Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

May 7, 2012

Allah never forget us

" Walau sejahat mana saya, walau sebanyak mana saya lupakanNya, tetapi Allah tidak pernah lupakan saya...." Bait kata-kata ini adalah penguat kepada aku untuk terus bersyukur dan menyembah Maha Esa. Benar. Allah tidak pernah tingglakan kita. Di hujung lewat doa, bukankah Allah telah berjanji bahawa Dia pasti akan mengabulkan doa kita yang bermunajat kepadaNYa? Namun kitalah yang sering meninggalkan Dia.

Allah Maha Mengetahui seluruh jiwa hambaNya. Jika ujian yang diberikan kepada kita, itulah tanda kasih dan sayang Allah kepada kita. Selalunya Ketika susah kita ingat kepada Allah dan menyebut namaNya. Sewaktu senang, kta mudah lupakan Dia sedangkan Allah tidak pernah lupakan kita. Hidayah milik Allah. Tiada siapa yang mamou mengahalang andai Dia mahu memberikan kepada yang diingini. Begitu juga, Dia mampu menariknya kepmbali tanpa dapat sesiapa menghalangi.

Seorang ayah yang beriman tidak mampu mewarisi imannya kepada seorang anak. Bukan kerja kita untuk menentukannya. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa melaksanakannya. Hidup ini perlukan bimbinganNya.

Tanda kasih sayang Allah kepada kita
taken @kolej matrikulasi pahang
Kasih sayang Allah s.w.t juga tidak pernah dapat dihitung. Namun kita pula sering tidak dapat menyedarinya. Apabila Allah s.w.t mencintai seseorang mukmin, akan dikhabarkan kepada malaikat Jibril bahawa Dia cinta kepada hambaNya. Lantas, malaikat Jibril akan mengkhabarkan kepada seluruh penghuni langit agar mencintai hamba berkenaan. Hakikat itu, ditegaskan di dalam sebuah hadis;

"daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: " Jikalau Allah itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan memberitahu bahawa Allah mencintai si fulan, maka cintailah si fulan itu (wahai Jibril). Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang seluruh penghuni langit dan memberitahu bahawa Allah mencintai si fulan, maka cintailah si fulan itu. Para penghuni langit pun mencintainya. Setelah itu, diletakkan kecintaan padanya di kalangan penghuni bumi." HR Muttafaq 'Alaih

No comments:

Post a Comment