Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Jan 21, 2013

'Day Eighteen' Makin Panas!

Assalamualaikum
Kisah 'Day Eighteen' sekarang dah makin hot kaw! Kalah gossip artis. Trending #uitmLendu #prayforlendu da makin hangat disebut-sebut dalam twitter. Segala cerita berkaitan misteri UiTM Lendu menjadi topik hangat di blog2. Yang menjadi makin real nya, ada pulak gambar panas yang dikatakan hantu mak yong. Seriau aku dengau! Bagi aku, semua tempat ada kisah misteri. Not just UiTM Lendu jer, universiti lain pun ada. Tipu la kalau takde. Jin dan Syaitan neh pon makhluk Dia juga. Cuma apa yang berbezanya cara gangguan yg 'depa' duk buat. samada halus mahupun kasaq!

Ni keratan Sinar Harian..

Akui pernah berlaku histeria- Jan 20, 2013 Edisi, Sinar Harian

Walaupun cerita mengenai wujud hantu di UiTM Lendu sedang hangat diperkatakan, namun bagi pelajar universiti berkenaan, kebanyakan pelajar tidak mengambil kisah mengenai perkara itu.

Walaupun mereka akui pernah berlaku kejadian histeria di kampus berkenaan dan adakalanya mereka risau dan takut, namun setakat ini belum ke tahap membimbangkan seperti mana dilaporkan dalam laman siber.

Seorang pelajar yang hanya dikenali sebagai Nurul Amalina, 20, berkata, walaupun terdapat dalam laman blog, Twitter dan Facebook mengenai kewujudan hantu di UiTM Lendu, namun ia masih boleh dipertikaikan.

“Saya sendiri tidak pasti akan kesahihannya. Bagaimanapun, memang ada pelajar yang balik ke rumah mereka kerana takut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kampus berkenaan, semalam.

Menurut pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media itu, gangguan histeria berlaku di kalangan pelajar sebelum ini mungkin disebabkan teka-nan dihadapi atau lemah dari segi kerohanian.

Bagaimanapun, seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 20, berkata, kejadian histeria tidak mustahil boleh berlaku di mana-mana saja.

Sebagai pelajar, katanya, aspek ibadah dan rohaniah perlu mantap bagi memastikan pelajar tidak lemah semangat berhadapan pelbagai bebanan tugas sebagai seorang pelajar.
“Memang benar perkara ini kecoh diperkatakan kini. Saya rasa rakan-rakan perlu berhati-hati," katanya.


Gambar Panas~~Hantu Mak Yong (dalam bulatan merah)
Tapi sekarang neh, da ramai individu yang tak berpuas hati dan mengatakan kisah 'Day Eighteen' sekadar mencari populariti blog org tuh. Hurm, aku tak taw la kan, atas korang lah nak pikir camna. Mungkin niat blogger tuh sekadar ingin berkongsi jer, well, blog katakan. Biasa la tuh. Kalau di salah tafsirkan, memang la banyak perkara negatif. Cuba kaw pikir positif. Kan bagus. Jangan nak serabutkan kepala otak kaw jer. Stress nanti. geetooh. Tapi setelah ramai org yg tak puas hati, blogger tuh pun buat kenyataan maaf dalam entri 'Day Nineteen'. Jangan salahkan dia, kadang2 kisah cenggini memang la buat kita insist nak tahu dan share.


Kes Rasuk UITM Lendu, Penulis Blog Buka Mulut-Jan 20, 2013, Mynewshub

Terbaru, menerusi blog yang sama, penulis blog itu yang dikenali sebagai Ruzana telah menerangkan sesuatu mengenai kejadian yang diceritakan dalam tulisannya.

Kata Ruzana, dia tidak bermaksud ingin menggembar-gemburkan kisah yang berlaku di sana hinggakan menjadi satu cerita yang utama di semua tempat dan waktu.

Jujur dari hati Ruzana, dia hanyalah menulis kisah itu berdasarkan pengalamannya yang menuntut di sana dan menetap di salah satu blog asrama pelajar.

Selain itu, Ruzana juga menegaskan penulisannya itu hanyalah sekadar ingin berkingsi dengan teman-teman rapatnya dan bukanlah mahu meraih populariti dengan sengaja.

Mengenai kisah pukau, mencuri dan ada pelajar yang terbang bukanlah cerita yang dialaminya, sebaliknya cerita itu hanyalah didengar dari pihak-pihak tertentu.

Kecuali, kisah rasuk yang Ruzana ceritakan adalah perkara yang benar yang sememangnya berlaku betul-betul di depan matanya.

Ruzana turut memaklumkan dia tidak langsung mempunyai niat untuk memburukkan imej UiTM sendiri dan sekali lagi memberitahu tulisan itu hanyalah perkongsian dengan pembaca mengenai kisah yang terjadi dalam hidupnya......... KLIK SINI  untuk ke blog tuh

No comments:

Post a Comment