Assalamualaikum,
Ok entri kali ni, aku nak ceritakan bagaimana mulanya kami bergerak sehinggalah tiba ke Seoul.
Penerbangan kami berlepas dari Kuala Lumpur International Airport 2, pada jam 7.20 pagi waktu Malaysia. Kami gerak dari Johor Bahru pada jam 12 malam dan tiba di KLIA2 sekitar jam 4 pagi. Bos decide untuk parking di KLIA2 memandangkan kami bertujuh mempunyai luggage masing2 yang aku kira berat untuk transit jauh. Jadi kami parking di KLIA2, untuk pengetahuan kalian, parking di KLIA2 dikira pada kadar berikut:
3 hari pertama: RM46/sehari
Hari yang berikutnya: RM20/sehari
Penerbangan kami bermula dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Incheon International Aiport, Seoul yang mengambil masa hamper 6 jam perjalanan. Kami masuk di pintu pelepasan antarabangsa dan menuju ke P24 yang paling hujung di KLIA2. Serius sangat jauh untuk berjalan kaki. Sementara menunggu gate dibuka, sempat sembahyang subuh dan refresh dulu sebelum naik kapal terbang.

Masing-masing tunggu masa nak tidur dalam flight.
Perjalanan ke Incheon, Seoul mengambil masa 6 jam perjalanan. Kami bertolak pada jam 7.30 pagi dan tiba di sana pada jam 3 petang waktu Korea. Perjalanan selama enam jam memang membosankan memandangkan AirAsia X ni tidak disediakan TV, dan kalian digalakkan membawa tab atau ipad untuk menghilangkan rasa bosan sepanjang perjalanan. Penerbangan kami dilengkapi dengan meals yang dihidangkan dua kali. Kalian boleh pilih menu ketika membuat tempahan penerbangan menerusi laman sesawang airasia.com.
Setibannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul Korea, kami menaiki transit train dari terminal 2 untuk ke balai pelepasan utama yang dinamakan stesen concorde. Setibanya di Concorde, anda boleh siap-siap untuk mengambil bagasi dan keluar dari airport.

Keadaan di sekitar Luggage Belt di Incheon Int. Airport, Seoul
Selesai mengambil beg, maka perjalanan diteruskan untuk ke tempat penginapan yang telah kami tempah menerusi AirBNB. Kami memilih lokasi penginapan di sekitar Itaewon, Seoul memandangkan di situ merupakan tempat yang mudah untuk mencari kedai makan halal. Dan ramai juga orang Malaysia menginap di sini.
Penginapan kami terletak di SP Guest House yang hampir dengan stesen itaewon. Cuma berjalan kaki dalam 5 minit dan sampai ke guest house tersebut. Untuk pilihan guest house, anda boleh ke laman sesawang AirBNB.com untuk pelbagai pilihan menarik penginapan yang anda inginkan. Tapi SP Guest House ni memang menjadi pilihan backpackers. Dan staf yang menguruskan tempat ini pon terdiri daripada orang melayu. Jadi tiada masalah untuk anda berkomunikasi sekiranya terdapat masalah semasa berada dia Itaewon. Staf mereka jugak senang untuk memberikan bantuan, jadi boleh usha-usha tempat ni untuk menginap.
Untuk pengetahuan kalian, capaian train di Seoul begitu meluas. Kebanyakan destinasi dekat dengan dengan stesen perhentian. Jadi siapkan kad T-Money (ibarat Touch & Go Malaysia) untuk menaiki train di sini.
Kad T-Money ni boleh dibeli di Airport. Boleh rujuk pada kaunter informasi untuk dapatkan maklumat. Harga kad ini bernilai KRW4,000. Anda perlu menambah nilai mengikut kesesuaian dan perjalanan anda sepanjang di Seoul. Pada aku, sepanjang 5 hari di Seoul, aku memerlukan hamper KRW25,000. Tapi jangan risau, mesin reload t'money ni terdapat di kebanyakan stesen hentian termasuk di Itaewon. Kalau takut melebih-lebih, tambah nilai sedikit demi sedikit. Tiada masalah. Kebanyakan stesen di caj KRW1,250 sahaja. Anda boleh memuat turun aplikasi KakaoMetro untuk memudahkan perjalanan anda.

Dalam AREX Train nak menuju ke stesen transit Gongdeok
Muka aplikasi KakaoMetro. Jumlah tambang dan lokasi perhentian diberitahu secara lengkap.
Credit to: travel.ulifestyle.com.hk





No comments:
Post a Comment