Carousel
May 2, 2012
Coretan Adam
Dicatat oleh
Amier Qadri
Assalamualaikum,
untuk bonda, calon isteriku
tangan ini mahu menulis sesuatu tentang apa yang ada di lubuk hatiku.
aku mulai tertanya-tanya apakah aku sudah seharusnya mulai mencari sebahgian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai nafsu tetapi
atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Seringkali aku mendengar ungkapan "Kau Tercipta untukku."
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya maksud kalimat itu kerana diliputi oleh hawa nafsu. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepaa diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada suatu
hari nanti aku harus mengambil satu tanggungjawab yang memang diciptakan khusus untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual, dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.
Aku mahu pada pertemuan kita yang pertama aku kelihatan sempurna di hadapanmu meskipun pada hakikatnya masih banyak lagi kelemahan pada diriku ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku wujudkan ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membatasi hubuungan pembicarqaan dengan wanita lain yang hanya dalam lingkungan urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya
kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahgaian daripadaku dan hakmu mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.
apabila aku memakai kopiah, aku disangka ustaz. Apabila aku memakai jubah, aku disangka syeikh. lidahku mengajak manusia ke amar makruf disangka da'i. bukan itu yang akun pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. yang aku takuti, diriku mulai didekati wanita kerana paras rupaku dan perwatakanku. baik yang indah berjilbab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. aku risau imanku akan lemah. diriku tidak dapat menahan fitnah ini, Rasulullah pernah bersabda, "aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."
jiwa remajaku ini mulai mencari cintanya dan kehadiran seorang wanita amat didambakan.setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi disini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku di samping aku mengajukan sendiri doa melindungi diri.
Bukan harta, rupa paras dan keturunan yang aku lihat dalam mecari dirimu. cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. ketika di mana aku akan melamarmu, akakn kulihat wajahmu sekilas agar tercipta kerserasian di antara kita kerana itu pesan Nabi kita. tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah bak delima tetapi cukuplah cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.
"Nikahilah wanita kerana empat perkara, keturunannya, hartanya, rupanya dan agamanya. Dan jika kamu memilih Agama engkau tidak akan menyesal."
Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan kujaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan kujadikan syara' sebagai pembats diri kita. Akan kujadikan Akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikut amalan nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan pernikahan yang menjanjikan ketengan jiwa, ketenteraman hati dan kedamian batin. doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
Hari ini aneh buat aqim apabila aqim sekarang mula berfikir tentang perkahwinan yang pada dasarnya memang lambat lagi waktunya... Nikah yang sebenar yang akim harapkan adalah nikah khitbah yang menjanjikan pasangan itu untk berumah tangga dalam tempoh yang ditetapkan. Aqim sendiri tidak memahami apakah perasaan yang sedang melanda hakim sekarang. I'm not saying that family is de obstacle to all this probs. But i definitely sure that my mom will not agree with it and somehow 30% of it i agree with. There will be a lot of probs rather than happiness when marrying in young age. but islam encourage us to get nikah if could not control the relationship. daripada couple tah pape, better u get marry. Apa yang mampu akim katakan adalah niat aqim untuk bersama si dia tidak lain is just nikah. its not a bad thing pun kan. Tetapi aqim belum pasti samada parent aqim akan bersetuju dengan tindakan ini atau tidak. Aqim hanya mampu berdoa agar dibuka pintu hati my parent utk terus menyokong aqim dalam apa sahaja tindakan aqim, coz we dun know what will happen next in our life. apa yang aqim harus lakukan sekarang adalah mempersiapkan diri dari segala aspek....
di
7:41 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment