Barai
Terpanggil untuk menulis entri tentang isu rumah sewa yang selalu dimuat naik dalam media sosial apabila penyewa membuat onar terhadap rumah yang mereka duduki. Aku sendiri tak faham, apa masalah untuk kalian duduk dalam sebuah rumah yang masing-masing boleh jaga kebersihan.
Pemilik rumah tersebut @AidaSue meluahkan rasa kecewa di twitter apabila penyewa PEREMPUAN meninggalkan rumah dalam keadaan barai. Ramai yang memberi respon terhadap isu ini dan aku sendiri terkejut bila mana penyewa itu adalah perempuan. Supposed to be, bukan ke perempuan selalunya pembersih. Dan rata-rata isu rumah sewa ni lelaki yang selalu buat hal. Betul tak?
Dan tak terlepas jugak lah yang memandang asal usul negeri sebagai punca buah mulut. Aku totally tak menyokong dengan statement kenegerian sebab asas individu tu dari diri sendiri. Kalau dah hidup jenis pengotor, tak ada self concern dengan keadaan sekeliling, mahupun memang dia tak dididik untuk jadi pembersih, jadi tak perlu asas kenegerian.
'Awek yang duduk situ mostly dari pandangan mata high maintenance tapi tak sangka ada yang jenis pengotor tahap bangang. Muka menyombong acah cantik'
Setakat muka cantik dengan make up dan aksesori, kalau tempat tinggal barai macam tokang pecah, acuh tak acuh dengan kebersihan tempat tinggal, tak mustahil satu hari nanti dah kahwin pon masih kekal dengan sikap pengotor. Aku percaya tak semua perempuan macam tu, cuma ini adalah keprihatinan yang lahir dari diri sendiri. Sikap malas tu semua orang ada, tapi boleh dikawal kan? Jadi jangan amalkan perangai setan tu. Orang dulu-dulu cakap, rumah banyak sampah, kotor ni tempat hantu duduk. Jangan mengadu kalau jin jembalang singgah rumah kalian.


No comments:
Post a Comment