Kata hati tak pernah salah,
kau ikutkan apa yang ingin diluah,
tanpa sebarang filteration yang boleh jadi penghadang.
Kenapa aku rasa aku gagal dalam perhubungan,
muntah kata tak pernah fikir tentang apa orang lain rasakan.
Aku kini seperti dia,
dia yang aku ingin jauhkan,
dia yang aku tak nak jadi sepertinya,
dia yang aku selalu kritik apa tindakannya,
karma kini kembali,
aku gagal dalam perhubungan.
Hari demi hari,
aku seperti dia,
tiada perasaan, tiada peduli tentang apa perasaan sayang.
Semakin aku elak, semakin aku tak nak jadi seperti dia,
Semakin kuat ia hadir,
selfish, egoistic,
segala hadir tanpa aku minta,
aku semakin tidak memahami diri aku sendiri,
mungkin layak hidup sendirian di bawah jambatan kalau asyik buat orang annoying,
Aku cuba ubah,
Aku cuba untuk jadi seperti yang lain.
Jadi diri sendiri! Itu selalu aku dengar.
Tapi kalau diri sendiri selalu buat org terasa,
kau nak cakap apa?
Masih perlu 'jadi diri sendiri'?
CELAKA hidup kau!
Sayang,
Maafkan aku kalau aku tidak pernah menjadi seperti yang kau inginkan,
Maafkan aku kalau aku tidak sebaik yang kau kenali sebelum ini,
Maafkan aku kalau aku kelihatan gagal dalam perhubungan,
Spekulasi minda selalu menang dari luahan kata-kata lemah,
Aku sendiri benci apa yang aku lakukan,
aku benci dengan apa yang aku fikirkan,
Aku gagal dengan perkataan POSITIF yang selalu aku nasihatkan,
Aku tahu apa kurangnya pada orang lain,
Namun aku gagal tahu apa kurangnya pada diri sendiri,
Aku perlukan kau sebagai peneutralisasi diri aku,
bukan sebagai asid yang terus membakar dan membakar,
Sabar, aku cuba menjadi yg terbaik, aku cuba jadi yang lain.
Kerana 'jadi diri sendiri' buat orang semakin menjauh~


No comments:
Post a Comment