Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Jan 3, 2014

Dia

Wahai hati, kau tahu apa yang kau mahukan. 
Kau kini sedari apa isi hatimu.
Terima Kasih kerana berterus terang, 
sekurang hati ini ada peneman. 

Wahai hati sang peneman, 
mengapa kau fikirkan kau tidak pantas buat diri ku, 
sedangkan aku hanya manusia biasa 
yang mampu menerima segala kekurangan. 
Bukankah yang kurang itu boleh dibaiki? 
Ada hati mu disisi terasa seperti dihargai. 
Sudah lama aku nantikan saat itu menjengah diri ini. 
Dan malam itu, tanggal tahun baru, segalanya sudah jelas. 
Maafkan diri ku kerana selama ini ku anggap hati mu buat hatiku sekadar omongan kosong. 
Maafkan aku. 

Wahai hati, kekalkan perasaan mu itu, sehingga saat itu tiba.
Sekiranya sesuatu terjadi, 
tabahkan hatimu dan jgn membenci.
Sesungguhnya perasaanmu itu suci buat diriku.
Iringkan doa buat kita bersama,
andai satu masa, kita pasti bersatu.

No comments:

Post a Comment