Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Nov 30, 2016

#ArjunaSetiaTakesVietnam: Ho Chi Minh City Short Travel

Assalamualaikum.

Excitednya aku rasakan dalam entri kali ini untuk aku kongsikan pengalaman yang aku rasakan seronok untuk kaki travel. Actually aku baru je balik dari Vietnam 3 hari lepas dan banyak perkara ingin aku kongsikan pada korang semua.

Well untuk pengetahuan kalian, aku pergi ke vietnam hanya 3 hari 2 malam dan kalau ikut bajet perjalanan bagi aku boleh dikira sebagai percutian bajet jugaklah.Untuk tiket pergi dan balik, aku memilih AirAsia yang aku booking 6 minggu sebelum tarikh berlepas. So ini adalah bajet secara ringkas yang aku dah habiskan sepanjang di Vietnam

Tiket Penerbangan: RM 272
KLIA Transit: Dari Putrajaya RM8.50 x 2 (pergi dan balik)
Hotel: RM 100
Makan dan Minum: RM 100

Secara asasnya untuk bajet percutian aku habiskan, total kos  +/- RM500
Bahagian shopping aku tak include sekali dalam ni sebab ia adalah luar dari keperluan perjalanan. cuma nafsu serakah nak membeli yang menjadikan bajet berlebih,

Kalau ikutkan, bahagian hotel dan makan minum tu, sebenarnya boleh cut lagi, cumanya kebanyakan pilihan adalah berdasarkan keselesaan masing. Untuk pengetahuan, kalian boleh berjimat lagi dari segi penginapan dan makan. 

Baik, itu bahagian bajet perjalanan

Perjalanan dari Johor Bahru ke Putrajaya

Basically aku dari JB dan ambil flight dari KLIA2 untuk ke vietnam. Bagi kalian yang tercari-cari tempat parking yang sesuai dengan tempoh masa trip kalian dan keselamatan kereta, aku suggest kan kalian pergi ke Putrajaya Sentral. Parking untuk 36 jam hanya RM18. Jadi kalian tak perlu risau untuk bayaran tempat letak kereta yang sememangnya berbaloi dan ekonomikal.

Sekiranya kalian menaiki KLIA Transit dari Putrajaya, Train pertama dari sini bermula pada jam 4.50 pagi dan kaunter KLIA Transit mula dibuka pada jam 4.30 pagi. Tips untuk dapatkan diskaun bagi fare klia transit, kalian boleh gunakan mesin kiosk untuk diskaun 10% bagi setiap tiket.

Perjalanan ke KLIA2 dari Putrajaya hanya mengambil masa <20 minit. Jadi, tetapkan jadual perjalan kalian dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan sebarang kelewatan untuk kalian check in di airport. Setibanya di KLIA2, kalian hanya perlu menunggu gate ke destinasi kalian dibuka dan terus menuju ke Balai Perlepasan Antarabangsa. Basically ada 3 lapisan semakan keselematan, Lapisan 1, semakan tiket dan passport. Lapisan 2, Semakan passport dan lapisan 3 adalah bahagian semakan barangan. Jadi bila travel, cuma berhati-hati untuk tidak membawa barang terlarang seperti biasa yang dinyatakan dlm rules and regulation barang-barang yang dibenarkan untuk dibawa naik ke dalam kabin. Kalau bawa jugak, jangan bersedih kalau dirampas. 

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh city mengambil masa hanya 1 jam 50 minit. Perlu diingatkan waktu di vietnam adalah lewat satu jam dari Malaysia. Jadi jangan lupa untuk setkan segala waktu tempahan di sana mengikut waktu yang sebetulnya untuk mengelakkan sebarang kekeliruan waktu check in atau check out.

Entri ini berakhir di sini, tapi, entri Travel ke Vietnam ni tak berkahir di sini, ikuti entri berikutnya bagi cerita sepanjang perjalanan aku di sana. Stay tuned!
TWITTER & INSTAGRAM : @amierqadri


Nov 17, 2016

Rapuh Sang Hati

Is love so fragile and the heart so hollow. 
Shatter with words impossible to follow 
You're saying i'm fragile. 
I try not to be.
 I search only for something I can't see.
-Stevie Nicks

Assalamualaikum

Ya aku faham sekiranya hak memilih adalah hak masing-masing. Tapi kadang-kadang ada perkara yang berlaku di luar jangkaan kita. Bercakap soal hati sememangnya perkara yang sering dialami oleh setiap individu. Adakalanya kau akan rasa sedih untuk tidak semena-mena dek kerana wujudnya perasaan yang kau sendiri tak faham. Adakah kau cukup kuat untuk atasi segala mainan perasaan dan aku percaya bukan satu perkara mudah untuk kau pulih dari pedihnya rasa sembilu kasih menusuk jauh di lubuk hati kau.

Satu keadaan yang mana kau cuba untuk bangkit dari rasa down mungkin disebabkan rasa tersisih oleh mainan cinta? Atau mungkin perasaan yang kau pendam dan tidak terluah disebabkan wujudnya perhubungan yang telah di friendzone kan oleh crush kau sendiri dan kesudahannya kau yg sakit melihat kemesraan yang mereka tunjukkan pada kau? Mungkin terlalu banyak sebab yang kemungkin boleh berlaku apabila cinta itu wujud dalam perhubungan, cuma rasa pedih dan luluh itu adalah berbeza based on the level of your love towards your partner.

Kenapa kau perlu bangkit?! Itu persoalannya.

Perasaan itu tuhan kuniakan pada setiap individu dan ia adalah subjektif. Bagaimana kawalan terhadap perasaan itu membawa kau ke jalan yang bahagia atau sengsara. Percaya atau tidak kau sedang menjadi pelakon dalam sebuah perhubungan yang secara asasnya kau sedang bersendiri. Kau bermain cinta yang awalnya kau impikan segalanya indah. Namun pada pertengahannya, segala lembah perjalanan kau tempuh dan mungkin ia akan tamat dgn baik atau tidak itu adalah bergantung pada bagaimana kau atasi perkara tersebut.

Rapuh.

This entry end here. Kalau ada cadangan, komen atau isu yang nak dibicarakan, find me here.
TWITTER & INSTAGRAM : @amierqadri

Nov 1, 2016

Fasa Baru Kehidupan!

Assalamualaikum,

Lama betul rasanya aku tinggalkan penulisan blog selepas catatan awal bulan Jun tahun ni. Aku pun tak pasti apa yang membuatkan aku begitu lama menyepi dan sepanjang tempoh 5 bulan ini, terlalu banyak perkara yang terjadi pada diri aku and yess I am glad to tell you guys, I already in the new phase of life!


Anyway,

Berada dalam fasa kehidupan sebagai seorang pekerja dan makan gaji sememangnya berbeza dengan apa yang kita alami sepanjang tempoh belajar. Aku cuba untuk terus sesuaikan diri dengan kehidupan yang berbeza ini. Umur makin meningkat, makin banyak perkara yang akan kau alami untuk mematangkan diri kau sebagai seorang manusia. Tapi, syukur Alhamdulillah, aku tidak menganggur. Tuhan nak tolong. Rezeki tu kat mana-mana ada, cuma nya fasa nak mncari kerja tu memang aku boleh katakan PAYAH. Tapi nak tak nak kau perlu buat. Banyak kali jugak aku rasa fed up. But, when i am thinking of my future, I better do something. Sampai bila kan? Alhamdulillah.

I better do something!
From Eastern to Northern then Southern!

People keep asking me, how come you can bear to moved away from your comfort place to another? Aku bukan jenis memlih. Itu aku mampu jawab.  Tambah-tambah bila ini adalah first job kau. Ada peluang, cepat-cepat tangkap. Tak kisah lah sejauh mana kau perlu berpindah, asal masih dalam semenanjung Malaysia, aku boleh lagi. Kalau kena di Sabah or even Sarawak? Maybe aku akan berfikir panjang sikit la. Johor Bahru, masih boleh consider sebagai sebuah bandar yang membangun. Jadi ini adalah peluang untuk aku explore bandar baru. Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Pengalaman pon bertambah. Selok belok jalan di Pulau Pinang mungkin aku boleh katakan mahir untuk aku, apa kata kita luaskan lagi selok belok jalan di Johor Bahru pulak kan?Senang nak jadi travel guide. =P

This entry end here. Kalau ada cadangan, komen atau isu yang nak dibicarakan, find me here.
TWITTER & INSTAGRAM : @amierqadri