Semakin kuat untuk aku lupakan,
semakin ia hadir,
bagai bayang2 gelap.
hati terpanggil untuk kembali,
ego menang tanpa disedari,
aku tidak sesal,
kerana kau kini bahagia dengannya.
aku cuba untuk bangkit,
bangkit dari rasa yang telah kau cipta,
sedikit demi sedikit kesakitan itu terasa,
kerana kau tegar.
Aku cuba,
mencari solusi,
memadam isi hati yang kau warnakan,
walaupun pudar, tapi ia kuat.
Wahai hati,
bersabarlah, kerana hari tak selalu indah.
Lupakan segala memori yang pernah tercipta,
lenyapkanlah rasa ini dari hati yang lara,
Kerana Allah sentiasa bersamamu,
Cinta Abadi lagi suci.


No comments:
Post a Comment