Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

May 31, 2017

Lirik Despacito Versi Melayu Paling Best! (Female Version)

Hai,
Nah, pasti yang ada cari lirik lagu ni kan, aku siapkan lirik penuh untuk kalian. Mohon terhibur! 



pergi..
siapa yang katakan aku tak sudi
jangan cuba kau bohong lagi
benci..
tidak pernahku lafaz walau sekali
dengar penjelasan ku ini
oh ku pasti mengharapkan lebih dari mu
kenali amanah dalam hidupmu
salahkah ku pilih yang terbaik untukku
oh ya
sengaja caraku putus tidak formal
selepas ini mungkin akan lebih jelas
apa yang membuat hatiku tertutup

(A)
ku keliru
jujur aku katakan aku keliru
sejak pertama kali kita bertemu
ku fikir ku tau apa yang ku mahu
ku keliru 
buat keputusan yang terburu-buru
terima lamaran tanpa fikir dulu
sememangnya ada niat tuk beritahu
jodoh dan pertemuan ini bukan mainan
bukan senang tuk putuskan
semua demi kebaikan
jodoh dan pertemuan ini tuhan tentukan
segalanya- suratan
dia yang menjadi pilihan

pada awalnya engkau pilihan
untuk teman kehidupan
untuk bina masa depan
untuk hari kemudian
tapi bagaimana engkau ingin mengimamkan
kalau satu fardhu pun tak pernah kau kerjakan
tapi bekas kasih aku buat perubahan
go up get up walkaway
dari segala yang diharamkan
sehingga dekatkan dirinya kepada tuhan
itulah ciri-ciri pasangan yang ku idamkan

berkesah berkeluh
bila tiba subuh
zohor ke asar
saja kau biarkan
dan aku doakan
kau temu keinsafan
agar satu hari berlakunya perubahan

berkesah berkeluh
bila tiba subuh
maghrib ke isyak
saja kau tinggalkan
dan aku doakan
kau temu keinsafan
namun sudah cukup aku beri kesempatan
sayang..

REPEAT (A) 

ku keliru
jujur aku katakan aku keliru
sejak pertama kali kita bertemu
ku fikir aku tau apa yang ku mahu
OH....

berkesah berkeluh
bila tiba subuh
zohor ke asar
saja kau biarkan
(bukan senang tuk putuskan
semua demi kebaikan)

berkesah berkeluh
bila tiba subuh
maghrib ke isyak
saja kau tinggalkan
(segalanya suratan
dia yang menjadi pilihan)
inkognito

Despacito Versi Melayu Paling Best! Tak Tipu.

Hai,

Tiap kali balik dari kerja, aku lebih suka untuk dengar Era.fm. Dan setiap kali itu, lagu Mexico nyanyian Luis Fonci - Despacito ni ada. Something catchy with this song. Its fun! Lagu ni da lama released, dalam 4 bulan yang lepas dengan tontonan di You Tube mencecah 1.6 billion. Wau! Lagu ini telah banyak dimainkan oleh Instruktor Zumba untuk sesi zumba mereka. 

Video nyanyian asal Luis Fonsi ft Daddy Yankee


Tapi, apa yang menariknya, ada orang melayu kita yang kreatif dengan mengubah lirik lagu ini kepada versi melayu.  Jom tengok.



Wah! Despacito jadi Incognito! Dengan tontonan 990k sejak dimuat naik 15 Mei lalu, serius memang boleh layan. Lirik dia nak sampaikan tentang hati seorang lelaki apabila dikecewakan oleh wanita. Agak-agak, perempuan akan duduk diam tak? Mesti lah tidak! Sudah pasti ada jawab balas! 



Kan aku da cakap, perempuan takkan duduk diam. Ini jawapan mereka dari rentetan lagu Incognito tadi. Lagu ini adalah gubahan Aidil Akmal, Lirik; Dzar Ismail. Boleh check out channel YouTube MrGraphsman 

Apa kata netizen dengan lagu mereka ini? 




Boleh la tambah masuk playlist. Kalau dapat dengar kat radio pasti syok!

May 24, 2017

Gaun Fairy Tale Ashwarya Rai Dipimpin Lima Orang Pengiring


Hai,

Baru-baru ini di dalam Festival Filem Cannes menampilkan ramai artis dunia yang telah menghadiri majlis tersebut. Festival ini adalah penyampaian anugerah kepada pelakon dan filem yang telah dicalonkan. Kalau di festival filem antarabangsa, apa yang dinantikan adalah ketika sesi red-carpet apabila pelakon-pelakon memperagakan busana yang cukup indah. Antara artis yang menarik perhatian dengan busana yang gah dan bertemakan fairy tale dipakai oleh pelakon hebat asia iaitu Ashwarya Rai.


Ashwarya Rai memperagakan busana seperti Cinderella yang telah direka oleh Michael Cinco. Busana ini telah menarik perhatian Fashion's Police.




Busana Cinderella ini menarik mata ramai orang ketika red-carpet bagi majlis premium Okja di Palais des Festivals di Cannes, Perancis, pada 19 Mei lalu. Jom lihat busana Ashwarya Rai tahun 2016.



Tahun ini, Ashwarya Rai kelihatan lebih cantik berbanding tahun sebelumnya. Apa-apa pun, artis asia ini cukup menawan dan mampu membuat semua orang ternganga melihat kecantikannya.


Aku rasa baju ini cukup berat dan memerlukan sampai 5 orang untuk memimpin Ashwarya Rai menaiki tangga ini. Anda mampu?

Pelajar UM Bekerja Sambilan Diperlekehkan

Assalamualaikum

Hari ini aku tertarik dengan satu thread di laman Twiter apabila pemilik akaun twitter @naddyM yang telah menceritakan bagaimana rakannya, seorang siswazah Universiti Malaya (UM) diperlekehkan oleh pelanggan hanya kerana dia seorang pelayan restoran. Naddy berkongsi perasaan kecewa dengan sikap segilintir masyarakat yang masih berfikiran sedemikian.





Siapa sangka masih ada individu yang sedemikian rupa. Bak kata Naddy, golongan ini adalah sebahagian metaliti kelas ketiga. Kalau ikutkan, masa aku study dulu, ramai je yang bekerja sambilan di Starbucks, McDonald, Tesco, Coffee Bean dan lain-lain. Dan melalui bekerja sambilan itu juga, mereka-mereka yang diperlekehkan ini memperoleh pengalaman. Orang kata bermula dari bawah. Tak ada apa yang salah.



Dan jangan pelik kalau orang melayan anda itu punya pendidikan yang lagi tinggi. Sebab tu kita kalau menilai orang jangan cepat melatah. Hormat antara satu sama lain walaupun dia cuma tukang sapu. Kalau tak ada orang yang buat kerja sedemikian, lengkap tak hidup? Pasti tidak.

Perbetulkan mentaliti. Itu seharusnya yang perlu dilakukan oleh masyarakat bukan memperlekehkan mereka dan terus menjadikan ramai yang malu untuk bekerja kerana nak 'jaga muka'. Apa-apa pun aku tabik dengan orang yang sanggup bekerja sambilan masa belajar. Pelajar yang buat perniagaan sambilan pon tidak dilupakan juga. Good effort!

May 23, 2017

Tips Ramadhan | Menu Sahur Ringkas

Assalamualaikum,

Jadi topik hari ini adalah apakah menu yang sesuai untuk bersahur. Memandangkan Ramadhan is just around the corner, i guess you guys already plan something for Sahur. Kevin Zahri ada kongsikan menu sahur yang cukup rigkas dan lengkap dengan nutrisi keperluan sepanjang satu hari berpuasa.


Fiber dan protein adalah nutrisi yang diperlukan untuk memberikan anda tenaga yang berpanjangan semasa berpuasa. Jadi kepada anda yang malas nak masak di pagi hari, macam aku, menu oatmeal by kevin ni boleh diguna pakai. Lets take a look on how to do it.


Aku bukan penggemar oatmeal. Tapi aku rasa, oatmeal tu perlu dipelbagaikan dengan tambahan bahan-bahan lain seperti pisang dan chocolate chip. Macam mana rasa oatmeal dengan coklat ye? Menarik. Jom cuba! 

Ok, Selamat Berpuasa!
Untuk video penuh boleh terus ke channel Kevin Zahri di Youtube.

May 22, 2017

Promo : Pelan Tanpa Had Umobile RM78

Hai,

Baru-baru ini U Mobile telah melancarkan pelan tanpa had dengan harga RM78 sebulan. Lebih berbaloi apabila anda boleh membuat panggilan tanpa had dan internet tanpa had. Pelan ini juga membawakan ciri hotspot yang dibekalkan sebanyak 10 GB dengan kelajuan 5 Mbps serta kuota 5 GB untuk perantauan. Jadi tak perlu risau sekiranya anda dalam perjalan keluar negara, kerana anda boleh set mod perantauan di 12 negara dengan selamat pada 5GB data sedia ada di dalam pelan.


Rangkaian U Mobile di Johor bahru adalah lebih stabil dan masalah yang dihadapi dengan rangkaian sebelum ini telah selesai. Bagi pengguna telefon bimbit 3G, ia mungkin menjadi satu masalah apabila berada di dalam bangunan. Jadi kepada anda yang masih lagi mencari pelan yang berbaloi, apa tunggu lagi, kunjungi cawangan U Mobile yang terdekat untuk menukar pelan.

Cara-cara menukar pelan kepada U Mobile

Sekiranya anda ingin mengekalkan nombor sedia ada, anda boleh berbuat demikian di cawangan U Mobile untuk porting kepada rangkaian U Mobile. Pendaftaran boleh dibuat dengan membawa kad pengenalan dan bayaran sebanyak RM78 ketika pendaftaran. Anda akan dibekalkan dengan kad sim yang baru, boleh pilih sama ada nano sim atau sim biasa. Proses porting mengambil masa 1-2 hari. Anda akan menerima pesanan ringkas dari pihak telco semasa untuk pengesahan bertukar ke rangkaian U Mobile. Ikuti arahan yang dinyatakan di dalam mesej tersebut dan kad sim baru U Mobile anda boleh dimasukkan apabila rangkaian dari kad sim semasa anda telah dibatalkan.

Jom lihat apa yang lebih berbaloi dengan U Mobile.




May 18, 2017

11H14MIN TRIP| Singapore : Apa Sebenarnya Berlaku Di Singapura?

Hai, Assalamualaikum,

Jadi mari kita sambung kembali tentang trip 11jam14min ke Singapura tempoh hari.

Apa sebenarnya berlaku ketika trip ini, aku sesat di CIQ Woodlands. Lpas je naik bas dari JB Sentral menuju ke Singapura, bas akan berhenti di CIQ Woodlands untuk cop keluar passport, jadi selepas selesai urusan di kaunter imegresen, aku telah melalui jalan keluar yang salah, sepatutnya aku terus ke bus coach untuk menunggu bas yg aku naiki pada awal perjalanan. Tetapi, aku melangkah laju terus ke arrival gate dan perhentian teksi. Jarak dari pintu arrival ke perhentian teksi tu agak jauh, kalau dibandingkan dari pintu arrival ke bus coach waiting yang mana cuma turun tangga dari pintu ketibaan. sejurus aku sampai di perhentian teksi itu, aku rasakan ini bukan tempat yg sepatutnya dan kemudian berpatah semula. melangkah laju dan melepasi tangga yang sepatutnya aku turun, aku kembali masuk ke departure hall dan keluar. Departure hall woodlands ni adalah tempat untuk kau keluar dari Singapura! Aku salah jalan!

Aku jadi cuak dan terus dapatkan khidmat nasihat pegawai imegresen untuk kembali semula ke Singapura. Passport aku dipegang di kaunter sementara menunggu pegawai dari pintu arrival untuk ambil aku masuk semula ke Singapura. Tiada apa yang dirisaukan. Cuma aku beritahu mereka yang aku tersesat di CIQ dan melalui pintu pelepasan. Aku kemudian dibawa semula ke pintu arrival dan melalui pemeriksaan barang dan tiba semula di pintu ketibaan. Maka aku terus turun tangga. Dan itu jalan yang sebetulnya.

Yang pasti bas TS1 membawa aku ke Changi Aiport da terlepas. Aku konon bercadang untuk tunggu bas berikutnya dr Jb Sentral. Malangya 2 jam penantian kabur. Kawan-kawan aku di changi dah menunggu lama, maka aku biarkan mereka gerak dahulu ke destinasi yang dirancang. Dan aku masih lagi mengumpul keberanian untuk teruskan perjalanan solo dengan menaiki bas transit. 

Destinasi pertama kami di Merlion Park. Hanya satu cara mudah untuk sampai adalah dengan menaiki MRT. Jadi untuk tahu bagaimana pengalaman aku menaiki MRT ke Merlion Park, teruskan membaca di entri berikutnya! Terima kasih..

May 11, 2017

11H14MIN TRIP| Singapore : From JB to Changi Airport

Hai semua! Assalamualaikum

Baik, untuk kali ini, I just wanna share my experienced taking public transport to Singapore. Pada mulanya trip ini sememangya tidak dirancang. Sebab kebiasaan, mana-mana trip yang aku pergi, paling tidak 2 atau 3 bulan sbelum perjalanan. Memandangkan singapura ni pon tak jauh dari Johor Bahru, tidak la begitu leceh asalkan wang sentiasa cukup.

Ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke Singapore!

Memandangkan aku tinggal di JB, aku tidak perlu kalut untuk booked tiket flight or anything. Just drive and parked at CIQ a.k.a Customs, Immigration and Quarantine Johor. Perjalanan ke Singapore ni, I cuma nak experienced menaiki public transport, jadi, i parked my car di hadapan JB Sentral. Tempat letak kenderaan paling dekat dengan CIQ Johor ni cuma berhadapan dengan KOMTAR JBCC. Tempat letak motosikal di CIQ Johor ni juga turut disediakan. Bayaran parking untuk satu hari adalah sebanyak RM12 sahaja. So, you can parked for 24 hours without hesitation.

Selesai parking, terus menapak menuju ke CIQ Johor. CIQ ni luas, dan tinggi, kena naik banyak escalator. Tapi jangan khuatir segalanya efisien. Pemegang passport Malaysia, kalian boleh terus menuju ke automatic gate utk scan passport menandakan kalian keluar dari Malaysia. Selesai pemeriksaan, boleh terus ke platform terminal bas. Sekiranya kalian punya masalah untuk sebarang hal, polis di bangunan ini ramai, jadi tiada perkara yang perlu dirisaukan.

Di sini, anda akan lihat 2 platform, Platform A dan B. A ni kebanyakan nya bas pekerja yang ambil pekerja untuk dibawa ke singapore. Manakala Platform B untuk bas transit dan bas express. Memandangkan tujuan ak untuk ke changi airport bertemu dgn buddies yang lain, maka ak tros ke platform B. Mencari bas tertera TS1 yang menuju terus ke lapang terbang changi. Untuk ke changi dengan menaiki TS1 ini, bas pertama bermula seawal jam 5 pagi dan trip berikutnya adalah jam 7.30 pagi. Bayaran untuk transit ke Changi Airport adalah sebanyak RM10, anda boleh bayar dalam Ringgit dan SinDollar. Jadi sila datang awal sekiranya anda sedang mengejar waktu penerbangan. Kekerapan bas ke airport adalah sangat limited, jadi rancang perjalanan anda sebaiknya.

Bas TS1 akan membawa anda masuk ke Singapore melalui first link dan anda perlu mendaftar masuk ke Singapore di CIQ Woodlands. Sekiranya anda sudah mendapatkan tiket bas TS1 tadi, selesai urusan imigresen dan semakan, terus turun ke coaches waiting area untuk mendapatkan bas TS1 yang anda naiki. Bas mungkin agak  lambat disebabkan kaunter di atas jalan raya cuma ada 3 buah sahaja, jadi pergerakan bas jadi lambat. Keep waiting. Tapi, sewaktu aku di CIQ ni, insiden yang tak diingini berlaku. 

Perjalanan untuk ke changi mengambil masa lebih kurang 30 minit, sebelum tiba di Changi Airport, pastikan anda tahu di terminal mana untuk anda turun. Aku turun di Terminal 1 untuk arrival hall. Buddies dah menanti. Jom ke checkpoint pertama! (https://www.cichaz.com/2016/01/johor-bahru-menuju-changi-airport-dengan-bis/) Boleh baca entry sahabat dari Indonesia ini untuk cerita lebih menarik,

Stay tuned, will update my budget trip to Singapore and the incident happened later in my next entry! Anyway, check out my IG on the left side of this blog, ada jugak pic ke Singapore baru-baru ini. Bye! Thanks for reading.

Apr 7, 2017

Move on sayang, move on!

Assalamualaikum,

Laju je jari jemari nak menaip bila sebut pasal MOVING ON. Ye, move on dari kisah lampau. Nak teruskan kehidupan selepas suatu perkara yang menghancurkan hati. Luluh. Perasaan dikecewakan sememangnya sakit dan ada di antara kita yang merasakan perkara ini mudah dan kecil sahaja sedangkan korang sendiri yang rasa betapa sukarnya untuk kau lupakan kisah kecil ini yang telah mengambil ruang paling besar dalam hati kita.

Mengambil ruang paling BESAR.

Ada perkara yang sememangnya buat kita sukar untuk melupakan. Walaupun kau sendiri benci untuk mengingatkan perkara itu, watak-watak dan babak2 yang pernah kau hadir dan alami sememangnya meninggalkan parut yang susah untuk hilang.

Sekarang,
kau mampu tersenyum,
kau mampu untuk teruskan kehidupan,
kau mampu untuk menggantikan tempat tersebut di dalam hati,

tapi siapa sangka, senyuman itu, kekuatan itu, terselindung segaris parut luka yang dalam, yang seakan tidak mahu sembuh untuk seumur hidup. Wayang2 indah bermain semula dalam minda, memori2 lama berputar kembali satu demi satu. Celaru. Tapi itu semua tak bermaksud kau tak move on. Cuma kau punya satu sifat yang jenis menghargai kenangan dan setiap perkaa itu kau jadikan sebagai moment penting ketika kau bersamanya dahulu. Hati manusia sememangnya lumrah lemah, membuatkan kitaa terduduk seakan tidak mampu berdiri apabila jatuh.

Masa berlalu pergi, kau terus berusaha, membina semula hati, jadi lebih kuat.

Nahh, satu reading yang menarik untuk aku baca tentang move on ni.
credit to: http://akuislam.com/blog/renungan/sukar-move-on-kisah-silam/ 

Mencari jalan mula
Pernah dengar mengenai hukum gerakan newton pertama? Hukum gerakan newton pertama menyatakan:
Sesuatu objek cenderung untuk kekal dalam keadaan asalnya; objek yang berada dalam keadaan pegun akan kekal pegun, dan objek yang bergerak akan terus bergerak dalam halaju seragam, jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.
Inertia Hati.
Begitulah juga dengan hati manusia, lebih cenderung untuk kekal statik, daripada move on. Bila berbicara mengenai perubahan, ia akan berkaitan dengan satu perkara: perkara yang paling penting iaitu mencari jalan untuk mula. Sekali kita sudah bermula, InsyaaAllah ia akan lebih mudah untuk kita kekal maju – menjalani proses move on. Oleh itu, apakah jalan yang terbaik untuk kita bermula apabila kita masih tersangkut dalam kesedihan hati?

Mengikut pengalaman saya, rule thumb terbaik untuk kita bermula adalah dengan petua 2-minit.
Petua 2-minit adalah cara untuk memulakan satu perkara; mencari jalan mula dalam masa kurang dari 2 minit. Saya biasa menggunakan petua ini untuk mengatasi rasa malas dan meningkatkan produktiviti hidup saya, namun dia juga boleh digunakan dalam masalah hidup yang lain.
Bila kita mula menggunakan petua 2 minit ini, ia akan memudahkan langkah kita untuk move on, dari awal sehingga ke peringat seterusnya.
Ingat, yang penting adalah untuk bermula.
 Disini adalah beberapa contoh:
Buat masa sekarang, anda mungkin rasa sangat sedih, penat dan tiada mood. Anda tahu saat ini anda sangat memerlukan kekuatan dan dekat dengan Tuhan, tetapi anda merasa sangat lemah. Jadi, tarik nafas dalam-dalam dan kuatkan diri untuk berbasah dengan wuduk. Itu boleh menjadi langkah kecil pertama yang sudah cukup baik untuk bangun dari katil dan kesedihan anda.
Buat masa sekarang, anda mungkin hanya termenung mengingat kisah lalu dan bergelut dengan perasaan. Tetapi jika anda ambil masa dua minit untuk membuang segala hadiah/pemberian yang diberi oleh si dia, padam no telefonnya, block facebook, dan apa sahaja medium yang mengingatkan kepada dia, mungkin ini boleh langkah pertama untuk membuang segala kenangan pahit yang lalu.
Pada masa sekarang, fikiran anda buntu dan tidak tahu apa yang harus dibuat selanjutnya. Tetapi jika anda ambil sebuah buku dan mula membacanya, ia mungkin akan mula membuat anda sibuk dan membawa anda jauh dari masalah.
Motivasi selalunya datang selepas kita mula buat sesuatu. Apa yang kita harus buat adalah mencari jalan untuk memulakan langkah kecil dulu. Kerana apa bila kita sudah mula bergerak ke hadapan, kita akan cenderung untuk terus bergerak maju ke hadapan.
Yang penting, dapatkan momentum terlebih dahulu.
Allah jauhkan kita dari orang2 sedemikian kerana punya hikmah disebalik segalanya. Jadikan diri lebih matang dan lebih kuat untuk hadapi perkara-perkara sedemikian. Hidup kita kena enjoy! kbai

Apr 6, 2017

Isu Hantaran Mahal

Alhamdulillah, maka genap aku bekerja di Johor untuk 8 bulan. Pejam celik, pejam celik dah lapan bulan, cepat masa berlalu. Tanpa sedar dah makan gaji untuk 8 bulan. Seronok ke makan gaji? Well, sejujurnya, kerja makan gaji ni kadang-kadang membosankan. Bagi aku, aku terpaksa hadap untuk bekerja dengan makan gaji adalah disebabkan nak gain pengalaman. Nak start business pon at least biar ada pengalaman kerja kan, plus ada income. Makan gaji still makan gaji, perhaps, ada kerja sampingan yang selari dengan minat kau. Tak ada masalah. Work-life balance katanya. Tapi walaupun makan gaji, kerja lebih masa, business, kadang-kadang semua pendapatan tu memang sekadar cukup-cukup untuk keperluan diri dan lain-lain hal. Bagi aku, pendapatan aku mungkin tidak lah seberapa, kalau nak dibandingkan dgn cikgu-cikgu yang gaji nya hampir 3k++. Dan sejujurnya, aku belum lagi mula untuk menyimpan belanja kahwin. Dan atas sebab itu, aku masih lagi single.Aci tak alasan. Boleh la yeop.

Single and available

Ya, Am masih single dan available untuk dipinang. hahah, mustahil wanita nak pinang lelaki kan. Tapi anything can happen. Bagi aku, aku pilih untuk single sebab aku belum bersedia untuk komitmen. Couple pon komitmen tau. Takkan kau sebagai lelaki nak mengharapkan perempuan belanja itu ini. Betul tak? So bagi side lelaki, ak faham kalau kita seharusnya lebih memberi untuk kekasih yg kita sayangi. tak gitu? Tapi, seharusnya dalam perhubungan itu ada give and take. lagi baik.Yang penting, pada umur 24 tahun ni, aku pilih untuk kekal single. Kalau aku cari sekarang, perempuan baya2 aku dah fokus untuk kawen dah,, so wat apa aku cari calon sekarang kalau planning aku untuk kawen pada umur 29 tahun? 5 tahun lagi tuu. Ada yang nak couple dengan Am sampai 5 tahun? tak ada kannnn..

Kahwin dan pendapatan

Macam anak mami 20k tu cakap la, kalau kerja takde, duit takde, jangan berangan nk dekat dengan anak dara orang. Ye sis, aku faham maksud kau. Ada betulnya, sedang aku yang bekerja elok ni pon aku seriau nak ajak someone couple. sbb aku tahu aku belum ready. Aku lebih mengutamakan kehendak diri aku. Pasti ada suara-suara yang akan membahaskan, bila dah kawen, rezeki makin bertambah, betul aku percaya benda tu. Benchmark untuk aku kawen, bila aku da abeskan loan kereta aku, beli rumah, lepaskan mak umrah then baru aku kawen. Dan harap-harap calon isteri aku nanti adalah seorang yang senang nk deal dan bukan 20K.

20k?

Kalau aku sekaya Dato Alif ke, Dato Vida ke, sebut je berapa kau nak. Dan aku cuma insan biasa bukan public figure yang punya harta dan wang ringgit. Ya, kalau betul sayang berapa pon nilai kau pasti sanggup kan. Memandangkan kita hidup di era Bapak Jib, maka kau perlu berpada-pada meletakkan harga. Tak la aku maksudkan untuk dapatkan seseorang dengan percuma. Mustahil. Cuma berpatutan dengan keadaan dan ekonomi masa sekarang. Thats it. Kalau sampai 20k, terlalu banyak perkara yang boleh aku lakukan, boleh la wat bekal pi haji ke, umrah ke, kalau betul nak dapatkan pahala kan. Kawen kan pahala. Ermm.

Oleh itu, perkara ini perlu diambil serius oleh semua pihak, lelaki, perempuan, ibu bapa dan seluruh masyarakat melayu. Tak salah meletakkan harga, cuma sekali lagi biar berpada-pada, Islam menggalakkan untuk bersederhana. Memudahkan segalanya. Itu yang lebih baik. Tepuk dada tanya selera k. Mampu buat cara mampu, tak mampu jadi lah sebaliknya. 

Adios.

Mar 15, 2017

Projek Baru

Oh Haii! Assalamualaikum.

Apa khabar teman-teman yang masih mengikuti catatan Am. Terima kasih sebab masih terus membaca.

Sejak akhir-akhir ni, Am mula memikirkan untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Banyak benda yang Am rasakan Am nak buat, cuma  beberapa hal yang perlu dipertimbangkan untuk menjayakan perniagaan tersebut. So far, the talents i have now will be the thing i should do for my business. Develop an idea what to start and do, probably need time. Sebelum ni Am pernah collaborate dengan kawan-kawan Am ketika di Universiti, dengan membuat perkhidmatan gubahan bunga. Alhamdulillah, it went well. As u can see, my other link provided at this blog regarding the service i promoted previously. It still active, but since Am dah pindah ke Selatan, Puspawangi Co kini di ambil alih oleh my only friends Syamirah. So she doing the service by her own, and you guys still can contact her through the details provided on the profile. So check that out k.

Alright, sejak mula bekerja dan makan gaji, sememangnya kadang kala menyeronokkan. Tapi sedar tak sedar u guys perlukan sesuatu untuk chill up the mood yang mana Am rasakan kerja dalam satu bidang is kinda bored. So, i try to figure out what kind of business i should do. Alhamdulillah, last Mid February, my friend and i had found something interesting to be done. Yess, clothing business. Mungkin nampak agak klise di pasaran, cuma, i believe that the brand gonna be boom one fine day. Well, it just a beginning. And perhaps i should do more with this brand. So, as i said just now, i try to figure out wht i can do from my skill, my talents. Yet tercetus la idea untuk jadi fashion designer.

Jangan kecam dulu.

I know, i can't be a fashion designer without knowledge and yess i need to learn. A LOT! Nak fight dengan designer2 yang sudah terkemuka sememangnya sukar, cuma, i believe that, people want something which is not too mainstream. Why not Am try. So, with a good starter of JejanzWear Exclusive, plus the strong marketing founder, anything can happen. It just me and my brand. Well, recently we had released 2 design of muslim kurta with 4 variants color. To be exclusive, only 60 pcs are available for this season. As a designer, i believe that the design masih blom ada. At first ada sedikit gundah gulana, cuma sekarang sales boleh dikatakan baik. Alhamdulillah. Plus minus, 20 pcs already sold. Sekarang Am tengah fikirkan produk baru untuk released for coming April. Still for Raya Season sebab raya kita tahun ni jatuh bulan Jun kan. Tak lama dah.

So, i just need you guys to keep supporting me and my new brands Jejanz Wear Exclusive and follow our Instagram @jejanzwear and mine is @am._hakimi .
Adios.

Feb 23, 2017

Pendam dan Dendam

Kalau ikutkan hanya hati ini sahaja yang tahu betapa sakitnya rasa apabila seorang insan akrab yang kau percaya mengambil kesempatan atas kebaikan kau. Terus terang aku tidak dapat menerima walaupun pada hakikatnya, semua orang menyatakan ia cuma hal yang kecil.

Aku sensitif. Aku teliti.

Setiap perkara yang aku rasakan berharga untuk aku kenal pada seseorang akan aku ingat sampai susah untuk aku lupakan. Bila terjadinya hal sedemikian, susah untuk aku move on dan aku terus berfikir. Kadang-kadang timbul persoalan, mengapa perlu aku? Berbaloi kah untuk diratapi? Meratap? Tidak sampai tahap itu, cuma aku rasakan terkilan yang teramat sangat. Tapi tak pelik, hidup dalam kelompok manusia ini sememang nya akan terjadi, drama-drama sebabak yang aku rasakan klise.

Aku akui, aku pendam rasa itu, aku pendam pada keduanya yang selama ini aku cuma anggap sebagai kawan pada dasarnya, tetapi jauh tersemat dalam hati tertulis bisikan sayang yang tidak mampu untuk aku luahkan. Cukup untuk diri aku simpan.

Hatred

Dengan keadaan itu sahaja mmbuatkan aku boleh move on. Tapi hati aku tetap sakit. aku rasakan itu bukan jalannya. Aku harus memberi nilai positif terhadap apa jua perkara yang berlaku dalam drama sebabak ini. Aku seharusnya lebih menghargai orang-orang yang ada di sekeliling aku. Cuma setiap kali itu, memori lama melintas syahdu. satu persatu. tentang kedua-duanya. bagaimana harus aku? berbalik kepada tuhan yang esa. tidak akan Dia tunjukkan kebenaran ini tentang orang-orang yang tidak berlaku jujur. ak perlu kuat, hadapi segala rasa ini, dan teruskan kehidupan.

yang dah jadi biarkan ia terjadi. kerana yang pasti lebih ramai lagi yang akan menyayangi dirimu, teruskan hidupmu dan husnuzon selalu. insyaAllah.