Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

May 11, 2017

11H14MIN TRIP| Singapore : From JB to Changi Airport

Hai semua! Assalamualaikum

Baik, untuk kali ini, I just wanna share my experienced taking public transport to Singapore. Pada mulanya trip ini sememangya tidak dirancang. Sebab kebiasaan, mana-mana trip yang aku pergi, paling tidak 2 atau 3 bulan sbelum perjalanan. Memandangkan singapura ni pon tak jauh dari Johor Bahru, tidak la begitu leceh asalkan wang sentiasa cukup.

Ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke Singapore!

Memandangkan aku tinggal di JB, aku tidak perlu kalut untuk booked tiket flight or anything. Just drive and parked at CIQ a.k.a Customs, Immigration and Quarantine Johor. Perjalanan ke Singapore ni, I cuma nak experienced menaiki public transport, jadi, i parked my car di hadapan JB Sentral. Tempat letak kenderaan paling dekat dengan CIQ Johor ni cuma berhadapan dengan KOMTAR JBCC. Tempat letak motosikal di CIQ Johor ni juga turut disediakan. Bayaran parking untuk satu hari adalah sebanyak RM12 sahaja. So, you can parked for 24 hours without hesitation.

Selesai parking, terus menapak menuju ke CIQ Johor. CIQ ni luas, dan tinggi, kena naik banyak escalator. Tapi jangan khuatir segalanya efisien. Pemegang passport Malaysia, kalian boleh terus menuju ke automatic gate utk scan passport menandakan kalian keluar dari Malaysia. Selesai pemeriksaan, boleh terus ke platform terminal bas. Sekiranya kalian punya masalah untuk sebarang hal, polis di bangunan ini ramai, jadi tiada perkara yang perlu dirisaukan.

Di sini, anda akan lihat 2 platform, Platform A dan B. A ni kebanyakan nya bas pekerja yang ambil pekerja untuk dibawa ke singapore. Manakala Platform B untuk bas transit dan bas express. Memandangkan tujuan ak untuk ke changi airport bertemu dgn buddies yang lain, maka ak tros ke platform B. Mencari bas tertera TS1 yang menuju terus ke lapang terbang changi. Untuk ke changi dengan menaiki TS1 ini, bas pertama bermula seawal jam 5 pagi dan trip berikutnya adalah jam 7.30 pagi. Bayaran untuk transit ke Changi Airport adalah sebanyak RM10, anda boleh bayar dalam Ringgit dan SinDollar. Jadi sila datang awal sekiranya anda sedang mengejar waktu penerbangan. Kekerapan bas ke airport adalah sangat limited, jadi rancang perjalanan anda sebaiknya.

Bas TS1 akan membawa anda masuk ke Singapore melalui first link dan anda perlu mendaftar masuk ke Singapore di CIQ Woodlands. Sekiranya anda sudah mendapatkan tiket bas TS1 tadi, selesai urusan imigresen dan semakan, terus turun ke coaches waiting area untuk mendapatkan bas TS1 yang anda naiki. Bas mungkin agak  lambat disebabkan kaunter di atas jalan raya cuma ada 3 buah sahaja, jadi pergerakan bas jadi lambat. Keep waiting. Tapi, sewaktu aku di CIQ ni, insiden yang tak diingini berlaku. 

Perjalanan untuk ke changi mengambil masa lebih kurang 30 minit, sebelum tiba di Changi Airport, pastikan anda tahu di terminal mana untuk anda turun. Aku turun di Terminal 1 untuk arrival hall. Buddies dah menanti. Jom ke checkpoint pertama! (https://www.cichaz.com/2016/01/johor-bahru-menuju-changi-airport-dengan-bis/) Boleh baca entry sahabat dari Indonesia ini untuk cerita lebih menarik,

Stay tuned, will update my budget trip to Singapore and the incident happened later in my next entry! Anyway, check out my IG on the left side of this blog, ada jugak pic ke Singapore baru-baru ini. Bye! Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment