Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Feb 13, 2013

Ku Temui Jalannya 1


"Allahu Akbar.... Allahu Akbar" azan bergema di seluruh kota Madinah. Bunyi azan menandakan masuknya waktu solat  memenuhkan segala ruang di masjid, menyembahkan diri kepada Yang Maha Esa. Ina berjalan kecil ke masjid selepas menziarahi kubur ayahandanya. Semangatnya masih berkobar-kobar, memenangi kes yang buat julung-julung kalinya diuruskan sendiri selepas berhenti bekerja dari sebuah firma guaman adalah hasratnya. Pendirian yang teguh terhadap kebenaran menjadi pegangan bagi seorang peguam wanita sepertinya. Walaupun dilihat lemah bagi sesetengah individu, itu tidak mematahkan semangatnya utk menang dalam kes tersebut.

"Ayah, hasrat ayah akan Ina capai. Hari ini, Ina akan memulakan kes pertama Ina. Ya Allah, ku tadahkan doa kepadaMu, memohon berkat dan kekuatan dalam kes pertamaku ini." hatinya berdesus selangkah kakinya menjejakkan ke dalam Balai Polis. Membawa sebuah beg hitam serta berpakaian putih dan formal, menunjukkan keyakinannya terhadap kes pertamanya.

"680" tercatat nombor tersebut pada kertas yang dibawanya. Banyak persoalan bermain di minda yang ingin ditanyakan kepada individu ini.

Mata-mata yang berada di Balai Polis itu mula beralih kepada Ina. Mungkin, terasa kehangatan di situ apabila kes ini merupakan kes pertamanya. Dengan penuh debaran, kakinya melangkah setapak demi setapak.

"Assalamualaikum, Encik. Saya Humaira Elena. Peguambela banduan 680."

"Waalaikumsalam, ha Cik Humaira, duduklah! Sebelum itu isikan borang ini." jawab Pegawai Polis yang bertugas di situ. Sepertinya, pegawai tersebut memandang sinis padanya. Tiba-tiba dia bersuara.

"Sekarang memang sudah jadi trend atau apa, bila perempuan kini melakukan kerja lelaki?" Ina terpaku mendengar ayat tersebut. Pen yang digunakan tergenggam kemas, menahan kemarahan. Ina memekakkan telinga kerana dia tahu, peguam wanita sepertinya sering dipandang rendah.

"Baiklah, sudah siap. Boleh saya berjumpa dengan tahanan tu?" Ina masih tersenyum walaupun dalam hatinya membara kemarahan.

"Sudah tentu, mari, saya tunjukkan sel nya." pegawai tadi membawa Ina ke sel 680 itu. Mata pegawai tersebut tidak habis-habis dikerlingkan kepadanya. Ini membuatkan Ina tidak berasa selesa. Rimas.

Satu demi satu sel tahanan dilihatnya. Langkah terhenti apabila sel tersebut berada di hujung bangunan. Berada di dalam kurungan sememangnya bukan kehendaknya. Terlihat nombor 680 tertera pada baju berwarna oren yang dipakai oleh banduan itu sedang duduk dalam tahiyyat akhir, memberi salam ke kanan dan ke kiri menandakan selesai sudah solatnya.

Amier El-Hazieq, warganegara Madinah yang telah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, telah diklasifikasikan sebagai kes yang serius dan memberi impak kepada global. Namun kebenarannya diragui apabila Ina berasa sangsi terhadap banduan itu yang menyepikan dirinya selama 22 tahun di penjara Malaysia. Mengapa?

"Cik Humaira? Cik Humaira...?!" Lamunan Humaira Elena terhenti dengan panggilan pegawai polis itu.

"Berbaloi ke Cik Humaira nak berbual dengan dia? Selama 22 tahun dia menyepi dan tidak bersuara." kata pegawai tersebut. Ina hanya mendiamkan diri dan yakin dengan kehendak tuhan.

"Hey banduan 680, ini peguambela kau. Hari ini peluang bagi kau untuk bebaskan diri kau dr sel ini. Cik Humaira akan bantu kau!" jerit pegawai polis itu.
"Heyy, kau dengar tak?!" jeritnya lagi sambil mengetuk kayu chotta pada besi sel.

"Buka sel." kata Ina dengan perlahan.

"Saya ingin bercakap dengannya sendiri."

"Baiklah, dengan segala hormatnya Cik Humaira ELena..." jelas sekali ayat sindiran dilemparkan dalam madah katanya. Pintu sel dibuka. Perasaan kekok itu pasti ada. Tidak tahu bagaimana harus dia mulakan.

~~hatinya berdegup kencang, hanya Allah saja yang tahu. First Case barangkali. Namun, segalanya masih lagi bernoktah. belum ada bual bicara dimulakan. siapa harus mulakan dulu, dia ataupun Ina?

No comments:

Post a Comment