Hai,
Baru-baru ini U Mobile telah melancarkan pelan tanpa had dengan harga RM78 sebulan. Lebih berbaloi apabila anda boleh membuat panggilan tanpa had dan internet tanpa had. Pelan ini juga membawakan ciri hotspot yang dibekalkan sebanyak 10 GB dengan kelajuan 5 Mbps serta kuota 5 GB untuk perantauan. Jadi tak perlu risau sekiranya anda dalam perjalan keluar negara, kerana anda boleh set mod perantauan di 12 negara dengan selamat pada 5GB data sedia ada di dalam pelan.
Rangkaian U Mobile di Johor bahru adalah lebih stabil dan masalah yang dihadapi dengan rangkaian sebelum ini telah selesai. Bagi pengguna telefon bimbit 3G, ia mungkin menjadi satu masalah apabila berada di dalam bangunan. Jadi kepada anda yang masih lagi mencari pelan yang berbaloi, apa tunggu lagi, kunjungi cawangan U Mobile yang terdekat untuk menukar pelan.
Cara-cara menukar pelan kepada U Mobile
Sekiranya anda ingin mengekalkan nombor sedia ada, anda boleh berbuat demikian di cawangan U Mobile untuk porting kepada rangkaian U Mobile. Pendaftaran boleh dibuat dengan membawa kad pengenalan dan bayaran sebanyak RM78 ketika pendaftaran. Anda akan dibekalkan dengan kad sim yang baru, boleh pilih sama ada nano sim atau sim biasa. Proses porting mengambil masa 1-2 hari. Anda akan menerima pesanan ringkas dari pihak telco semasa untuk pengesahan bertukar ke rangkaian U Mobile. Ikuti arahan yang dinyatakan di dalam mesej tersebut dan kad sim baru U Mobile anda boleh dimasukkan apabila rangkaian dari kad sim semasa anda telah dibatalkan.
Jom lihat apa yang lebih berbaloi dengan U Mobile.


No comments:
Post a Comment