Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

May 26, 2014

Hinakah Aku

Tiap hari,
ku titipkan doa padaNya,
supaya diberi petunjuk kalau benar sipolan itu jodoh aku,
kalau bukan jauhkanlah sipolan ini dari aku, dan kekalkan dye sebagai sahabat.

Terjawab, akhirnnya terjawab.
Kau hanya mungkin kekal jadi sahabat, kawan or whatsoever,

Aku, Engkau..
Sebulan aku perhatikan,
Hari demi hari, skala perubahan meningkat,
entah apa puncanya, aku sendiri tak tahu waktu itu.
Tiap hari aku husnudzon,
dan tiap hari jugak aku meroyan.
Kalau alasan kau ' aku tak faham kau '
Ya, sememangnya benar,
aku tak faham kau sejak sebulan yang lalu.

Hari demi hari, kau semakin jauh,
hari demi hari, kau cuba mengelak.
Apa semua ini.
Aku buta,
Aku tak nampak,
Lakonan penoh drama yang engkau sajikan.

Insiden 11,
aku namakan insiden 11 merujuk 11 kali,
Begitu susah masa kau untuk aku walau hanya 5 minit?
Aku tak mintak lama, 5 minit pon jadi,
dan sebab itu, insiden 11 buat aku sedar.
Kau cuba mengelak.
Dan kalau kau nak katakan aku tak faham, memang aku tak faham!
Siapa aku sebenarnya pada kau?
Orang lain pon sibuk, pemimpin teragung pon lagi sibuk dari kau,
padahal masa kau fleksibel, kau yang memilih begitu,
kau yang sekatkan diri kau dengan ego dan emosi.
sekali lagi kau nak kata aku tak faham?
memang aku tak faham.

Semakin lama, semakin sakit, semakin pudar rasa itu.
Tawar hati!
sememangnya tawar, tiada rasa,
aku cuba cari mana silap aku,
kau kata aku tak faham masa kau,
dan oleh itu, aku berhenti untuk beberapa perkara,
yang aku rasa aku seperti menganggu.
mulai itu, aku rasa aku di tangga yang ke bawah,
ada atau tiada, kau tak pernah kisah.
Konon, aku cuba memahami kau,
sekali lagi kau kata aku tak faham kau.
Banyak kali aku husnudzon, walaupun aku tahu ada sesuatu yang menganggu.
Tiap2 hari aku meroyan,
meroyan dan mempersoalkan apa sebenarnya kehendak kau?
siapa sebenarnya aku pada kau?
kau semakin berubah,
kau semakin berubah!

Satu hari,
di saat husnudzon aku mencanak naik,
aku lupakan apa yang berlaku,
insiden 11 aku lupakan,
konon aku fikir aku boleh cipta satu lagu baru,
yang penuh bunga-bunga indah,
yang penuh dengan bait2 cinta aku pada kau.
setinggi ego aku rendahkan,
mencari dorongan untuk aku reka sesuatu yang baru,
agar kau sedar wujudnya aku untuk kau.
Ya, aku buat, tapi kemudian...
aku rasa bodoh, sebab tiada jawapan.
26  jam aku menantikannya,
tiba-tiba,, kau balas dengan satu jawapan yang buat aku tersenyum,
senyum aku yang kau terbitkan jauh dari sudut hati ku yang  lama menghilang sejak 36 hari,
sekali lagi, aku dibuai angan,
Aku buta.

guruh menjengah tiba, tatkala matahari terik di awan cerah.
apa sedang berlaku, samar-samar.
aku sangkakan cerah sampai ke petang,
fikiranku meleset.
Rupanya hujan di tgh hari.
Aku di panah dgn satu perkabaran yang kurang enak.
Aku terkedu, aku hanya mendiamkan diri dan berfikir.
Di mana salah aku sampai kau sanggup buat aku sebegini rupa.
Aku langsung tak terkejut, sbb dari awal aku tetapkan pemikiran aku,
'ia bakal kecundang'
Benar, ia kecundang.

Aku biarkan angin menghembus,
Aku biarkan hati berombak,
What the hell are going on?

Bait lagu ini, semakin jelas,,

'kau putuskan tuk mendua,
dengan dia di belakangku,
padahal aku pilih kamu
jadi cinta terakhir.'

aku buta, selama ini aku buta.
kau pegang keduanya,
itu salah kau,
kau berpura dengan aku,
sehina-hina aku, aku cuba mencari solusi untuk aku teruskan,
malangnya kau hentikan aku.
terima kasih.

aku sedikit tak terjejas,
aku cuma terkilan, that's it
kau yang aku kenal hampir setahun, berubah sekelip mata.
Tapi tak mengapa,
Aku yakin itu kerja Dia,
Dia nak tunjukkan sesuatu,
tiada ucapan lain khas untuk kau,
selain RIBUAN Terima Kasih dan selamat berbahagia.
Belajar untuk setia, itu pesanan aku.
Sekali lagi kau nak katakan aku tak faham kau?
Lantaklah, aku kini langsung tak kisah.


'people who hurt tell other people that they were ok, but deep down inside only they know how it feels. Its a lesson to proves you're a strong person. you deserve better'



May 18, 2014

Student Universiti Sila Baca!



MOHON SEMUA BACA TERUTAMA KEPADA MEREKA YANG BERGELAR PELAJAR UNIVERSITI..

Sibuk kejar kehidupan.

Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.


Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,

"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.

Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.

Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?"

Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.

"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."

Tergamam.

Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.

Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.

May 16, 2014

K.O.N.O.N

Aku tak tau sejauh mana harus aku jadi positif untuk semua orang,
Be positif, positif dan positif!
apa doe! 
Kau ingat aku paham positif tu apa?
Sikit2 positif,
serrr, aku da mual dgr word tu,
mual tahap muntah hijau tau tak.
Bukan nak kata pretending to be good,
but when you be too 'good' kau tak sedar, 
yg  hakikatnya itu adalah negative response.
Kunun~




May 10, 2014

Dia, Aku Paranoid

Kata hati tak pernah salah,
kau ikutkan apa yang ingin diluah,
tanpa sebarang filteration yang boleh jadi penghadang.
Kenapa aku rasa aku gagal dalam perhubungan,
muntah kata tak pernah fikir tentang apa orang lain rasakan.
Aku kini seperti dia,
dia yang aku ingin jauhkan,
dia yang aku tak nak jadi sepertinya,
dia yang aku selalu kritik apa tindakannya,
karma kini kembali,
aku gagal dalam perhubungan.

Hari demi hari,
aku seperti dia,
tiada perasaan, tiada peduli tentang apa perasaan sayang.
Semakin aku elak, semakin aku tak nak jadi seperti dia,
Semakin kuat ia hadir,
selfish, egoistic, 
segala hadir tanpa aku minta,
aku semakin tidak memahami diri aku sendiri,
mungkin layak hidup sendirian di bawah jambatan kalau asyik buat orang annoying,

Aku cuba ubah,
Aku cuba untuk jadi seperti yang lain.
Jadi diri sendiri! Itu selalu aku dengar.
Tapi kalau diri sendiri selalu buat org terasa,
kau nak cakap apa?
Masih perlu 'jadi diri sendiri'?
CELAKA hidup kau!

Sayang,
Maafkan aku kalau aku tidak pernah menjadi seperti yang kau inginkan,
Maafkan aku kalau aku tidak sebaik yang kau kenali sebelum ini,
Maafkan aku kalau aku kelihatan gagal dalam perhubungan,
Spekulasi minda selalu menang dari luahan kata-kata lemah,
Aku sendiri benci apa yang aku lakukan,
aku benci dengan apa yang aku fikirkan,
Aku gagal dengan perkataan POSITIF yang selalu aku nasihatkan,
Aku tahu apa kurangnya pada orang lain,
Namun aku gagal tahu apa kurangnya pada diri sendiri,
Aku perlukan kau sebagai peneutralisasi diri aku,
bukan sebagai asid yang terus membakar dan membakar,
Sabar, aku cuba menjadi yg terbaik, aku cuba jadi yang lain.
Kerana 'jadi diri sendiri' buat orang semakin menjauh~