Aku tahu kau masih di situ,
bersama detik-detik indah,
kita lalui bersama.
Gelak tawamu, senyumanmu,
tidak lepas dari mainan minda ku,
segalanya berlalu begitu cepat,
bagaikan malam menanti siang,
tanpa ku sedari, ia pudar..
Aku tahu kau masih di situ,
bersama kenangan yg pernah kita reka,
segalanya bagaikan lukisan,
yang penuh dengan warna warni,
menceriakan segala saat indah..
Aku tahu kau masih di situ,
menantikan aku dalam dakapanmu,
Bersabarlah wahai sayangku,
kerana takdir menyatukan kita,
pejamlah mata mu,
yakinilah bahawa kau milikku.
Diciptakan untukku menjadi pelengkap hidup bersama.


No comments:
Post a Comment