Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Apr 23, 2014

Bahasa Kepala Lutut

Jangan meminta untuk makan kaki,
Kalau mulut kau celaka macam babi,
Jangan pernah kau minta bunga yang wangi,
Kalau mulut berbau madah yang busuk.
Hak bercakap hak semua,
Tapi hak untuk hidup peribadi masing-masing,
Kau siapa untuk berkata nahu,
Sedangkan diri kau belom tentu juga sempurna,

Celaka!

Jangan muntah kata2 sinis,
Walau engkau berniat suci.
Gegar berkata penoh bangga,
Apa kau fikir kau menteri?
Sedangkan mereka juga tergelincir bermadah,
Apatah lagi engkau manusia hina.
Sungguh tak mengerti,
kau fikir hidup kau bagaikan novel indah yang bahagia?
penuh dengan bunga-bunga cinta, tiada berduka?
sempurna segalanya, sampai kau boleh menentukan hak bercinta untuk orang lain?
jangan sampai ia bergegar, kerana terlalu menjaga tepi kain orang,
jangan sampai karma berbalik pada diri,
kerana memisahkan dua hati yang berhak untuk bersama.
adapun cinta kau pandang hina,
canang semua x perlu rasanya,
simpan dalam poket sendiri.
bukan protes tapi cuma alasan,
alasan seorang manusia yang berhak untuk punya kehidupan seperti yang lain.
hidup ini cuma sementara, cuba selagi mampu, positif selagi mahu.

Apr 17, 2014

Bayang Cinta

Apa punya rasa ni?
Kau dah kenapa?
nak ikutkan kehendak hati kau,
kau ingat ini drama filem?
sedarlah! ini realiti!
jangan pernah samakan.
kau hendakkan begini,
tapi tak semua boleh terjadi.
kau inginkan begitu,
tapi tak semua boleh jadi kenyataan.
jangan mengharapkan keindahan-keindahan,
kerana kau bakal sakit dalam imaginasi,
imaginasi yang kau sendiri reka yang penuh dengan harapan dan kegembiraan.
ah! itu semua takkan berlaku,
kerana itu cuma kehendak hati,
kerana itu cuma imaginasi,
kerana itu cuma mimpi-mimpi palsu,
Hentikan!
Aku parah dalam bayang2 keasyikan,
banyak baca novel cinta gamaknya, 
rosak minda, rosak hati, rosak imaginasi.
sampai tak boleh beza yang mana satu realiti.
Gasak psikologi drama menyerap,
derita gila!
kau mimpikan sesuatu yang takkan berlaku!
get me out of here!! damn!
Aku tergantung dalam dua drama gila,
klise rasa melayu,
indah sakura korea,
kalau boleh aku padam segala coretan mimpi ini,
mungkin terubat sedikit gila bayang,
Gasak rasa cinta~

Apr 16, 2014

loceng hitam

Bangun pagi tengok jam,
*9.30 pagi*

hey awal lagi!
apa yang awal aq pon tak tahu.
padahal kau sedar yang kelas start jam 10
dan kau sedar jugak, kelas tu laa yang dah lama kau tak pergi.
dalam otak ada 2 angel tgh bergaduh,
angel putih dan angel merah, berkelahi dgn hasutan masing2.
angel putih suruh pergi kelas
angel merah suh tarik selimut,
tapi bagi adil, aku tarik selimut dulu. hahahahaha
dengan berjanji untuk 5 minit.
masalahnya 5 minit kau tak pernah berjaya,
kau selalu tersasar.

ding dong ding dong ding dong
alarm roomate aku yg tak off.
*shit*
tade pilihan lain,
kena bangun dan bersiap.
dan aku rasa mcm ada satu hal yang belom lagi terlaksana
JURNAL! 
Aiyoo,, hari neh ada review jurnal
dan after sebulan aku tak pernah datang,
hari neh angel putih hasut suh pi,
dan nasib baik, its a TEST!
fewh, hari neh aku bernasib baik,
dtg kelas tepat untuk test,
bagaimana untuk petang,
kelas petang paling celaka
angel merah dye bertukar hitam,
bertenggek atas mata kasi aku tidor
kunci segala tulang temulang kasi aku tersadi di penjuru katil.
dye macam death note,
kau tulis nama
kau mati.
aku naik katil,
aku tido!
gasak penangan kau beri syaitonnn!
walau aku sedar, dah empat kali aku langkah
kebabian apa yg melanda aku ini?
malas dan malas!
*babi*
dasar malas! 

Silinder Merah

titik rasa bagaikan satu cip komputer,
virus yg merebak tanpa belas kasihan,
susah untuk mentafsir,
dan susah untuk ditafsir,
segalanya di awangan maya,
mencari satu penyelesaian kod rasa yang terpecah.
rasa itu bagai diset sendiri,
tanpa arahan atau tindakan,
ia hilang.

titik merah itu kau semadikan,
mengubah segala rasa,
mengubah segala deria,
mengubah segalanya dari seluruh jasad,
perubahan itu terjadi tanpa diminta,
namun ia sakit,
titik merah itu semakin sakit,
sakit tanpa rasa,
sukar untuk difahami.
titik merah kau buat tanpa daya,
titik merah itu kau wujud tanpa kata,
ia hadir dari jiwa,
ia hadir dari satu hela nafas,
yang buat kau terus bernyawa.

titik merah ini,
aku wujudkan untuk terus kekal,
kekal dalam keabadian rasa,
yang takkan hilang.
tapi,
mampukah ia kekal,
mampukah ia terus bernyawa,
mampukah ia mengharungi segala liku,
malangnya,
ia hanya terkandung dalam sebuah silinder kecil,
yang kau guna untuk dipegang, dan terus pegang.

Apr 3, 2014

Persetan Manusia

Manusia jadi makin pelik bila suka untuk cakap pasal hal org lain,
kau rasa diri kau dah ckup baik?
kau rasa diri kau dah sempurna?
kau rasa diri kau bagaikan seorang diva yang mampu mengubah dunia?
ahh, persetankan segala ucapan2 kau itu,
aku tak pernah kisah untuk memiliki dia sebagai kawan aku,
walaupun kurangnya banyak pada pndangan zahir kau,
lumrah manusia tak pernah sempurna,
kau bencikan dia macam tahi,
babi!

aku jua terdetik utk menjauhkan,
tapi aku sekali tidak pernah,
sebab aku tahu menjauhkan lebih parah,
kau nak ubat luka tapi kau tambahkan luka,
apa guna ubat kalau kau menjadi punca?
apa guna sahabat kalau kau pendusta lara,
gelak kecil aku hanya pada dia yang bergelar sahabat,
meskipun aku pertahankan segalanya,
tiada guna, tiada tindak balas nahu yang boleh aku ambil sebagai penghargaan darimu.
tapi, aku tak pernah berhenti
aku tak pernah kisahkan penghargaan,
aku cuma kisahkan sedikit perhatian,
perhatian yang kini kau padam,
sedikit demi sedikit,
hilang dari pancaran cahaya kelam,
sedih~