Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Feb 19, 2013

Sad February

ASSALAMUALAIKUM

Hari neh da masuk hari kedua aku dalam sem kedua kat kampus neh. Bila da berehat sebulan lebih kat rumah tuh, terasalah sikit penatnya. Hape tak nye kaw, duk rumah memang jarang nak keluar rumah, duduk rumah, kalau tak setiap minit ke dapur, memang tak sah. Dalam otak tuh fikir makan saja. Ade je idea nak masak ape. Heehee. Lain lah korang-korang yang tak suka memasak bebagai neh. Sekarang, terasa badan neh naek sikit. Sikit je tau, jangan nak gebang sangat kata aku neh gemuk bebagai. Sepak laju-laju nanti~
ari tuh ade da sorg tegur. sedang asyik berjalan menuju ke jejantas, terserempak lah dgn sorang budak neh. dr jauh tersenyum je. 

awat pulak budak neh tersenyum semacam jer. sambil tengok pakaian aku, takut ade yg tak kena ke, zip tak tutup ker. jangan buat pasal kaw. so, aku senyum lah balik pd dia. selisih je dengan dye...

"uish, kaw, nampak berisi sekarang" 

oh no, kuat pulak tuh. senyum je lah, tanpa berkata apa-apa. seb baek aku ade kelas pg tuh, terpaksa lah rushing sikit. kalu tidak... tak tahu apa jadi pada dia.. mahu kena sembur dgn aku..Sambil duduk dalam bas, termenung sekejap, tengok jam, "homai, baru jam 9, kalu kat rumah neh, masih lg terbongkang atas katil" 

FLASHBACK 2 HARI LEPAS.

Sebelum aku balik sini, ibu kena tahan di wad, gara-gara denggi. Tak sangka pulak ibu salah seorang mangsanya. dah nak kena, apa boleh buat.. Terasa lah kesunyian duduk kat rumah. seb bek adek-adek aku tak sekolah. cuti CNY lagi. kalu depa tak dak, memang mati kebosanan lah aku, tak taw nak wat apa. selalu ibu jadi peneman aku berborak. bila ibu tak ada, sunyi lah. waktu ibu di hospital, ade lah 2-3 kali datang melawat. hospital, apa lah sangat. terasa bosan jugak. tak ada benda lain yg menarik selain pesakit, nurse, doktor, dan pelawat. itu saja. kebetulan, depan katil ibu, unty aku punya mak mertua dia sakit. so dapat lah jumpa dia setelah sekian lama tak ketemu. anak dia lah jadi peneman aku kat situ. melayan karenah budak2 kecik neh seronok jugak. lagipun aku suka dgn budak2. In syaa Allah, nnti, anak2 aku pon, aku layan cenggitu jugak.. heheheh



sebelum balik hari tu, terasa sebak yg amat. biasanya, ibu teman pergi terminal. tapi hari tu terpaksa tinggalkan ibu di hospital. sedih. sebelum pergi tu, salam dengan ibu, peluk cium semua ada, nak mengalir dah air mata neh. tapi masih lagi bertahan. padahal dalam hati neh menjerit-jerit tak nak balik penang lagi. tapi hidup perlu diteruskan. gitew.

anyway, sesampai di terminal, tertulis "IN CONSTRUCTION" semua platform tutup. rupanya depa berpindah di depan stadium. sangat sesak. Bas Konsort kalu ke penang semua malam-malam. memang tak akan jumpa siang2 hari. naik je, sit no 3, hamek kaw, depan sekali, betul2 belakang driver. itulah padahnya bila beli tiket lambat sangat, noks. sambil duduk atas bas tuh, memikirkan perjalanan 8 jam yang begitu panjang, sakit pinggang aku dibuatnya, aku masih lagi terasa sebak meninggalkan ibu di hospital. even, sekarang tengah tulis entry neh pon, masih lg sebak.. tak tahu lah kenapa~ 

tetiba ade sorang mamat neh duk cuit aku, 

"dik boleh tak tukar sit" hah? tukar sit? tak maw lah aku, dah elok2 letak barang bebagai neh, gitar aku pun ulok je duduk sebelh tingkap tuh, nak tukar tempat lain? No!!

"Tukar sit? Abang duduk mana?"

"Bukan saya, isteri saya. Sit sebelah neh lah." 

"urmm...."

dengan muka ragu-ragu nak bertukar sit, aku diam jelah. Hai, tak percayakan aku ker. Muka aku neh da habes baik da,. takkan lah aku nak wat jahat pd bini dia tuh. sayang benor pd bini dye tuh. heehee, tergelak kecil aku dibuatnya.

last2 dapat jugak dia duduk di satu sit kosong kat belakang tuh, jadinya, sebelah aku tuh tade org duduk, yay! suke.. asal plan memang nak single sit, malangnya da habis waktu beli tiket tuh. Dah jadi cenggini, rezeki aku lah. Alhamdulillah. bukan ape, bekal kfc snack plate da bawak naek, kalu ade org sebelah, takkan nak melantak sensorang kot. paling tak pon kena ajak dia jugak makan sekali. 

naek bas memalam neh best jugak, sedar2 je dah sampai, walaupun tidur tak berapa lena... tp, hari tuh laju giler bas. besenya 8 jam baru sampai. ini, 7 jam jer. memang laju gila lah. tak terasa lajunya bas tuh kalu memasing sedang lena diulik mimpi. sesampai jer terminal sungai nibong, dalam keadaan mamai lagi, trun dari bas. pemandu teksi memnuhi segenap ruang jalan tuh. duk tanya "nak pi mana, nak pi mana... "

Asal plan nak tunggu kawan se-MRSM tuh, bas kami lain2. jadi terpaksa lah pergi dulu, memandangkan bas yg dya naik tuh lewat 45 minit dr aku. so, pulanglah aku ke usm pd jam 4.30 pagi. memikirkan di mana nak bermalam sebab rumate masih belum balik dan ofis buka jam 8.30 pg untuk ambik kunci. Tak pikir panjang, terus menghala ke surau hostel. nak ketuk bilik org time tuh, memang tak lah kan, semua masih tido.. penatlah sikit ke hulur hilir. 

petang tuh pi Tesco beli groceries. memacam aku ambik, stok makanan pon banyak,. tak pernah2 aku beli banyak2 cenggitu. hahahah. malamnya pulak, sibuk mengemas barang2 dlm store tuh. Banyak giler. tp aku tak keluarkan semua. mana yg betol2 nak guna je dibawa keluar. baru sedar byk unwanted things dlm kotak tuh. tp sayang nak buang. ni masalahnya... aduhai..

hari tuh jugaklah, kami dapat esainmen studio.. POSTER!!



HARI INI

Semalam tidur punyalah awal, penat sangat, seharian kaw. Rumet pi khalel melepak, dan time tuh lah masa sesuai utk aku tidur. kepenatan. Hari neh kelas jam 10 pg. heaven kaw tidur semalam. sedar2 kul 7.56. subuh pon terlepas. qada' lah jawabanye.. tak teringat lgsung nk set alarm nk bangun. penat sampai terlena teruih!

so, first lecture today awesome. lecturer baru, tak pernah nampak. DR Cheah namanya. He seem, junior lecture kowt. but ok lah, not too bored. 49 minit terakhir, dia pasang video dokumentari construction. asyik jugaklah menonton. dalam pada tuh, excited mendonlod game bridge construction. cam kena jer dgn sbjek tuh. hehehehe.

harap-harap semester ni bawak tuah pada aku. macam2 azam da terpahat dalam nota hati neh. mintak2 menjadi lah. In syaa Allah~



No comments:

Post a Comment