Ikut hati binasa, ikut kawan neraka!
tapi 'JANGAN LUPA TUHAN'
Jarum jam kini tidak kelihatan dari satu detik ke satu detik, segalanya samar-samar, dan apabila sedar, ia sudahpun melangkaui satu jangka hayat yang amat panjang. 21 tahun, hidup dengan satu perkataan yang aku sendiri faham hanya pada penulisannya. Berbicara tentangnya mengimbau pelbagai kenangan, pahit manis, kelat , tawar, segalanya berkisar tentang kehidupan yang beralih arus dari tahap umur yang semakin meningkat tua.
'SAHABAT'
21 tahun meniti hidup, belom pernah ada satu yang hinggap. Ada yang hinggap, tapi tak kekal lama, berlalu pergi meninggalkan diri ini dengan sisa-sisa habuk yang hanya tunggu masa untuk disedut oleh mesin hampagas. Perginya bagaikan rama-rama, madu diambil, dan ditinggalkan bila tiba masanya penuh. Segalanya tak kekal, berkali-kali ia terjadi. Dan kini aku semakin takut untuk kehilangan mereka-mereka yang kini hinggap dalam setiap memori. Tercatitnya nama mereka bagaikan satu anugerah yang besar buat diri aku. Kalau boleh direkodkan setiap saat bersama, aku pasti lakukan. Gelak tawa riang seperti ini pasti kekal dalam memori dan tidak sesekali akan terkikis dari storan minda aku selagi blom amnesia.
Note::. Jikalau boleh aku hentikan masa, ingin saja aku hidup bersama mereka buat selamanya.










No comments:
Post a Comment