Kalau ikutkan hanya hati ini sahaja yang tahu betapa sakitnya rasa apabila seorang insan akrab yang kau percaya mengambil kesempatan atas kebaikan kau. Terus terang aku tidak dapat menerima walaupun pada hakikatnya, semua orang menyatakan ia cuma hal yang kecil.
Aku sensitif. Aku teliti.
Setiap perkara yang aku rasakan berharga untuk aku kenal pada seseorang akan aku ingat sampai susah untuk aku lupakan. Bila terjadinya hal sedemikian, susah untuk aku move on dan aku terus berfikir. Kadang-kadang timbul persoalan, mengapa perlu aku? Berbaloi kah untuk diratapi? Meratap? Tidak sampai tahap itu, cuma aku rasakan terkilan yang teramat sangat. Tapi tak pelik, hidup dalam kelompok manusia ini sememang nya akan terjadi, drama-drama sebabak yang aku rasakan klise.
Aku akui, aku pendam rasa itu, aku pendam pada keduanya yang selama ini aku cuma anggap sebagai kawan pada dasarnya, tetapi jauh tersemat dalam hati tertulis bisikan sayang yang tidak mampu untuk aku luahkan. Cukup untuk diri aku simpan.
Hatred
Dengan keadaan itu sahaja mmbuatkan aku boleh move on. Tapi hati aku tetap sakit. aku rasakan itu bukan jalannya. Aku harus memberi nilai positif terhadap apa jua perkara yang berlaku dalam drama sebabak ini. Aku seharusnya lebih menghargai orang-orang yang ada di sekeliling aku. Cuma setiap kali itu, memori lama melintas syahdu. satu persatu. tentang kedua-duanya. bagaimana harus aku? berbalik kepada tuhan yang esa. tidak akan Dia tunjukkan kebenaran ini tentang orang-orang yang tidak berlaku jujur. ak perlu kuat, hadapi segala rasa ini, dan teruskan kehidupan.
yang dah jadi biarkan ia terjadi. kerana yang pasti lebih ramai lagi yang akan menyayangi dirimu, teruskan hidupmu dan husnuzon selalu. insyaAllah.


No comments:
Post a Comment