Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Aug 6, 2012

Semakan WPP Kemasukan IPTA 2012


Wang Pendahuluan Pembiayaan merupakan sebahagian daripada jumlah pembiayaan pendidikan yang diberikan lebih awal untuk persiapan pelajar sebelum mendaftar masuk ke IPT. Pelajar juga perlu memohon pembiayaan pendidikan PTPTN dan pemotongan terus WPP daripada pembiayaan pendidikan akan dibuat secara automatik pada semester yang sama atau semester berikutnya.

Syarat-Syarat Pemberian WPP

a) Pendapatan keluarga tidak melebihi RM4,000.
b) Pelajar ditawarkan pengajian di IPTA dan Politeknik.
c) Pelajar tidak pernah menunaikan WPP sebelum ini.
d) Pelajar tidak pernah menerima pembiayaan pendidikan PTPTN.



Sekiranya anda menolak tawaran ke IPT, WPP tidak perlu ditunaikan. Tetapi jika WPP tersebut telah ditunaikan, anda dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh 7 bulan daripada tarikh waran.

Pemberian WPP hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di IPTA dan Politeknik sahaja.

Untuk mendapatkan WPP, bagi kemasukan ke IPTA mulai Sesi Akademik 2011/ 2012, anda perlu mengisi borang permohonan kemasukan ke IPT melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (http://upu.mohe.gov.my). Sila tandakan Ya di segmen G: LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN berkenaan persetujuan untuk menerima WPP bagi membenarkan proses semakan dan penawaran WPP dilakukan oleh PTPTN kepada pelajar-pelajar yang layak.

Semakan tawaran WPP boleh dibuat mulai 14 Mei 2012 di sini – 

Kelayakan bagi memohon pembiayaan pendidikan PTPTN
-Warganegara Malaysia.
-Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon.
-Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; atau
-Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti yang mendapat -tawaran pengajian ke peringkat Diploma Politeknik sahaja atau pelajar lepasan Diploma Politeknik yang --mendapat tawaran pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di IPTA atau IPTS.
-Bagi pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran -daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/ IPTS)/ Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, --Kementerian Pengajian Tinggi.
-Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
-Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (v) dan (vi), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan.
-Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari 1 tahun.
-Tiada penaja lain.
-Pelajar perlu mempunyai akaun simpanan SSPN sebelum membuat permohonan.



http://eform.ptptn.gov.my/wpp/semakan-wpp-sept2.cfm

No comments:

Post a Comment