Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

May 24, 2017

Pelajar UM Bekerja Sambilan Diperlekehkan

Assalamualaikum

Hari ini aku tertarik dengan satu thread di laman Twiter apabila pemilik akaun twitter @naddyM yang telah menceritakan bagaimana rakannya, seorang siswazah Universiti Malaya (UM) diperlekehkan oleh pelanggan hanya kerana dia seorang pelayan restoran. Naddy berkongsi perasaan kecewa dengan sikap segilintir masyarakat yang masih berfikiran sedemikian.





Siapa sangka masih ada individu yang sedemikian rupa. Bak kata Naddy, golongan ini adalah sebahagian metaliti kelas ketiga. Kalau ikutkan, masa aku study dulu, ramai je yang bekerja sambilan di Starbucks, McDonald, Tesco, Coffee Bean dan lain-lain. Dan melalui bekerja sambilan itu juga, mereka-mereka yang diperlekehkan ini memperoleh pengalaman. Orang kata bermula dari bawah. Tak ada apa yang salah.



Dan jangan pelik kalau orang melayan anda itu punya pendidikan yang lagi tinggi. Sebab tu kita kalau menilai orang jangan cepat melatah. Hormat antara satu sama lain walaupun dia cuma tukang sapu. Kalau tak ada orang yang buat kerja sedemikian, lengkap tak hidup? Pasti tidak.

Perbetulkan mentaliti. Itu seharusnya yang perlu dilakukan oleh masyarakat bukan memperlekehkan mereka dan terus menjadikan ramai yang malu untuk bekerja kerana nak 'jaga muka'. Apa-apa pun aku tabik dengan orang yang sanggup bekerja sambilan masa belajar. Pelajar yang buat perniagaan sambilan pon tidak dilupakan juga. Good effort!

No comments:

Post a Comment