Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Aug 2, 2012

Cukur Corak Kepala...Apa hukumnya?


Salam! Nowadays, aqim rajin untuk blogwalking aje. Then, ternampak satu fakta Islam menarik perhatian. Kenapa dikatakan menarik, sebab sudah terlalu ramai yang membuat perkara demikian dan dijadikan sebagai satu fesyen masa kini. Korang buat tu korang tau tak hukumnya apa? 

Listen here boys, memang la lawa toreh sana sini rambut tuh, tapi hakikat sebenarnya dalam islam adalah makruh (based on ulama). Before that, torehan/cukur kepala mengikut fesyen tuh dipanggil QAZA'. Mai tengok kat bawah neyh ape ke benda yang dimaksudkan dengan Qaza' neyh...yedak??

Definasi qaza seperti kata Imam Nawawi:
القزع حلق بعض الرأس مطلقا وهو الأصح
Qaza’ ialah mencukur sebahagian kepala.


Hukum Qaza’
ULAMA TELAH BERSEPAKAT MENYATAKAN MAKRUH QAZA’

Imam Nawawi menyebut dalam kitab al-Minhaj (syarh sahih Muslim):
وأجمعوا على كراهة القزع إذا كان في مواضع متفرقة إلا أن يكون لمداواة وهي كراهة تنزيه

Sepakat ulama bahawa makruh QAza’ sekiranya cukur dibeberapa tempat dan dikecualikan sekiranya untuk tujuan perubatan. Maksud makruh disini ialah makruh yang biasa (bukan makruh tahrim)

Sesungguhnya Nabi saw melihat seorang budak mencukur sebahagian kepalanya dan membuiarkan sebahagian yg lain. Nabi saw menegahnya dan berkata “ Hendaklah kamu mencukur semuanya atau membiarkan semuanya.”

PENTING

1. Ulama berkata larangan ini tidak haram kerana termasuk dalam bab adab.
2. Dibolehkan qaza’ untuk tujuan perubatan seperti yg disebut oleh imam Nawawi
3. menggunting dan menipiskan tepi tidak termasuk dalam larangan.
4. Berdosa mengeluarkan hukum haram qaza’ sekiranya dia bukan ulama yg mujtahid (seperti tersebar dalam fb)

Klik Di Sini untuk tahu lebih lanjut tentang mazhab ulama.
Sumber : http://darulilmi.org/2012/06/16/hukum-qaza-mencukur-sebahagian-kepala/


No comments:

Post a Comment