Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

May 7, 2012

Dendam-Leraikan dengan Kemaafan

Dendam....suka untuk aqim kongsikan bersama anda tentang dendam. Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru, ditanyakan kepada beliau mengenai perasaannya terhadap bekas penjajah berkenaan.

"Apakah kamu tidak pernah berdendam dengan British setelah apa yang dilakukan mereka terhadap kamu sepanjang dijajah suatu ketika dahulu?"

Beliau kemudian menjawab, "Sepanjang kami berjuang bersama Mahatma Gandhi, ada 2 perkar yang kami belajar daripada beliau. Pertama, jangan takut kepada orang. Manakla yang kedua adalah jangan benci kepada orang."

Ini menunjukkan bahawa Nehru tidak menyimpan dendam bahkan pengajaran pula yang diambil. Memaafkan kesalahan orang lain memang susah untuk kita lakukan. Mungkin dalam hati anda pernah berkata, 'aku bukan sebaik nabi'. Apatah lagi sekiranya kesalahan yang dilakukan telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan.

Ada anak yang menderita apabila ibubapa mereka bercerai. Ada majikan pernah di ambang kemusnahan gara-gara pekerja yang culas.

Namun tanpa disedari semua musibah itu adalah ujian yang Allah s.w.t titipkan dalam hati manusia. Bagi yang beriman, pasti mengharapkan pahala daripada ilahi. ketika masing-masing berjuang agar ujian itu berjaya dilalui.

"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas). Dan (jika kamu hendak membalas  maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya. Dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlaku zalim." Surah asy-Syura: 39-40




No comments:

Post a Comment