Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Jan 23, 2013

Coretan buat peneman hatiku

Buat bakal peneman hodupku, aku tidak mengharapkan apapun, sedangkan Allah adalah sebaik-baik perancang. Tetapi aku cuma harapkan kamu menjadi seorang yang solehah. Bukanlah bermaksud perfect tetapi aku idamkan seorang wanita yang solehah menjadi peneman hidup, yang bertudung labuh tanda kamu taat pada Tuhan kamu, yang sederhana di mata manusia, atau setidak – tidaknya kamu mempunyai keinginan dan mahu menjadi wanita solehah. Sesungguhnya tiada siapa di dunia ini perfect. Di saat aku sunyi dan kecewa, kamu menjadi peneman suka duka kehidupan aku dan mengingatkan aku tentang kasih sayang Allah, itu sudah cukup membahagiakan bagi aku. Sesungguhnya wanita solehah itu sebaik – baik hiasan di dunia.

Kamu, aku bukan seorang yang sempurna, memang terlalu banyak kelemahan dlm diriku. Ilmu di dada tidaklah setinggi mana, akhlak juga tidaklah seindah mana. Namun, aku ingin berubah setiap saat. Setiap detik diri ini juga cuba berubah, aku cuba untuk memperbaiki diri ini. Aku ingin menjadi seorang suami yang dapat menjaga kamu dengan baik, dapat bahagiakan kamu dengan seadanya. Aku mahu kita bersama – sama melangkah kesyurgaNya bukan ke nerakaNya.

Buat bakal zaujahku, aku sedar siapa diriku, bukan seorang yang menjadi idaman wanita-wanita, tetapi ku cuma mahukan kamu menjadi peneman hidup dalam membina sebuah keluarga muslim yang mengamalkan Islam dalam kehidupan. Baitulmuslim itulah tujuanku, Sesungguhnya Allah hanya meredhai Islam sebagai cara hidup. Jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup kita, pasti kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Buat kamu, aku harap apabila kita sudah menjadi suami isteri, kita sama-sama mempertingkatkan amal di samping saling nasihat-menasihati untuk kebaikan dan kesabaran agar kita ini tergolong dalam orang-orang mukmin. Alangkah indahnya saat itu apabila kita ke kuliah bersama, ke surau bersama, dan di saat itu baru kita rasa dating halal yang Allah redha. sweet kan saat itu ?

Akhir sekali.. aku berharap kamu bersedia untuk menjadi zaujah ku, dan menerima diri ini seadanya. InsyaAllah.. Dalam masa sebelum kita melangsungkan perkahwinan, akan ku cuba berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorang suami. Aku juga harap kamu dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak kita yang baik. Moga Allah satukan hati kita dalam redhaNya. Amiin..

Semua orang mahukan yang terbaik dan yakinlah apa yang Allah anugerahkan untuk kita itulah yang terbaeeek

No comments:

Post a Comment