Hai,
Baru-baru ini di dalam Festival Filem Cannes menampilkan ramai artis dunia yang telah menghadiri majlis tersebut. Festival ini adalah penyampaian anugerah kepada pelakon dan filem yang telah dicalonkan. Kalau di festival filem antarabangsa, apa yang dinantikan adalah ketika sesi red-carpet apabila pelakon-pelakon memperagakan busana yang cukup indah. Antara artis yang menarik perhatian dengan busana yang gah dan bertemakan fairy tale dipakai oleh pelakon hebat asia iaitu Ashwarya Rai.
Ashwarya Rai memperagakan busana seperti Cinderella yang telah direka oleh Michael Cinco. Busana ini telah menarik perhatian Fashion's Police.
Busana Cinderella ini menarik mata ramai orang ketika red-carpet bagi majlis premium Okja di Palais des Festivals di Cannes, Perancis, pada 19 Mei lalu. Jom lihat busana Ashwarya Rai tahun 2016.
Tahun ini, Ashwarya Rai kelihatan lebih cantik berbanding tahun sebelumnya. Apa-apa pun, artis asia ini cukup menawan dan mampu membuat semua orang ternganga melihat kecantikannya.
Aku rasa baju ini cukup berat dan memerlukan sampai 5 orang untuk memimpin Ashwarya Rai menaiki tangga ini. Anda mampu?









No comments:
Post a Comment