Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

May 18, 2017

11H14MIN TRIP| Singapore : Apa Sebenarnya Berlaku Di Singapura?

Hai, Assalamualaikum,

Jadi mari kita sambung kembali tentang trip 11jam14min ke Singapura tempoh hari.

Apa sebenarnya berlaku ketika trip ini, aku sesat di CIQ Woodlands. Lpas je naik bas dari JB Sentral menuju ke Singapura, bas akan berhenti di CIQ Woodlands untuk cop keluar passport, jadi selepas selesai urusan di kaunter imegresen, aku telah melalui jalan keluar yang salah, sepatutnya aku terus ke bus coach untuk menunggu bas yg aku naiki pada awal perjalanan. Tetapi, aku melangkah laju terus ke arrival gate dan perhentian teksi. Jarak dari pintu arrival ke perhentian teksi tu agak jauh, kalau dibandingkan dari pintu arrival ke bus coach waiting yang mana cuma turun tangga dari pintu ketibaan. sejurus aku sampai di perhentian teksi itu, aku rasakan ini bukan tempat yg sepatutnya dan kemudian berpatah semula. melangkah laju dan melepasi tangga yang sepatutnya aku turun, aku kembali masuk ke departure hall dan keluar. Departure hall woodlands ni adalah tempat untuk kau keluar dari Singapura! Aku salah jalan!

Aku jadi cuak dan terus dapatkan khidmat nasihat pegawai imegresen untuk kembali semula ke Singapura. Passport aku dipegang di kaunter sementara menunggu pegawai dari pintu arrival untuk ambil aku masuk semula ke Singapura. Tiada apa yang dirisaukan. Cuma aku beritahu mereka yang aku tersesat di CIQ dan melalui pintu pelepasan. Aku kemudian dibawa semula ke pintu arrival dan melalui pemeriksaan barang dan tiba semula di pintu ketibaan. Maka aku terus turun tangga. Dan itu jalan yang sebetulnya.

Yang pasti bas TS1 membawa aku ke Changi Aiport da terlepas. Aku konon bercadang untuk tunggu bas berikutnya dr Jb Sentral. Malangya 2 jam penantian kabur. Kawan-kawan aku di changi dah menunggu lama, maka aku biarkan mereka gerak dahulu ke destinasi yang dirancang. Dan aku masih lagi mengumpul keberanian untuk teruskan perjalanan solo dengan menaiki bas transit. 

Destinasi pertama kami di Merlion Park. Hanya satu cara mudah untuk sampai adalah dengan menaiki MRT. Jadi untuk tahu bagaimana pengalaman aku menaiki MRT ke Merlion Park, teruskan membaca di entri berikutnya! Terima kasih..

No comments:

Post a Comment