
Carousel
Oct 20, 2011
Sambutan Minggu Derma Organ Negeri Pahang
Dicatat oleh
Amier Qadri
Salam Sejahtera kepada semua pembaca Blog Coretan Anak Gemilang..
Pada 19 Oktober 2011, Pihak Kolej Matrikulasi telah menghantar 42 orang pelajar ke Universiti Malaysia Pahang untuk Sambutan Minggu Derma Organ Peringkat Negeri Pahang. Acara bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. Program tersebut meliputi forum tentang 'Anugerah Kehidupan' dan beberapa acara sampingan seperti, Pemeriksaan kesihatan, pemakanan sihat, ikrar penderma organ dan lain-lain lagi. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada semua individu tentang menderma organ. Dalam sesi forum tersebut, 3 orang ahli panel; peguam syarie, al-fadil ustaz, dan seorang doktor bedah otak, telah bersama-sama berkongsi pendapat mereka tentang pendermaan organ. Ternyata, fikiran saya selama ini meleset gara-gara kurang pengetahuan tentang ilmu ini. Banyak perkara yang telah membuatkan saya sedar tentang benefit menderma organ. bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa, bahkan memberi seseorang satu cahaya baru dalam diri masing-masing. Jadilah penderma organ dan selamatkanlah individu yang memerlukannya.
di
4:17 PM
Subscribe to:
Comments (Atom)
