Assalamualaikum

Cheesy Waterfall
Amacam? Eh lap air liur meleleh tu. Sedap kan tengok gambar kat atas ni. Ya! Untuk entri kali ini, aku nak share pada kalian tempat makan best di Johor Bahru. Bagi peminat makanan western, entri ini untuk anda.
Lokasi thejejanz kali ini adalah di Food Trip, Johor Bahru. Kedai ni terletak di deretan Butik Vendville JB dan berdekatan dengan McDonald Nong Chik. Setelah 4 kali cubaan untuk datang kedai ni, dan kali ni aku berjaya jejak. Banyak tau review tentang makanan di sini. Oh ya, kedai ni TUTUP HARI ISNIN. Jangan datang hari Isnin, sia-sia je.
Dari jauh dah boleh Nampak signboard Food Trip. Di hujung blok tu ada butik vendville.
Interior kedai ni ala-ala London style. Simple but nice.
Baik, Food Trip menawarkan makanan western sahaja. Jadi, jangan pulak kalian datang sini mintak nasi goreng pattaya, tak ada ya. Makanan yang perlu kalian cuba adalah CHEESY WATERFALL. Macam dalam gambar di atas. Serius, apa yang boleh ak review untuk menu ini adalah sangat SUPERB. Berbaloi dengan harga dan sedap.
Patty buatan sendiri, Makaroni, Fries dan cup of cheese.
Patty yang diletakkan pada burger ni bukan sebarang patty tau. Aku boleh rasa ini patty sendiri bikin. Rasa dia sedap walaupun patty yang aku dapat ni sedikit garing. Garing luar tak apa tapi bila kalian gigit, akan rasa juicy daging tu. Sedap.
Apa yang dikatakan cheesy waterfall bila mana secawan cheese dibekalkan pada kalian untuk dicurahkan pada burger tu tadi. Serius bikin kecur. Rasa cheese yang di cairkan pon sedap, tak terlalu masin dan manis yang sedap bila dimakan dengan patty burger tu. RECOMMENDED! Kalian mesti nak tahu harga kan, ok, sepinggan Cheesy Waterfall ni berharga RM22.90. Berbaloi!
Menu lain yang boleh kalian cuba adalah, Butter Chicken Salted Egg. Memandangkan aku agak lapar, jadi aku nak makan nasi. Nasib baik ada menu ni, ayam masak butter. Menu ni pon sedap sebab, buttermilk tu dia asingkan dari ayam. Kalian boleh letak sendiri buttermilk tu pada ayam dan makan bersama nasi. Potongan cili hijau menambah rasa pedas dan sesuai dengan tekak melayu aku ni yang perlukan sedikit rasa pedas. Harga untuk menu ni cuma RM14.90.

Buttermilk chicken with rice
Untuk lebih banyak review pasal makanan di Food Trip ni, kalian boleh check out makanmana.tv ni. Kalau kalian ada cadangan kedai yang super sedap di sekitar JB ni, cadangkan kepada kami untuk kami review kedai tersebut. Check out IG ak, @am_hakimi dan follow twitter di @radenamhakimi. Terima Kasih.



No comments:
Post a Comment