Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Jan 28, 2015

Neutral Lebih Baik

Petang yang hambar. Macam tu lah hambar kita punya life sekarang. Rasa nak meluah. Bukan kata jemu. Aku cuba untuk cover selagi mampu. Sebab aku tahu jasa kau begitu besar. Sampai aku tak tahu samada mampu untuk aku balas balik atau pun tak. Rasa yang kau pendam dan kau deny tu kadang nampak sangat. 

Ya, kau tak pernah bermaksud. dan tak pernah menujukan rasa pada sesiapa. Aku sendiri tak pernah bagi harapan yang menggunung. Sekadar mengikut irama lagu. Menari pada rentak. Itu saja yang aku mampu. Aku tak pernah beri kata apa-apa. Sebab aku taknak mana-mana hati rasa terluka. Bukan aku tak tahu sejarah hidup kau. Takkan sekali lagi. Disebabkan aku? Aku tak nak jadi orang yang sama seperti dalam sejarah.

Penat nak kena ulang benda yang sama. Terikat. Aku belum bersedia untuk commit pada yg satu. Biar reationship tu gila, jangan diri sendiri gila kerana cinta. 

Aku tahu,
setiap apa yang kau tulis, itu aku.
setiap apa yang kau fikir, itu aku.
cuma aku rasa aku belum mampu.

Aku tahu,
setiap apa yang kau tulis, itu perlianmu.
setiap apa yang kau tulis, itu harapanmu,
tapi mengapa harus begitu.

Aku tahu,
kasih menebal rasa di hatimu,
kasih memaksa untuk kau bersama aku
cuma aku rasa aku belum mampu.

Aku tak nak dua hati terperosok dalam sendu.
Biarkan ia begitu.

“Rindu itu terlalu asyik,seperti gula-gula kapas yang manis,di-makan lidah rasa seperti di-sula begitu juga rindu—yang di-sangkut pada dahanan—ingin di-cabut namun lena terbenam.” Embun Karina

Jan 23, 2015

Cerpen Kontot: Patung

PATUNG
By Amier Qadri

               
Sebaik sahaja celik, benda pertama aku capai adalah handphone. Rutin pagi yang aku buat sambil melayan rasa malas untuk bangun. Instagram. Itu sudah pasti. Sorotan aktiviti dunia semalam dan notifikasi liked dan followed.

Aku bangun dan terus ke dapur. Segelas susu dan biskut cukup untuk aku sebagai sarapan. Alkisah hidup lelaki bujang.

‘Kringgg kringg...’ bunyi loceng bergema di pagi hari dengan memikirkan siapa. Tombol pintu dipulas dan dibuka. Tiada siapa-siapa, cuma ada sebuah bungkusan yang tertera pengirimnya seorang lelaki, ‘Haikal Ryan’. Siapa?

Disebabkan curiousity aku melonjak naik, bungkusan tu aku tak biar lama. Aku koyak dan aku buka. Walaupun ada sedikit fantasi klise yang aku rasakan ada bom didalamnya.

‘Patung?!’

Kiriman SMS diterima sebaik sahaja aku keluarkannya. ‘Hai, saya pasti awak dah terima bungkusan tu, thats for you! Muah!- Haikal’ Gila! Entah siapa-siapa. Aku abaikan hari itu dengan persoalan ‘Siapa dia?’
***
Sejurus celik, seperti biasa, handphone tidak lekang dek jari. Ikon Instagram aku sentuh, terpamer segala sorotan gambar di hari semalam. Notification oren muncul di skrin dengan bilangan 150 bentuk hati. ‘haikal_ryan liked your photo’ Semua?! So here he is.

Profilnya dibuka, sesuatu. Gambar-gambarnya, sesuatu. Dasar homo. What the hell! Patung tu aku buang.


Jan 12, 2015

Soalan Cepukmas 1: Kawen?!

Assalamualaikum.

Rasanya dah lama gila aku tinggalkan blog ni tanpa sebarang cerita. 2014 dah pun melabuhkan tirainya. Kalau ikutkan, begitu banyak momen2 yang meninggalkan kesan pada diri aku. Ye lah, kita makin hari makin tua, bukan makin muda. Jadi sedar-sedarlah yang umur kita semakin meningkat saban tahun. Betol ke tidak awokme? So kali neh, aku tak nak throwback apa jadi sepanjang tahun lepas dan mula fokus untuk berkarya, oh propa sangat. Fokus untuk sesuatu yang perlu aku capai tahun ini. GRAD! doakan aku berjaya grad tahun neh. Fewh, macam2 perangai bila da masuk tahun akhir ni. Harap tidak terpesong lagi untuk semester akhir tahun neh. Macam2. Astaghfirullah. So fokus! 

Anyway, bila da cecah umur 22 ni, what kind of question yang korang rasa selalu akan ditanya? tak kira lelaki ke, perempuan ke, agak2 apa?

Kawen!

Hahaha, gelak besar kalau ada orang yang tanya aku pasal kawen! Hey I am 22. Muda lagi la nak kawen. But kalau perempuan probability untuk ditanya soklan berkaitan kawen ni tersangat la besar. Bila duduk dalam kalangan unty2 contoh macam rewang kenduri, haaa berjaga2 la korang untuk ditembak dengan soalan cepukmas ni. Lelaki susah sikit orang nak tanya, melainkan muka korang, watak korang, memang dah macam pakcik2 sangat yang layak untuk berkahwin. So probably, i am not that look yet. I try to be as young as possible. Aci ke tidak? hahah.

Betol, jodoh kalau da sampai awal memang tak kemana jugak kann. Bersyukur la yang dapat jodoh awal. sedangkan masih ada lagi andartu dan antertu yang tak kawen2 lagi. So, korang kira laku la, tak gitu? hahaha. So, kepada yang akan ditembak dengan soklan-soklan cepukmas neh, how you gonna react, people?! Mau tak terkedu lidah korang nak menjawab dan time tu aku jamin muka korang merah menahan malu. Dalam hati korang 'DAH KENAPA?!

'Tunggu habis study dulu, makcik. kalau ada jodoh InsyaAllah.'
'Alah, kalau nak kawen tak payah study tinggi-tinggi, alih-alih ke dapur jugak!'

Pergh, kalau dpat jawapan macam ni, aku yakin mesti korang berang punya kann?! Well, ini masalah minded orang2 tua. They might said it by their experiences. But it last 20-40 years ago! Zaman sekarang ni, jangan cari pasal buat camtu. Even kot mana u have to get your complete education and some saving for yourself. Bukan nak kata semua rumahtangga akan gugur di pertengahan jalan, cuma it just for your own sake, people. Anything happen, you already prepared. Right? Makcik2 yang ada sekarang memang la minded terkebelakang, but they didn't know the reality of life for next 10-15 years ahead. So, kepada yang dpat jawapan macam ni, keep calm a lot and just smile. Senang2, jawab je InsyaAllah, thank you. hahaha, ecing hanis zalikha la sikit kan.

So, jangan takut untuk hadapi soalan sedemikian dan do keep your life on the right path. Be wise!

keep in touch with me on:
TWITTER & INSTAGRAM: @amierqadri