Carousel

..::Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it::..

Dec 2, 2016

#ArjunaSetiaTakesVietnam: Ho Chi Minh City Short Travel 2

Assalamualaikum, 

Yes, as promised at the last entry before, aku akan ceritakan perjalanan aku ke vietnam tempoh hari. Ok, sekarang kalian cuma bayangkan berada di sebuah kota raya yang jauh sama sekali sempurna dari yang ada di Malaysia. Dengan keadaan trafik dan lalu lintas yang agak menyeramkan, itu lah kesibukan kota Ho Chi Minh. Jangan nk bayangkan sesuatu yang indah sangat la kalau kalian decide untuk ke sini. Ok Jom Travel!

Hari Pertama
SELAMAT DATANG KE HO CHI MINH

Baiklah, hari pertama aku di ho chi minh bermula di lapangan terbang selepas perjalanan merentas udara yang memakan masa hampr 1 jam 50 minit. Setibanya di lapangan terban di ho chi minh, the first thing first yang perlu kau lakukan adalah untuk check in tempat penginapan vougue yang kalian dah booking tu. Jadi, penginapan aku dalam trip kali ni terletak tidak jauh dari Ben Tanh Market yang sememangnya kalian akan faham apa sebenarnya tujuan trip aku kali ni. =P

Ok, sekiranya kalian booked hotel di sekitar pasar ben tanh ni, dari lapangan terbang, kalian tak perlu ambil teksi, cuma boleh menaiki bas yang cuma VD5000. Mahal kau naik bas 5000. Ah kau, tak perlu berdrama untuk RM 1 ke stesen ben tanh tu. Ya, cuma RM1. kalau naik teksi, mungkin lebih dr RM 20. save kan?! Bukan apa, dari kalian naik teksi, baik kalian naik bas, sebab tempoh perjalanan hampir sama, dan kalau beza pon, cuma 5-10 minit sebab bas ada berhenti sepanjang perjalanan untuk menurunkan penumpang. Keadaan trafik di sini memang sangat sesak. Kalau dilihat dari penunggang motosikal yang bersepah dalam kota ini, bagaikan semut keluar berciciran dari setiap simpang. Seram jugak melihat. Tapi percaya atau tak susah nak nampak kemalangan major. Mungkin sebab dah jadi budaya mereka.

Setibanya di stesen Ben Tanh, misi mencari hotel kami booked kini bermula. Tapi jangan pernah risau disebabkan segalanya di hujung jari. Maps by Google kan ada. So perjalanan 1.8km dari stesen ke hotel mengambil masa 20 minit berjalan kaki. Tak jauh pon sebenarnya, kalau kalian memang jenis pejalan kaki tegar. Sekejap je dah sampai.

Tapi, ada satu perkara kami terlepas pandang! Perubahan waktu. Kami masih mengikut jam Malaysia dan terlupa satu perkara penting untuk check in di hotel. jadinya, kami sampai terlalu awal dan tidak dapt check in. Dengan penuh keyakinan, kami mengikut waktu malaysia dan terpaksa menunggu hampir 2 jam sebelum dibenarkn untuk check in. maka 2 jam kami diisi dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel dan mencari kedai makan yang halal. 

MAKAN?

Halal food tu ada, cumanya mahal je la. tapi bila dah lapar, aku jadi tak kisah dah. First meal aku di sini beriani ayam dengan banana lassi. Pergh sedap bhai. tapi sedap jugaklah nak membayar nye yer. sbb tu aku x include kan expenses makan dalam bajet aku nyatakan dalam entri sebelum ni. Maaf, perut aku perlu diisi dengan penuh kasih sayang. Hahaha

VD120k untuk first meal. Berapa ringgit? Kalian kira sendiri.

Nak pergi vietnam kan,? kalian hafal sifir 5 kasi mahir. lepas dah penat berjalan dan makan, aku cuba nasib balik ke hotel untuk check in. And yes! dah boleh check in. Fewh. Sesampai je ke bilik, terus masing-masing terbongkang melepaskan penat lelah dan menggantikan tidur yang serba x cukup. Ya lah, aku tidur cuma 3 jam, dalam 24 jam. 

Jadi pada hari pertama kami decide untuk keluar berjalan di area ben tanh market dan malaysian street pada waktu malam. walaupun sebenarnya, pasar ben tanh tu sendiri tutup jam 7 malam. kami banyak menghabiskan waktu di pasar malam yang berada di sisi pasar ben tanh. Dan untuk pengetahuan kalian, pasar malam ni lagi murah dari barangan yang ada di dalam pasar ben tanh.

Sesampai je di Malaysian Street, masing-masing memang dah lapar dan terus mencari makan malam. Di malaysian street ni, kedai makan dengan menu malaysia boleh di cari di sini dan kalian boleh menggunakan duit malaysia untuk membeli belah. cumanya apa yang perlu tahu, bandingkan harga dong dan harga ringgit sebelum membeli. ada barangan harga dong lebih mahal dari harga ringgit jika di convert kan matawangnya. jadi, bijak membeli menang memakai. tak gitu?

apa barangan yang boleh anda dapat di malaysian street ni termasuklah kain telekung, kain pasang, keychain, baju-baju murah dan macam-macam lagi. dan kebanyakan barang yang aku beli semuanya dari Malaysia Street. Itu pon selepas berpusin-pusing di merata kedai, membandingkan harga sebelum decide untuk membeli.

AMARAN KERAS!

Jangan sibuk-sibuk tanya harga dan pegang barang yang anda rasa anda takkan beli. Jadi, sila berhati-hati untuk mengelakkan makian dari penjual yang pada awalnya memang bermanis mulut mengajak anda melihat barangan di kedai mereka, tetapi mereka juga boleh naik hantu bila anda refuse untuk beli dengan mereka. Berjaga-jaga. sekadar menjeling. itu sudah cukup bagus.

Baiklah, entri ini berkahir di sini. penceritaan percutian atas tujuan membeli belah di Vietnam tidak berakhir di sini.. tunggu entri berikutnya untuk lebih cerita menarik dari aku. 

No comments:

Post a Comment