Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Oct 13, 2014

Pendam

Rasa lama kini hilang,
membatu di hakis ombak dan hilang.
yang datang adalah sakura,
menjadi penawar mengubat duka.
kala sepi, ia datang,
membawa not muzik indah,
memberi nafas sempurna.


Berlalu pergi meninggalkan memori lama bagaikan layang2 terbang tinggi dan hilang di ruang udara apabila tali yang digenggam kemas sudah tidak lagi utuh untuk menampung segala bebanan. Biarpun ia berlalu pergi, cebisan memori masih ku simpan, kerna bermulanya ceritera itu setelah kau hadir dan pergi. Mungkin ia bagaikan klimaks dalam sebuah cerita, dan pengakhirannya tidak seindah yang disangka. Kalau membaca jangan pernah memikirkan bahagia pada kesudahannya, realiti sebenar bukan lagi seperti penulisan lama. Racun minda merosakkan segalanya.

Bahagia. Setia. Dia. Aku mengaku, aku mengharapkan sebuah ungkapan indah yang selama ini aku idamkan. Namun, sejarah lama, buat aku takut untuk aku coret sebuah kisah baru yang penuh dengan not-not indah. Kotak rasa aku kini semakin hari semakin kuat untuk aku luahkan segala yang terpendam. 

Biar masa menentukan segalanya, aku tak ingin kebahagiaan ini hilang kerana rasa yang memakan diri. Ikutkan segala ritma yang bermain, kerana satu masa nanti, sebuah lagu indah akan terhasil di pengakhirannya, Doakan segalanya berjalan sempurna, andai rezeki aku tercatit bersama, itu satu rahmat dariNya. =)

No comments:

Post a Comment