Kalau mulut kau celaka macam babi,
Jangan pernah kau minta bunga yang wangi,
Kalau mulut berbau madah yang busuk.
Hak bercakap hak semua,
Tapi hak untuk hidup peribadi masing-masing,
Kau siapa untuk berkata nahu,
Sedangkan diri kau belom tentu juga sempurna,
Celaka!
Jangan muntah kata2 sinis,
Walau engkau berniat suci.
Gegar berkata penoh bangga,
Apa kau fikir kau menteri?
Sedangkan mereka juga tergelincir bermadah,
Apatah lagi engkau manusia hina.
Sungguh tak mengerti,
kau fikir hidup kau bagaikan novel indah yang bahagia?
penuh dengan bunga-bunga cinta, tiada berduka?
sempurna segalanya, sampai kau boleh menentukan hak bercinta untuk orang lain?
kau fikir hidup kau bagaikan novel indah yang bahagia?
penuh dengan bunga-bunga cinta, tiada berduka?
sempurna segalanya, sampai kau boleh menentukan hak bercinta untuk orang lain?
jangan sampai ia bergegar, kerana terlalu menjaga tepi kain orang,
jangan sampai karma berbalik pada diri,
kerana memisahkan dua hati yang berhak untuk bersama.
adapun cinta kau pandang hina,
canang semua x perlu rasanya,
simpan dalam poket sendiri.
bukan protes tapi cuma alasan,
alasan seorang manusia yang berhak untuk punya kehidupan seperti yang lain.
hidup ini cuma sementara, cuba selagi mampu, positif selagi mahu.

No comments:
Post a Comment