olimpik

Semangat kesukanan oleh atlet-atlet seluruh negara memang mengkagumkan...Namun tak kering gusi melihat wajah atlet-atlet ini beraksi!











Keli Gergasi 55 Kg



Seorang wanita menyebabkan teman lelakinya berasa kagum dan tercabar selepas berjaya menangkap ikan keli gergasi yang lebih berat daripada dirinya, semalam.Kristin Hole, 20, memancing bersama Lee Pollard di Oakwood Park di Thetfofd, Nofolk apabila umpannya dibaham ikan keli seberat hampir 55 kilogram.



Mengakui baru berjinak-jinak dengan aktiviti memancing sejak beberapa tahun lalu, Kristin berkata, pengalamannya jauh lebih rendah berbanding Pollard yang memang pakar dalam kegiatan itu.

Ikan keli dipancing Kristin memadamkan rekod ikan air tawar paling besar pernah ditangkap di Britain sebelum ini - seberat 31.7 kilogram.

Ikan itu juga mengatasi pencapaian Pollard yang hanya mendapat ikan seberat 18 kilogram dalam kembara mereka selama tiga hari di situ.

Menceritakan pengalamannya sejam bertarung dengan ikan sepanjang 2.1 meter itu, Kristin berkata, ia seperti “menarik sebuah bas.” Kristin melepaskan semula ikan berkenaan ke tasik sejurus selepas merakamkan gambar bersamanya. -mymetro

Aliff Mahu Nikahi Anne Ngasri


PERCINTAAN antara penyanyi remaja kelahiran Singapura yang kini bergelar pelakon, Aliff Aziz, 21, dan aktres Anne Ngasri, 28, yang merupakan janda anak tiga meraih pelbagai reaksi.

Ada pihak yang menyokong dan ada pula yang menyindir dengan mengatakan hubungan mereka tidak akan ke mana disebabkan jurang usia yang begitu ketara.

Bagaimanapun, baik Aliff mahupun Anne tetap berpegang teguh terhadap hubungan yang terbina sejak tujuh bulan yang lalu. Mereka pertama kali berganding sebagai pasangan kekasih dalam drama berjudulAntara Kita dan akhirnya hubungan itu berlanjutan di luar lokasi.

Menurut Anne, keluarganya merestui hubungi mereka, malah tiga orang anak Anne, Abdul Warits Abdul Wafi, 6, Abdul Wafri, 4, dan Nazhakah Afroza, 1, turut memanggil Aliff daddy.

Aliff pula yang ditemui pada majlis buka puasa anjuran Red Box baru-baru ini secara terang-terangan mengaku dia ada menyimpan niat dan bersedia untuk bergelar suami kepada Anne apabila tiba masa yang sesuai.

"Setiap orang yang bercinta pasti ada menyimpan niat untuk mengakhiri hubungan tersebut dengan sebuah perkahwinan. Begitu juga saya.

"Namun, tahun dan tarikh perkahwinan saya sendiri tak pasti kerana belum ada perjumpaan antara kedua-dua belah keluarga lagi. Jadi, buat masa ini saya tidak boleh menjawab soalan bila saya akan berkahwin dengan Anne," ujarnya.

Ditebak mungkinkah tiga tahun dari sekarang, Aliff secara tidak sengaja memecahkan rahsianya sendiri apabila berkata mereka mungkin akan berkahwin dalam tempoh lebih cepat daripada itu.

"Tidak sampai dua atau tiga tahun, mungkin cepat lagi (kahwin). Buat masa ini kami berdua, terutamanya saya harus stabilkan kewangan terlebih dulu sebelum berkahwin.

"Apabila kewangan sudah cukup, kalau boleh saya tidak mahu lama-lama, lagi cepat lagi bagus," kata Aliff sambil tersenyum.-Kosmo

Ikuti berita penuh | LINK 1 | LINK 2

Kad Diskaun SIswa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Beruntunglah mahasiswa/i kemasukan September tahun ini kerana berpeluang untuk menikmati KDS1M. KDS1M telah dilancarkan bagi meringankan beban lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara


Ia diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas
Turut diberikan kepada penuntut institut latihan perguruan (IPG), politeknik, Maktab Kerjasama Malaysia dan Institut Latihan Perindustrian

 Mahasiswa yang akan menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bakal menikmati diskaun produk sehingga 60 peratus. Namun diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian

Mula diedar melalui institusi pengajian tinggi masing-masing ketika pendaftaran mahasiswa baharu dan kemasukan semester baharu pada September 2012.  Difahamkan, bagi mahasiswa tahun akhir, mereka akan menerima kad berkenaan secepat mungkin supaya mereka tidak terlepas daripada menikmati kemudahan itu

The most sad AD's

Assalamualaikum,  Hye...
Bila sampai time raya, pasti banyak iklan-iklan raya yang menjadi tatapan buat penonton. Kalau tahun-tahun sebelumnya, Iklan Petronas yang paling menyayat hati. Tapi tahun ni, Aqim buat pertama kalinya menangis tengok iklan. Belum tengok cerita lagi..hihihi.

Iklan dari BERNAS memang gempak untuk tahun ni. Berbintang-bintang admin kasi untuk producer iklan ney. This ad's come up with a lot of advice dan penghayatan bagi seluruh manusia. Even non-muslim pun yang tengok pasti akan tersentuh.

This ad's told us about these two boys, heading to Segamat during Eid. They were orphans and doesn't have any relatives. So sad...Tak perlu ulas panjang, ambil iktibar dari iklan ini dan bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Say, Alhamdulillah!!


Aug 8, 2012

Biasiswa UEM khas Lepasan Matrikulasi dan STPM '12

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!


Kepada lepasan Matrikulasi, STPM 2011 yang akan mendaftar ke universiti pada awal September nanti. Ini peluang anda untuk memohon biasiswa UEM yang bermula pada 12 Ogos 2012 hingga 2 September 2012.
Biasiswa ini layak dipohon oleh pelajar-pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang:
  • Business (Finance / Business Management / Accounting)
  • Built Environment (Quantity Surveying / Town Planning / Land Surveying / Building Services / Building    Management)
  • Engineering (Civil / Mechanical)
*All courses are subject to trustees’ approval in the year of offering

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
  • Pelajar-pelajar STPM atau matrikulasi pada tahun 2011, keputusan yang diumumkan baru-baru ini, untuk pendaftaran universiti pada September 2012
  • Pencapaian akademik yang cemerlang dalam peperiksaan STPM / Matrikulasi dengan CGPA minimum > 3.50
Untuk mendaftar secara online klik mana-mana link dibawah.
LINK 1 | LINK 2

Untuk melihat syarat-syarat umum permohonan biasiswa UEM klik mana-mana link dibawah
LINK 1 | LINK 2

Aug 6, 2012

Semakan WPP Kemasukan IPTA 2012


Wang Pendahuluan Pembiayaan merupakan sebahagian daripada jumlah pembiayaan pendidikan yang diberikan lebih awal untuk persiapan pelajar sebelum mendaftar masuk ke IPT. Pelajar juga perlu memohon pembiayaan pendidikan PTPTN dan pemotongan terus WPP daripada pembiayaan pendidikan akan dibuat secara automatik pada semester yang sama atau semester berikutnya.

Syarat-Syarat Pemberian WPP

a) Pendapatan keluarga tidak melebihi RM4,000.
b) Pelajar ditawarkan pengajian di IPTA dan Politeknik.
c) Pelajar tidak pernah menunaikan WPP sebelum ini.
d) Pelajar tidak pernah menerima pembiayaan pendidikan PTPTN.



Sekiranya anda menolak tawaran ke IPT, WPP tidak perlu ditunaikan. Tetapi jika WPP tersebut telah ditunaikan, anda dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh 7 bulan daripada tarikh waran.

Pemberian WPP hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di IPTA dan Politeknik sahaja.

Untuk mendapatkan WPP, bagi kemasukan ke IPTA mulai Sesi Akademik 2011/ 2012, anda perlu mengisi borang permohonan kemasukan ke IPT melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (http://upu.mohe.gov.my). Sila tandakan Ya di segmen G: LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN berkenaan persetujuan untuk menerima WPP bagi membenarkan proses semakan dan penawaran WPP dilakukan oleh PTPTN kepada pelajar-pelajar yang layak.

Semakan tawaran WPP boleh dibuat mulai 14 Mei 2012 di sini – 

Kelayakan bagi memohon pembiayaan pendidikan PTPTN
-Warganegara Malaysia.
-Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon.
-Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; atau
-Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti yang mendapat -tawaran pengajian ke peringkat Diploma Politeknik sahaja atau pelajar lepasan Diploma Politeknik yang --mendapat tawaran pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di IPTA atau IPTS.
-Bagi pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran -daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/ IPTS)/ Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, --Kementerian Pengajian Tinggi.
-Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
-Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (v) dan (vi), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan.
-Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari 1 tahun.
-Tiada penaja lain.
-Pelajar perlu mempunyai akaun simpanan SSPN sebelum membuat permohonan.



http://eform.ptptn.gov.my/wpp/semakan-wpp-sept2.cfm

Permohonan Biasiswa JPA; Kemasukan Sept 2012

Salam ramadhan dan salam sejahtera,

Hari ini, permohonan Penawaran Biasiswa 2012  JPA boleh mula diisi pada jam 5 petang. Klik disini untuk mengisi. Ketahui samada anda layak atau tidak untuk memohon biasiswa tersebut di sini.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Ogos 2012.

Aug 3, 2012

Filem Terbaru Malaysia


Januari
Bujang Terlajak
19 Januari 2012
Komedi

Sumpahan Kum-Kum
26 Januari 2012
Ngeri

Februari

Azura
02 Februari 2012
Cinta, Drama

Hantu Dalam Botol Kicap
09 Februari 2012
Komedi, Ngeri

Chantek
16 Februari 2012
Cinta

Adnan Sempit 2
23 Februari 2012
Aksi, Komedi

Mac

Cinta Kura-Kura
01 Mac 2012
Komedi, Romantik

Bunohan
08 Mac 2012
Aksi, Drama

Seefood
08 Mac 2012
Animasi

7 Petala Cinta
15 Mac 2012
Cinta

Jidin Sengal
22 Mac 2012
Komedi

Jangan Pandang-Pandang
29 Mac 2012
Pengembaraan, Komedi

April

3 Temujanji
05 April 2012
Komedi, Cinta

Uncle Usin
19 April 2012
Komedi, Aksi

Berani Punya Budak
26 April 2012
Aksi, Komedi

Mei

Chow Kit
03 Mei 2012
Aksi

Nongkrong
10 Mei 2012
Komedi, Ngeri

Mantera
17 Mei 2012
Sains, Aksi


Hoore ! Hoore !
24 Mei 201
Fiksyen, Muzik, Cinta

Aku Ada Kau Ada
24 Mei 2012
Komedi, Cinta

Gerimis Mengundang
31 Mei 2012
Cinta

Man Sewel Datang KL
31 Mei 2012
Komedi

Jun

X
07 Jun 2012
Komedi, Aksi

Jalan Kembali
07 Jun 2012
Drama, Komedi

Jiwa Taiko
14 Jun 2012
Aksi, Cinta

Hanya Aku Cinta Kau Seorang
21 Jun 2012
Cinta

Julai

8 Jam
8 Julai 2012
Aksi

Momok Jangan Cari Pasal
12 Julai 2012
Seram, Komedi

Ogos

29 Februari
30 Ogos 2012
Drama, Fantasi, Muzik

----------------------------------------------

Shh...Dia Datang
2012
Komedi

Seram Sejuk
2012
Ngeri, Komedi

Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit
2012
Komedi, Seram

Kantoi
2012
Komedi

Dimensi Cinta
2012

*tarikh tayangan tertakluk kepada perubahan
[Sumber]