Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Beruntunglah mahasiswa/i kemasukan September tahun ini kerana berpeluang untuk menikmati KDS1M. KDS1M telah dilancarkan bagi meringankan beban lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara
Ia diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas
Turut diberikan kepada penuntut institut latihan perguruan (IPG), politeknik, Maktab Kerjasama Malaysia dan Institut Latihan Perindustrian
Mahasiswa yang akan menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bakal menikmati diskaun produk sehingga 60 peratus. Namun diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian
Mula diedar melalui institusi pengajian tinggi masing-masing ketika pendaftaran mahasiswa baharu dan kemasukan semester baharu pada September 2012. Difahamkan, bagi mahasiswa tahun akhir, mereka akan menerima kad berkenaan secepat mungkin supaya mereka tidak terlepas daripada menikmati kemudahan itu



No comments:
Post a Comment