Tatkala kalian sedang membaca entri ini, aku sedang bersiap-siap untuk trip musim sejuk ke Korea. Kali ini aku nak kongsikan bersama anda apakah barang-barang yang kalian perlukan untuk trip musim sejuk. Berdasarkan ramalan kaji cuaca yang aku lihat, suhu paling rendah dijangka 3 degree selsius dan paling tinggi 5 degree selsius.
TIPS: Bahagian tubuh yang perlu anda jaga ketika musim sejuk adalah Telinga, Kaki, Tapak Tangan dan Hidung.
Apabila berada dalam trip musim sejuk, terus terang aku cakap, ia agak membebankan dari segi pemakaian, sebab terlalu banyak aksesori. Untuk pastikan tubuh anda berada dalam keadaan suhu yg baik, pemakaian tu penting.
LAYER 1: Long John.

Untuk Layer pertama, anda digalakkan untuk memakai inner yang tahan haba seperti produk dari uniqlo ini. Aku cuma beli yang heattech regular bersama seluar. Dua pasang baju dan seluar heattech ni dah memadai untuk dipakai. Top dan Bottom heattech ni boleh dapat dengan harga RM90.
LAYER 2: Shirt
Untuk layer kedua, anda boleh memilih samada untuk memakai tshirt kolar, round neck, or sweater. Jangan bergantung pada long john td je, mustahil boleh bertahan. Better kalian pakai tshirt yang sesuai. Tak terlalu tebal, dan tak terlalu nipis, sebab kalau pakai yang tebal, nnt nak kena pakai layer winter jacket lagi. Tapi tshirt ni penting jugak, sebab bila kalian makan di kedai2 atau masuk shopping mall, suhu dalam bangunan kebanyakan suam-suam, jadi kalian mesti nak bukak coat.
LAYER 3: Winter Coat
Pemilihan winter coat pon penting. Kalau kalian pergi dalam keadaan bersalji, kalian perlukan coat yg ada hoodie. Yang punya bulu tu kebiasaannya menjadi pilihan bagi ramai pengguna. Actually, penggunaan hoodie bulu-bulu tu untuk cover up bila salji jatuh pada hoodie selain mengekalkan haba pada muka anda.
Tapi untuk pengetahuan kalian, winter coat di Korea lagi banyak dijual dengan harga yang berpatutan dan lagi cantik. Kalau kat Malaysia harga coat hampir RM300-RM1,000. Di Korea, anda boleh dapatkan coat dengan harga di bawah RM300. Kasut pun murah. Winter boot boleh dapat dengan harga RM20 sahaja. Berganda-ganda jimatnya.
Kalau kalian nak jimat untuk tidak membeli winter boot, kalian pakai je sport shoes biasa. Bila ke korea, kalian boleh turun di Stesen Dongmyo dan ada kedai kasut yang semuanya dijual dengan harga KRW5,000. Murah siaa. Tak perlu beratkan beg bawak kasut banyak2.
LAYER 4: Aksesori
Aksesori yang dimaksudkan adalah yang diperlukan untuk cover telinga, tangan dan hidung anda. Gloves amat diperlukan ketika berada dalam musim sejuk. sekurang-kurang 2 pasang gloves diperlukan. Kedua, Muffler. Ni pon penting untuk lilitkan bahagian leher anda dari angin telus masuk pada tubuh. Ketiga, Ear Muff. untuk wanita bertudung sememang nya tiada masalah sebab telinga anda sudah beralas. Tapi tak salah nak pakai. Tapi bagi yg tidak bertudung, earmuff ni sangat penting. Sekiranya anda membiarkan telinga anda terdedah dengan angin sejuk, ia akan jadi kebas dan sakit apabila dipegang. Untuk keselesaan, sebaiknya pakai earmuff. Keempat, mask hidung. Bila angin terlalu sejuk, anda akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Hidung anda juga akan menjadi kebas dan kemerahan. Untuk mengatasi masalah ini dan keselesaan bernafas, sebaiknya pakai Penutup Mulut. Kelima, Stokin tebal penting untuk kalian bergerak dengan selesa.
TIPS: Body Warmer atau Hand Warmer Daiso mampu untuk memberi haba pada tubuh anda ketika berada dalam kesejukan.
BARANG-BARANG LAIN
Antara barang yang aku kira membantu ketika berada dalam musim sejuk adalah body warmer dan hand warmer yang boleh dibeli di Daiso.
Body warmer ni boleh dipakai dengan dilekatkan pada baju. Kebiasaannya aku letak pada bahagian belakang dan depan atas baju layer yang pertama. Jangan pulak letak atas kulit, tak pasal-pasal melecur. Jadi once da pakai long john tu, boleh la kalian tempek body warmer ni. Body warmer ni activated bila korg bukak peel paper tu. Bila dah tampal bukan serta merta panas. Tak yer. Jadi biarkan je ia melekat pada baju tu.
Untuk hand warmer tu pulak, kalian boleh letak dalam poket. Pada paket tulis tahan sampai 16 jam, tapi sekejap je sebenarnya. 5-6 jam mcm tu. so bila tangan korang agak2 kebas tu, seluk poket dan ramas hand warmer ni, akan rasa suam-suam pada pad tu. bila korg tak nak pakai gloves, kalian perlu ada benda ni utk bertahan dari kesejukan.



No comments:
Post a Comment