Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Jan 31, 2018

Winter Trip Korea 2018 | Bajet Ngam Ngam!

Assalamualaikum


Aku faham apabila sebut pasal trip dan travel, benda paling utama yang akan kalian risaukan adalah tentang BAJET! Baik, aku tak nak nyatakan yang trip aku ke Korea trip paling bajet murah, bajet poyo dan seangkatan dengannya. Tapi apa yang boleh aku katakan, ianya NGAM NGAM! Maksudnya cukup-cukup lah.

Berapa?
Berapa?
Berapa?

Ok, bajet yang aku keluarkan adalah berdasarkan pengiraan aku 5 hari 4 malam, di Seoul Korea. Tolong ambil perhatian yang trip aku bukan trip gah yang kalian nak check in hotel mahal, makan mahal dan lain-lain yang aku kira FANCY. Tidak sama sekali. Secara keseluruhan, ianya adalah trip selesa, bukan trip bajet backpackers dan sebagainya. 

1. TIKET FLIGHT

Trip ke sini adalah pada Januari 19, 2018. Tiket aku tempah dari bulan September, 2017. Penerbangan AirAsia dipilih memandangkan AirAsia ni kan SYARIKAT PENERBANGAN MURAH DALAM TALIAN. Jadi, haruslah menjadi pilihan pertama.

Detail Booking Penerbangan AirAsia 

HARGA TIKET PERGI BALIK AIRASIA X: RM 1,167.00
(SATU RIBU SATU RATUS ENAM PULUH TUJUH SAHAJA)
(Tempahan September 2017. Penerbangan Januari 2018)

Harga tiket dengan penambahan item-item di atas, termasuk segala cukai. Mahal? Baik, tengok balik detail booking tu, 2X Meals + 20kg Baggage Extra. (pergi dan balik) 

Kenapa ambil 20kg ekstra bagasi? 

Memandangkan pada ketika itu, khabar angin menyatakan AirAsia kini mengambil tindakan untuk mengehadkan bilangan beg dan jumlah berat bagasi, sebagai persediaan awal dan untuk mengelakkan sebarang komplikasi ketika daftar masuk penerbangan, maka keputusan untuk membeli tambahan bagasi dibuat. Sila hadam.

Makan? Atas Flight?

Untuk meals atas flight, itu atas kalian sendiri. Bagi aku, perjalanan selama enam jam tu lama. dan kalian bakal lapar. Kalau nak jimat, kalian boleh keluarkan item meals dalam flight. Tak jadi masalah.

2. PENGINAPAN

Untuk penginapan di Seoul, aku memilih di sekitar Itaewon. Kalian boleh rujuk balik entri aku Malam di Itaewon . Tempahan guest house ini dibuat di atas talian pada laman sesawang airb.com

Detail tempahan penginapan. SP Guest House, Itaewon

HARGA PENGINAPAN: RM 367.00
(TIGA RATUS ENAM PULUH TUJUH SHJ)

Untuk pengetahuan kalian, trip aku diikuti oleh 7 orang travellers. Jadi jumlah kos penginapan dibahagi kepada 7 orang bagi LIMA HARI EMPAT MALAM di Seoul. SP Guest House ni adalah tempat penginapan bagpackers. Jadi kalian perlu ambil perhatian tentang fasiliti yang dikongsi bersama.

3. PENGANGKUTAN

Kos pengangkutan untuk trip ini diambil kira bermula dari Lapangan Terbang Incheon, Seoul Korea. Sepanjang 5 hari di sana, aku cuma menggunakan train. Dan capaian train di sini adalah sangat meluas dan kalian tak perlu risau untuk bergerak.

Pembelian Kad T-Money adalah penting. Kad ini sama seperti touch and go yang kalian gunakan untuk menggunakan train di Malaysia. Harga kad tersebut adalah KRW4,000 (RM14.40) dan tambah nilai yang kalian perlukan adalah bergantung kepada destinasi yang kalian ingin tujui. Berdasarkan perjalanan aku, keperluan tambah nilai pada kad ini hampir KRW25,000  (RM90.00). 

Tiket feri dan caj masuk ke Pulau Nami

Manakala untuk ke Nami Island, bayaran lain bagi TRAIN dari Cheongyangni - Gapyeong - Cheongyangni berjumlah KRW8,000 (RM28.80). Feri dari jeti ke Pulau Nami berjumlah KRW13,000 (RM46.80). Sekiranya anda berhasrat untuk naik ke Namsan Tower, caj dikenakan pada cable car adalah berjumlah KRW8,500 (RM30.60) untuk kedua-dua hala. 


Tiket Train dari Cheongyangni-Gapyeong-Cheongyangni

Tiket 2 hala cable car Namsan Tower



HARGA PENGANGKUTAN: RM 210.00
(DUA RATUS SEPULUH SHJ)

4. TIKET MASUK

Untuk bayaran tiket masuk, aku kira-kira cuma satu tempat sahaja yang dikenakan bayaran tiket masuk. Iaitu di Petite France. KRW8,000 (RM28.80) Tiket masuk ke Nami Island aku serap siap-siap dalam caj pengangkutan feri ke Nami. Sekiranya kalian nak masuk ke tempat lain seperti Lotte World Adventure, Geongbokgung Palace, dan lain-lain, caj tiket masuk perlu dikira lain.

HARGA TIKET MASUK: RM 28.00
(DUA PULUH LAPAN  SHJ)

5. KOS MAKAN

Sepanjang aku di Korea, kos makan dan minum aku bajet KRW15,000 untuk sekali makan. Satu hari aku kira 2 kali makan, waktu lunch dan dinner. Ada masa aku makan cuma sekali sehari, sebab aku makan berat ketika waktu lunch. Tapi dalam pada peruntukan makan yang kalian da bajet, sebenarnya kalian boleh kurangkan dengan membawa bekalan makanan segera dari Malaysia. Bekalan aku biasanya aku bawak untuk makan ketika sarapan pagi. Jimat. Untuk itu, kos makan sepanjang aku di sana, RM350.

Meal di Nami Island. Bulgogi KRW12,000 (RM43.20)

Nampak mahal kan, kalau dalam ringgit. Tapi bila berada di Korea, satu hidangan pada harga KRW15,000 kebawah dikira full set meal. Jadi tepuk dada, tanya selera. 

HARGA MAKAN & MINUM: RM 350.00
(TIGA RATUS LIMA PULUH SHJ)

TOTAL KOS
RM1,167 + RM367 + RM210 + RM28 + RM350
RM2,122


Nota kaki:

Peruntukan bajet yang anda lakukan adalah bagaimana trip yang kalian idamkan. Jadi kos yang tersebut di atas adalah berdasarkan pengalaman aku ketika musim sejuk di Seoul Korea. Aku kira, kalian punya bajet outline yang lagi hebat untuk melayakkan trip kalian tergolong dalam trip bajet. Tapi bagi aku, segala kos yang aku belanjakan adalah pada tahap optimum dan ngam-ngam. 

Shopping?

Boleh je, aku pon shopping souvinier dan jajan yang aku teringin nak makan. Anggaran bajet shopping yang aku laburkan dalam trip ni hampir KRW120,000. (RM432.00) Aku tak masukkan bajet shopping dalam total kos di atas sebab benda ni adalah kehendak masing-masing. Ada duit lebih, kalian boleh shopping, kalau tak ada pon tak apa, cukup memadai kalian berpijak di sebuah negara asing yang kalian lawati. Pengalaman itu pon sudah cukup bermakna. Serius.

Jan 26, 2018

Trip Winter Korea 2018 | Malam di Itaewon, Seoul

Assalamualaikum,

Aku nak sambung sedikit sebanyak entri untuk trip winter Korea. Dalam entri kali ini aku nak kongsikan tentang Itaewon, Seoul.

Itaewon merupakan sebuah bandar yang kebanyakan menjadi pilihan pelawat dari Malaysia. Atas factor kebolehcapaian pengangkutan yang mudah, Itaewon juga menjadi lokasi makanan halal yang mudah dicari. Kalau kalian berjalan di sekitar Itaewon, kalian akan melihat ramai pelawat dari Malaysia dan Indonesia menginap di kawasan sekitar. Kebanyakan guest house terletak berdekatan dengan stesen. Sama juga guest house yang aku menginap. Walaubagaimanapun, ia tetap sebuah bandar asing yang mana kalian akan melihat pusat-pusat hiburan, situasi orang mabuk di jalanan. Itu perkara biasa. Dan sebagai pelawat di sebuah Negara asing dan bukan secara amnya Negara Islam, maka perkara-perkara demikian perlu kalian hadam sebaiknya. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Perbezaan budaya itu ada di mana-mana jadi jangan terkejut. Nak mujur juga, Itaewon ni senang nak cari tempat makanan halal. Sebab kebanyakan, orang Arab, Turki, India dan Malaysia menetap di sini dan menjalankan perniagaan.

Ada bagusnya, sebab memudahkan kerja kita sebagai orang Islam nak mencari halalan thoiyiba.

Antara Kebab yang sedap dengan harga yang berbaloi untuk dibeli.
Satu kebab KRW8,000.

Di sekitar Itaewon ni memang banyak tempat makan halal. satu blok ke depan dari Ankara Picnic ni, ada satu kedai Turkish yang kalian boleh pergi untuk try makanan Turki. Adakala bila berada di tempat orang, makanan ruji Malaysia mmg susah nk tinggal. Nak juga makan nasi, walaupun pada dasarnya tak kena dengan selera. Adat travel lah kan.


Sampai je di Seoul, bila masuk kedai runcit ini yang pertamanya di cari.

Banana Yogurt Milk yang popular di korea. Wajib minum.
Harga: KRW1,300

Guest House aku cuma 50 meter ke atas. Kiri dan kanan guest house sangat meriah dengan lampu dan orang2 yang berhibur di sini. Segalanya terkawal.

Trip Winter Korea 2018 | Tips Penerbangan ke Korea

Assalamualaikum,


Ok entri kali ni, aku nak ceritakan bagaimana mulanya kami bergerak sehinggalah tiba ke Seoul.

Penerbangan kami berlepas dari Kuala Lumpur International Airport 2, pada jam 7.20 pagi waktu Malaysia. Kami gerak dari Johor Bahru pada jam 12 malam dan tiba di KLIA2 sekitar jam 4 pagi. Bos decide untuk parking di KLIA2 memandangkan kami bertujuh mempunyai luggage masing2 yang aku kira berat untuk transit jauh. Jadi kami parking di KLIA2, untuk pengetahuan kalian, parking di KLIA2 dikira pada kadar berikut:

3 hari pertama: RM46/sehari
Hari yang berikutnya: RM20/sehari

Penerbangan kami bermula dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Incheon International Aiport, Seoul yang mengambil masa hamper 6 jam perjalanan. Kami masuk di pintu pelepasan antarabangsa dan menuju ke P24 yang paling hujung di KLIA2. Serius sangat jauh untuk berjalan kaki. Sementara menunggu gate dibuka, sempat sembahyang subuh dan refresh dulu sebelum naik kapal terbang. 

Masing-masing tunggu masa nak tidur dalam flight.

Perjalanan ke Incheon, Seoul mengambil masa 6 jam perjalanan. Kami bertolak pada jam 7.30 pagi dan tiba di sana pada jam 3 petang waktu Korea. Perjalanan selama enam jam memang membosankan memandangkan AirAsia X ni tidak disediakan TV, dan kalian digalakkan membawa tab atau ipad untuk menghilangkan rasa bosan sepanjang perjalanan. Penerbangan kami dilengkapi dengan meals yang dihidangkan dua kali. Kalian boleh pilih menu ketika membuat tempahan penerbangan menerusi laman sesawang airasia.com.

Setibannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul Korea, kami menaiki transit train dari terminal 2 untuk ke balai pelepasan utama yang dinamakan stesen concorde. Setibanya di Concorde, anda boleh siap-siap untuk mengambil bagasi dan keluar dari airport.

Keadaan di sekitar Luggage Belt di Incheon Int. Airport, Seoul

Selesai mengambil beg, maka perjalanan diteruskan untuk ke tempat penginapan yang telah kami tempah menerusi AirBNB. Kami memilih lokasi penginapan di sekitar Itaewon, Seoul memandangkan di situ merupakan tempat yang mudah untuk mencari kedai makan halal. Dan ramai juga orang Malaysia menginap di sini. 

Penginapan kami terletak di SP Guest House yang hampir dengan stesen itaewon. Cuma berjalan kaki dalam 5 minit dan sampai ke guest house tersebut. Untuk pilihan guest house, anda boleh ke laman sesawang AirBNB.com untuk pelbagai pilihan menarik penginapan yang anda inginkan. Tapi SP Guest House ni memang menjadi pilihan backpackers. Dan staf yang menguruskan tempat ini pon terdiri daripada orang melayu. Jadi tiada masalah untuk anda berkomunikasi sekiranya terdapat masalah semasa berada dia Itaewon. Staf mereka jugak senang untuk memberikan bantuan, jadi boleh usha-usha tempat ni untuk menginap.

Untuk pengetahuan kalian, capaian train di Seoul begitu meluas. Kebanyakan destinasi dekat dengan dengan stesen perhentian. Jadi siapkan kad T-Money (ibarat Touch & Go Malaysia) untuk menaiki train di sini.


Kad T-Money ni boleh dibeli di Airport. Boleh rujuk pada kaunter informasi untuk dapatkan maklumat. Harga kad ini bernilai KRW4,000. Anda perlu menambah nilai mengikut kesesuaian dan perjalanan anda sepanjang di Seoul. Pada aku, sepanjang 5 hari di Seoul, aku memerlukan hamper KRW25,000. Tapi jangan risau, mesin reload t'money ni terdapat di kebanyakan stesen hentian termasuk di Itaewon. Kalau takut melebih-lebih, tambah nilai sedikit demi sedikit. Tiada masalah. Kebanyakan stesen di caj KRW1,250 sahaja. Anda boleh memuat turun aplikasi KakaoMetro untuk memudahkan perjalanan anda.

Dalam AREX Train nak menuju ke stesen transit Gongdeok


Muka aplikasi KakaoMetro. Jumlah tambang dan lokasi perhentian diberitahu secara lengkap.
Credit to: travel.ulifestyle.com.hk 




Trip Winter Korea 2018 | Tips Travel Musim Sejuk

Assalamualaikum,


Tatkala kalian sedang membaca entri ini, aku sedang bersiap-siap untuk trip musim sejuk ke Korea. Kali ini aku nak kongsikan bersama anda apakah barang-barang yang kalian perlukan untuk trip musim sejuk. Berdasarkan ramalan kaji cuaca yang aku lihat, suhu paling rendah dijangka 3 degree selsius dan paling tinggi 5 degree selsius.

TIPS: Bahagian tubuh yang perlu anda jaga ketika musim sejuk adalah Telinga, Kaki, Tapak Tangan dan Hidung.

Apabila berada dalam trip musim sejuk, terus terang aku cakap, ia agak membebankan dari segi pemakaian, sebab terlalu banyak aksesori. Untuk pastikan tubuh anda berada dalam keadaan suhu yg baik, pemakaian tu penting.

LAYER 1: Long John. 



Untuk Layer pertama, anda digalakkan untuk memakai inner yang tahan haba seperti produk dari uniqlo ini. Aku cuma beli yang heattech regular bersama seluar. Dua pasang baju dan seluar heattech ni dah memadai untuk dipakai. Top dan Bottom heattech ni boleh dapat dengan harga RM90.

LAYER 2: Shirt

Untuk layer kedua, anda boleh memilih samada untuk memakai tshirt kolar, round neck, or sweater. Jangan bergantung pada long john td je, mustahil boleh bertahan. Better kalian pakai tshirt yang sesuai. Tak terlalu tebal, dan tak terlalu nipis, sebab kalau pakai yang tebal, nnt nak kena pakai layer winter jacket lagi. Tapi tshirt ni penting jugak, sebab bila kalian makan di kedai2 atau masuk shopping mall, suhu dalam bangunan kebanyakan suam-suam, jadi kalian mesti nak bukak coat.

LAYER 3: Winter Coat

Pemilihan winter coat pon penting. Kalau kalian pergi dalam keadaan bersalji, kalian perlukan coat yg ada hoodie. Yang punya bulu tu kebiasaannya menjadi pilihan bagi ramai pengguna. Actually, penggunaan hoodie bulu-bulu tu untuk cover up bila salji jatuh pada hoodie selain mengekalkan haba pada muka anda.

Tapi untuk pengetahuan kalian, winter coat di Korea lagi banyak dijual dengan harga yang berpatutan dan lagi cantik. Kalau kat Malaysia harga coat hampir RM300-RM1,000. Di Korea, anda boleh dapatkan coat dengan harga di bawah RM300. Kasut pun murah. Winter boot boleh dapat dengan harga RM20 sahaja. Berganda-ganda jimatnya.

Kalau kalian nak jimat untuk tidak membeli winter boot, kalian pakai je sport shoes biasa. Bila ke korea, kalian boleh turun di Stesen Dongmyo dan ada kedai kasut yang semuanya dijual dengan harga KRW5,000. Murah siaa. Tak perlu beratkan beg bawak kasut banyak2.

LAYER 4: Aksesori

Aksesori yang dimaksudkan adalah yang diperlukan untuk cover telinga, tangan dan hidung anda. Gloves amat diperlukan ketika berada dalam musim sejuk. sekurang-kurang 2 pasang gloves diperlukan. Kedua, Muffler. Ni pon penting untuk lilitkan bahagian leher anda dari angin telus masuk pada tubuh. Ketiga, Ear Muff. untuk wanita bertudung sememang nya tiada masalah sebab telinga anda sudah beralas. Tapi tak salah nak pakai. Tapi bagi yg tidak bertudung, earmuff ni sangat penting. Sekiranya anda membiarkan telinga anda terdedah dengan angin sejuk, ia akan jadi kebas dan sakit apabila dipegang. Untuk keselesaan, sebaiknya pakai earmuff. Keempat, mask hidung. Bila angin terlalu sejuk, anda akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Hidung anda juga akan menjadi kebas dan kemerahan. Untuk mengatasi masalah ini dan keselesaan bernafas, sebaiknya pakai Penutup Mulut. Kelima, Stokin tebal penting untuk kalian bergerak dengan selesa.

TIPS: Body Warmer atau Hand Warmer Daiso mampu untuk memberi haba pada tubuh anda ketika berada dalam kesejukan.

BARANG-BARANG LAIN

Antara barang yang aku kira membantu ketika berada dalam musim sejuk adalah body warmer dan hand warmer yang boleh dibeli di Daiso.


Body warmer ni boleh dipakai dengan dilekatkan pada baju. Kebiasaannya aku letak pada bahagian belakang dan depan atas baju layer yang pertama. Jangan pulak letak atas kulit, tak pasal-pasal melecur. Jadi once da pakai long john tu, boleh la kalian tempek body warmer ni. Body warmer ni activated bila korg bukak peel paper tu. Bila dah tampal bukan serta merta panas. Tak yer. Jadi biarkan je ia melekat pada baju tu.

Untuk hand warmer tu pulak, kalian boleh letak dalam poket. Pada paket tulis tahan sampai 16 jam, tapi sekejap je sebenarnya. 5-6 jam mcm tu. so bila tangan korang agak2 kebas tu, seluk poket dan ramas hand warmer ni, akan rasa suam-suam pada pad tu. bila korg tak nak pakai gloves, kalian perlu ada benda ni utk bertahan dari kesejukan.