Alhamdulillah bersyukur la kita masih hidup di bumi Allah dalam keadaan serba cukup dan sempurna. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk umatnya.
Assalamualaikum semua, alhamdulillah dah hampir sebulan aqim bercuti dan maaf kepada semua pengikut belog Amier Qadri yang tidak berpeluanag untuk membaca post terbaru dari Aqim. Jadi bagaimana sekarang. Apakah korunk semua hepy? Dan kepada penganggur terhormat matrikulasi,, jangan asyik petik anggur je kat belakang rumah.. heehee. Mesti ade yang da kerja kan. Dapat gaji tu share2 la sikit nan member2. Tak salah untuk bersedekah walhal dapat menambah rezeki anda. InsyaAllah.
Keputusan exam matrikulasi da pun keluar baru-baru ini kan. Hurm, bagaimana? SO, Aqim nak ucapkan Sekalung ucapan tahniah kepada semua yang telah berjaya mendapatkan pointer yang membanggakan.
Kepada yang tak dapat tu, jangan kecik hati pulak, berkalung-kalung tahniah aqim ucapkan pada korunk kerana berjaya menamatkan program matrikulasi. Bersyukurlah anda kepada Allah s.w.t dengan apa diberikan olehNya. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan jangan cepat berputus asa. Masih panjang lagi hidup anda untuk mengecapi kejayaan. Mungkin kejayaan tidak menyebelahi anda di matrikulasi tapi mungkin di Universiti nanti ada.
Dan sekarang apa yang perlu anda lakukan? Jangan buang masa lagi, kemaskini Borang UPU anda sekarang dan jangan lupe IMASCU supaya tak salah pilih program. Kebanyakan pelajar dilelong disebabkan salah pilih course yang sememangnya tak layak untuk anda. InsyaAllah, anda akan dapat kos yang anda inginkan sekiranya you are in the right track..



No comments:
Post a Comment