Assalamualaikum
minggu exam dah nak habis sudah, tinggal lagi seminggu untuk betahan dalam mod study. lepas ni kau ikut lah kepala kau mana mau pergi. nak tido sepanjang hari pon boleh, takde sapa nak marah, asal bangun solat, makan dan tv. memang terlalu produktif cuti nanti. anyway, cakap pasal exam neh, actually gua da sem 3. lagi setahun setengah gua grad, cepat nye masa woi.. Tapi time exam ni la dugaan macam-macam. Antaranya insomnia. Ni, gua nak cakap sama lu, gua malam da macam kelawo, siang2 hari gua tido, malam gua berjaga, proportion sleep gua ting tong habes! tapi tapi tapi, study tgh malam aman sikit dr bunyi bising mcm siang-siang hari. Paling kuat pon gua bising dengan lagu-lagu beyonce. Alkisah study tgh malam, bangkit tak bangkit gua teros lunch, applause to myself. CELAKA gile hidup cmni. Org lepas subuh sepatutnya bekerja, cari rezeki, geleng kepala pd diri sendiri. Anyway, harap cuti nanti dpt betolkan balik segala ketidakwarasan ini. Dan, time2 exam ni, nk pi riadah pon malas. dulu rajin gak gua terjun kolam usm ni, semenjak dua ni, petang gua bersama katil dan bantal. Efektif beb!
Alkisah petang semalam, fefeeling pendaki gunung Kinabalu katanya. Plan da lama, nak pi tu tak pernah berkesempatan, dan semalam gua jejak kaki ke bukit jambul tu. siap-siap suit up kasut, short dgn jersy, gua rempit dgn bff gua. Sampai tempat gather persoalan yang lawak mula timbul.
kejap, bukit jambul ni kat mana ek? gua tak tau jalan beb!
Alkisah tak tahu jalan pulak dah. Setahu aku ramai dah budak-budak USM berjambul ke sana. Dan kami, jalan pon x tau. Actually bukan tak tahu, cuma kurang pasti! yaaa, KURANG pasti. Nampak tak kat situ fefeeling poyo. ermmm,, *ok, punchline tak sampai* sudah lah ang!
sesampai jer kawasan hiking, parking moto cantik, kami bertiga panjat bukit tuh. it seem ramai org cina. well, bab2 riadah panjat turun bukit neh, jarang melayu nak pi. cuba kata jalan-jalan cari makan, terjah itu queensbay, ramai lah melayunya. sebab tu obesiti banyak dari kalangan melayu. cer panjat bukit tu ha, taknak panjat bukit, jogging ka, bru masuk oksigen sikit segala pembuluh darah yg tersumbat tu ha! Eleh, gua cakap untuk gua juga beb. gua pon jarang nk exercise. heehee, ok tutup muka malu~ wakluuu
turun-turun bukit, kaki gua ketau beb! time nak panjat punya lah lama, turun da laju, siap boleh lari lagi. Sesampai kat moto teros shoot balik bilik. nk tido da tak sempat, sebab da maghrib, gua pening-pening lalat dan tetiba dapat mesej.
Salam Maghrib, pada jam 8.30 mlm ini, kami nak pi dinner di Ivory. Kerana selepas itu kami mahu menyetadi. Nak join datangla :)
tergelak gua baca mesej ni, ayat LKM beratus kot sampai mesej pada gua. dan gua fefeeling mcam dato2 duk terima invitation dinner kat hotel. gittew. padahal restoran biasa ja, berangan je lebih~ hiks. mungkin lah kot satu hari nanti gua jadi org korporat. wahhh, berangan lagi~ siap2 dengan buku, tab dan pen kononnya lepas makan nak pi study lah. Alkisah lepas makan, spoil! gua rasa mengantuk dan seperti mahu balik bilik tidoq. plan gua nak study dgn BFF gua tak jadi malam tu. gua ingat balik bilik, rumet gua tade, sekali dia pon terbongkang juge. ok, ade peneman nak tidoq. jyeah! bangkit tak bangkit jam 12 malam dan gua study sampai subuh~ rajin kan gua? kan kan kan? hiks~
tapi tapi tapi, malam tu ada moment indah beb happen pada gua. ha, moment tu nanti gua cerita. tak perlu kalut2, doakan gua yg terbaik, mana tau lepas ni gua post entri jemputan kawen ka. hahahahaha. *ketuk kepala sbb duk berangan,, dushhh!*
Ni, kalu rasa nk tengok gambau gua hiking tu, cer jeling sebelah kiri, haa, tu instagram gua, stalk lah sendiri. kbai!


No comments:
Post a Comment