Salam alaykum, ha kali ni taya cite pasal orang dah, meh sini dengar cite pasal aqim pulak. Memandangkan tahun masihi da sampai ke penghujungnya, marilah kita mengimbas kembali memori lama yang membuatkan kita bertambah matang dan terus matang. Masing-masing punya cerita tersendiri. Di sebalik angka 2 0 1 dan 2 ini pasti banyak kenangan manis dan pahit yang telah dilalui.
Bagi aqim sendiri tahun ni memberi banyak pengalaman besar.
Berakhirnya kehidupan aqim di matrikulasi, setelah setahun berada di sana, macam2 yang berlaku. Pada diri sendiri, famili dan rakan-rakan. Kehidupan ini pasti ada pasang dan surutnya. Setiap apa yang berlaku bukan berlaku dengan sengaja, kerana Allah telah mengaturkan sesuatu buat kita; mengajar kita untuk menjadi seseorang yang lebih dewasa.
dalam tahun ini jugak, Aqim merasai bagaimana alam pekerjaan. Pahit manis bekerja menjadi lumrah bila bekerja di bawah orang. Tahun ini juga, bermulanya kehidupan Aqim sebagai seorang mahasiswa. Syukur di atas nikmat yang Allah berikan, pada usia semuda ini, Aqim dapat masuk ke universiti. Peluang semua orang ada, tapi rezeki, hanya Allah yang tetapkan.
Blog ini menceritakan banyak kisah pasang surut kehidupan Aqim sepanjang 2012 ini. Sungguhpun begitu, Aqim sangat beruntung sebab masih lagi dapat bernyawa sehingga ke hari ini, menjadi khalifah di muka bumi ini, demi mengejar cita-cita. Dan, satu kejayaan bagi Aqim pada blog ini, apabila blog ini berjaya diupdate pada setiap bulan.. Yay, *jogetjoget*
Aqim berharap agar tahun baru yang akan menjelma tidak lama lagi akan memberi satu perubahan baru pada diri ini di samping azam baru yang pada setiap waktu difikirkan. Semoga anda juga begitu. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi, terus sukses! XOXO-Aqim
Jadi , Aqim tinggalkan anda lagu Anuar Zain, Sedetik Lebih buat tatapan anda.


















































































